Lets nuffnang

Pengikut..

Friday, September 14, 2012

Bersatu Hati Seteguh Janji -> Part 1

"Ari ni aku nk cri mangsa lagi lah Fath" kata Ann kepada kawan sebiliknya.Fath hanya mampu menggelengkan kepalanya dengan perangai gila-gila Ann.Itu lah kerja Ann setiap hari selepas balik dari kuliah.Duduk depan netbooknya dan melayari internet.Kadang kala Ann sanggup tak makan n tido sebab khuyuk sangat melayari internetnya.Cuma satu yang tak pernah Ann lupakan adalah solatnya.Macam mana obsesnye dia pada Yahoo Messenger,solat tetap dia tak lupakan.

Ann adalah seorang gadis yang baru sahaja melanjutkan pengajian ijazahnya di salah sebuah pusat pengajian di utara semenanjung malaysia.Umur Ann 21 tahun.Ann berkawan rapat dengan Fath sejak hari pertama mereka bertemu.Kesemua masalah,Ann akan luahkan pada Fath.Bagi Ann Fath adalah kawan yang memang satu kepala  dengan dia.

"Ann assignment ko dah siap ker belum?jangan lupa esok nak hantar tau.kang bising plak madam tu."tanya Fath pada Ann yang tekun menghadap netbooknya."Rileks gurl,small matter apa.assignment tu kejap jer aku settlekan",jawab Ann tanpa memalingkan muka menghadap Fath.Fath hanya tersenyum sunging.Faham benar dengan perangai Ann.Walaupun Ann macam tu tapi assignment memang tak pernah di lupakan.Ann Masih lagi dengan YMnya tanpa menyedari hari semakin lewat.Apabila Ann menoleh kesebelah dia nampak Fath sudah tido.Lantas jam di atas meja di belek pukul 12 mlm.patut pun minah ni dah tdo,bisik Ann dalam hatinya.

sedang Ann khusyuk membuat assignment,tiba-tiba satu email masuk ke inboxnya

Dzul->Hye awk.x tdo lgi ker?
Ann->lom lah ngah bt asgnment ni
Dzul->ala kecian dia.nk sy tlg?
Ann->hehehe x pelah.thanks awk.ngah bt apa tu
Dzul->ngah tgu awk lah..hehehe
Ann->awk ni bt lawak hek...:P
Dzul->x lah actually sy x leh tdo nie..x tau lah knapa
Ann->nie mst awk igt kt sy kan..hahaha
Dzul->maybe i really miss you
Ann->hahahha kelakarlah awk nie..

Disitu lah mulanya perkenalan meraka antara Dzulkarnain dan Hanna Inani.Mereka hanya berhubung melalui YM sahaja.Tanpa di sedari perhubungan yang hanya di pisahkan dengan YM berlangsung dalam satu jangka masa yang lama.Kini hampir 1satu tahun mereka berdua menjadi pasangan kekasih di alam maya.Fath ada juga menasihati Ann agar tidak mudah percaya dengan kata-kata lelaki yang hanya dikenali melalui laman sosial itu tetapi Ann terlampau obses dengan kekasih mayanya itu sampai sanggup mengabaikan nasihat kawannya Fath.

Suatu hari Ann mendapat mendapat h mesej dari kekasih hatinya Dzulkarnain.

"Wahai sayangku Ann..selama perkanalan kita ini tidak pernah sekali pun kita berhubung melalui handphone kerana aku sentiasa berpegang kepada janji..Engkau melarang sama sekali untuk kite berdua berhubung melalui handphone.Dalam diriku timbul kemusykilan adakah engkau benar-benar jujur padaku atau pun engkau hanya menganggap hubungan kita ini hanya sebagai kenalan alam maya.

Sayang ku Ann..disini ingin aku berterus terang bahawa aku ingin memutuskan perhubungan ini kerana diriku merasakan engkau tidak jujur bersama ku.Aku juga ingin menyatakan bahawa selain dirimu aku juga mempunyai teman lain.Aku kesunyian walaupun kita berhubung setiap malam tapi engkau membuatkan diriku semakin lama semakin bosan kerana dirimu hanya muncul dalam maya ku bukan dalam hidupku yang sebenar.

Sayangku Ann..sebelum aku mengundur diri ingin aku memohon ampun dan maaf jika terdapat kesalahan selama kita berhubungan.Aku juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana engkau sudi hadir dalam hidupku untuk memberi sinar bahagian walaupun sementara.Aku doakan engkau bahagia dengan orang lain. Andai suatu hari nanti kita berjumpa lagi,aku harap biarlah engkau menjadi milikku yang sempurna.Akan ku suntingmu menjadi isteriku yang sah..pegang kata-kataku ini 'bersatu hati seteguh janji'..jika kita tidak bertemu maknanya aku bukan lah untukmu dan dirimu juga bukan untukku..selamat tinggal sayangku..jaga dirimu baik-baik."

setelah habis saje membaca mesej itu Ann terus menangis tanpa henti.Baginya Dzul tidak pernah jujur.Hanya dirinya sahaja yang setia dengan Dzul.Ann sentiasa mempertahankan diri Dzul apabila dikutuk oleh Fath tapi apakan daya semua yang terjadi itu memang telah di tetapkan.Oleh yang Demikian Ann harus terima apa pun yang berlaku dalam hubungan alam mayanya itu

Dia Minat Adik

Assalamualaikum semua..berjumpa kembali dengan CFSB...alhamdulillah..cuaca hari ini di senawang sangat indah dan nyaman belaka..mukadimah untuk hari jumaat ari nie..

Korang percaya dengan benda mistik tak??kadang-kadang memang seseorang itu tak akan percaya..bagi dia benda tu macam karut dan mengarut..ye ke??ntah lah...tapi dalam al-quran pun ada mengatakan perkara ghaib memang wujud..so memang kena percaya cume jangan taksub sangat..

Ok berbalik pada tajuk di atas...klu dulu CFSB sendiri yang mengalami pengalaman yang boleh dikatakan agak mencabar juga..klik sini tapi kali ni adik CFSB pula yang kena..bru je sekejap tadi dia call CFSB mengadu yang dia kena kacau dengan benda tu kt asrama...CFSB tanya dah berapa kali dia kena so dia kata baru sekali..

CFSB kata lah yang benda ni x ada apa2 pun maybe dia nk kenal..so CFSB pesan kt adik jaga kebersihan asrama...jangan kotor2..jangan tido lewat2...yang penting jangan gelak x serupa perempuan..kang nant dia igt geng dia pula..so adik paham..n dia ikot



Ayat Pendinding Diri CFSB

1.Surah An-Nas
2.Surah Al-Falaq
3.Surah Al-Ikhlas
4.Ayatul Qursi
5.Surah Al-Fatihah

Baca kesemua ayat ini di setiap 4 penjuru badan (Depan,Belakang,Kanan,Kiri) Masa buat kite pusing kan badan mengadap kiblat seelok-eloknye.

Semasa membaca Ayatul-Qursi ketika ingin tido hembus ketangan dan sapukan keseluruh badan agar mendapat tidur yang lena tanpa gangguan

Untuk memagar rumah baca lah ayat-ayat suci di atas di setiap penjuru rumah dan hembuskan dengan perlahan...kadar nk baca brapa kali tak kesah..tp selalu CFSB baca 3 kali...insya-Allah..

Actually benda ni mak,abah,along n ustazah yang ajar CFSB..so just combine kan semua untuk senang menjadi amalan..dan insya Allah..tiada gangguan..walaupun hanya sedikit tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mencari yang terbaik dalam hidup kita kan...Harap apa yang CFSB kongsikan kat korang semua..korang suke..n hope adik CFSB tak kna kacau lagi...cian budak kecik tu




Wednesday, September 12, 2012

Tempat Mencari Idea

Assalamualaikum semua..apa habaq??sihat kaa???CFSB harap hangpa sume sihat-sihat belaka...ari ni CFSB nk tnya korang kat mana tempat yang slalu korang dapat idea..CFSB selalu dapat idea dalam bilik mandi..pergh serius kejam ko ni farah..kt tempat mcm tu juga ko dapat idea


Honesty memang CFSB tak tipu...kalu CFSB nak cari idea mesti kena masuk dalam bathroom dulu..tak xthu lah kenapa jadi macam ni tapi selalu kalu masuk bathroom memang banyak idea datang..sama ada tengah mandi ke,basuh baju ke,even tengah sental bathroom pun boleh dapat idea (Haru betol)..

Pernah sekali masa memang dah tak sempat sangat-sangat nak ubah title untuk final projek..proposal dah siap tp title macam harem skit..pastu ader member baik CFSB ni ckp "farah g masuk bilek air..mandi ke apa ke..nnt kuar sure dpt idea"..so sbb dh blur sangat kan CFSB pun masuklah dalam bilik air..n bila tengah mandi serius dapat idea lgi canggih..apa lgi...cepat2 kuar..amik proposal semula..ubah mana yang patut n paling best proposal tu dapat full mark..pergh..

Actually memang sampai sekarang pun tabiat CFSB tu kekal..ntah lah..bila duduk tempat lain memang x dapat idea..kt tempat syaitan bertendang tu juga nak muncul idea.sangat-sangat haru..(Sila lah ubah wahai farah)..

Setiap orang mst ada tempat2 tertentu diaorg akan dapat idea..x kesah lah kt mana kan contohnye kat dalam bilek tido,library,dapur,ruang tamu n ader juga dapat idea dalam toilet..itu memang kenyataan ok..x tipu...bukan CFSB tp member CFSB...mudah giler dpt idea dlm toilet...hampeh btol..korang plak slalu dapat idea dekat mana??shared skit...

notajari -> ada ke programmer cari idea dalam bathroom or toilet??pelik bebenor gamaknye programmer mcm tu (aku lah tu)

Tuesday, September 11, 2012

Berkahwin Menyempurnakan Cinta

Assalamualaikum semua..jom aku nk shared lgi apa yg aku baca

Dalam hadis yang direkodkan oleh at-Tabrani, ada menyebutkan akibat yang kita alami hasil daripada keadaan pasangan jodoh yang kita pilih:

1. Lelaki yang mengahwini wanita kerana kehebatannya, Allah tidak menambahkan sesuatu kepadanya melainkan kehinaan

2.Lelaki yang mengahwini wanita kerana kekayaannya, Allah tidak menambahkan sesuatu kepadanya kecuali kemiskinan

3.Lelaki yang mengahwini wanita kerana keturunannya, Allah tidak menambahkan sesuatu kepadannya melainkan darjat yang paling terendah ataupun hina

4.Lelaki yang mengahwini wanita kerana ingin menundukkan pandangannya dan menjaga kesucian dirinya ataupun bagi memperluaskan silaturrahim, maka Allah memberkati pasangan suami isteri tersebut

5.Demi mempersiapkan diri pasangan kepada perkahwinan yang diberkati dan diredhai Allah, kita perlu memberi perhatian serius kepada  beberapa perkata penting

6.Tidak berpasangan sekiranya tidak mungkin bertunang dan berkahwin dalam tempoh masa terdekat

7.Berpasangan dalam tempoh masa terlalu lama menyebabkan kebosanan dan selisih faham

8.Berpasangan juga mengundang kepada berlakunya maksiat dan keterlanjuran.Ini merosakkan kehidupan di dunia dan menyebabkan kemurkaan Allah

notajari->kredit to Istikharah Cinta

Monday, September 10, 2012

Romeo & Juliet Versi Melayu

Assalamualaikum....

Di suatu petang yang hening..duduk lah dua pasangan bercinta ini di taman permainan sambil melihat kanak-kanak bermain dengan riangnye

Nana "Romeo must die"
Zan "Saya tak boleh mati lagi"
Nana"Kenapa pula??kan kalau dalam cerita romeo tu mati"
Zan "Romeo tak nak mati selagi juliet tak tunaikan permintaan romeo"
Nana "Awak saya main-main je lah..saya pun tak nak awak mati"
Zan " Boleh awak berjanji dengan saya??"
Nana "Janji apa awak??Insya Allah saya akn cuba tunaikan"
Zan "Janji dengan zan jadi isteri zan yang sah"
Nana "Awk...."(Tergamam dan terkesima)
Zan "Saya hanya perlukan awk sebagai kekuatan saya..tolong jadi isteri saya sayang"
Nana "Awak..kenapa nie??awak ada masalah ke??"
Zan "Selagi hanyat yang saya masih ada ni..saya perlukan awk sebagai kekuatan saya...saya sayang awk sangat-sangat..saya merayu..tolong jadi isteri saya yang sah" (Sambil menyeluk tangan ke poket dan mengeluarkan sebekas cincin)
Nana "Awak...saya terharu sangat...saya sudi jadi isteri awak"
Zan "Terima kasih sayang...saya akn jaga awak sebaik mungkin"

Dalam masa 2 bulan semua persedian telah di siapkan dengan bantuan keluarga,saudara-mara dan rakan-rakan..Akhirnye majlis pernikahan antara Nana dan Zan selamat di langsung kan dengan suasana yang sungguh sederhana..Alhamdulillah...

Terdapat sepasang suami isteri yang sedang duduk di bangku taman permainan yang sama seperti 9 bulan yang lepas..sambil si isteri telah berbadan dua dan usia kandungan menjangkau 7 bulan..

Zan "Seronoknya abang tengok budak-budak tu semua"
Nana "Abang,kan tak lama lagi abang dah nak jadi ayah..tak lama pun abang..cuma tinggal dua bulan je lagi"
Zan "Entah lah sayang..abang betol-betol tak sabar nak tunggu anak kita lah lahir..setiap hari abang berdoa agar kita dapat anak kembar"
Nana "Ish abang ni..doktor tak cakap pun yang kita bakal dapat anak kembar"
Zan "Insya-Allah sayang..semua tu kerja tuhan..mana lah tahu doa abang makbul sebelum abang pergi nie.."
Nana "Abang nak pergi mana??jangan ngada-ngada nak tinggalkan Nana..Nana x suke"
Zan "Alololo merajuk pulak wife abang nie..abang x pergi mana pun sayang..abang tetap dengan nana"


Setiap kejadian itu memang telah di tulis sejak azali lagi..Tiada siapa pun yang tahu bahawa Zan mengidap penyakit barah yang amat serius..selama ini rahsianya kekal tanpa di ketahui oleh sesiapa meskipun isterinya. Bagi Zan biarlah hanya dirinya yang menanggung kesakitan.Dia tidak mahu orang di sekelilingnya bersimpati dengan nasib yang telah di tetapkan olehNya

Dua bulan kemudian lahir lah sepasang bayi kembar yang di beri nama Nur Zafirah Dan Muhammad Farhan. Bayi yang di lahir kan pada waktu subuh ketika azan subuh masih berkumandang..Dan seketika bayi di bersihkan muncul lah seorang insan yang digelar bapa untuk mengazan dan mengiqamatkan bayi-bayi tersebut

Di dalam bilik hospital yang menempatkan ibu yang baru bersalin
Nana "Abang..tengok anak-anak kita..comel kan..muka boy macam muka Nana muka gurl mcm muka abang"
Zan "Thank sayang sebab sudi bertarung nyawa untuk melahirkan anak-anak abang..jasa sayang pada abang,tak mampu abang nak balas.."(sambil mengucup dahi dan kedua-dua belah pipi si isteri)
Nana "Terima kasih juga dekat abang sebab sanggup layan kerenah Nana masa mengandungkan diaorg..Kuasa Tuhan kan abang..tiba-tiba Dia bagi kita anak kembar..sepasang pula tu"
Zan "Alhamdulillah..syukur sangat-sangat..apa yang abang hajatkan selama ni Allah Makbulkan..baru tenang sikit hati abang ni"
Nana "Eh apa cakap macam ni..Nana tak suka dengar abang cakap bukan-bukan"
Zan "Abang saja je sayang..Nana mesti penat kan..Nana tido lah..abang nk buat sujud syukur sekejap" (Sambil memeluk Nana dengan kejap dan mengucup lama dahi dan pipi Nana)

Kemudian Zan berlalu ke katil bayi-bayi kembarnya..Zan mengangkat bayi lelaki dahulu sambil berbisik "Wahai sayangku Farhan..ayah akan pergi tak lama lagi..ayah pertanggung jawabkan Farhan untuk menjaga ibu dan adik..jadi lah anak yang soleh untuk ayah dan ibu" sambil mencium lama dahi dan pipi si kecil itu. Setelah selesai Zan mengankat pula bayi perempuan itu dan berbisik "Wahai puteriku Zafirah..ayah tidak punya masa lagi..ayah harus pergi..ayah pertanggungjawabkan Zafirah untuk menjaga ibu dan abang..jadilah anak yang solehah untuk ayah dan ibu" seperti si abang,Zan juga melalukan perbuatan yang sama untuk si adik juga..kemudia Zan berlalu pergi untuk mengambil air sembahyang

Zan kembali ke bilik isterinya dan melihat isteri dan bayi-bayinya sedang lena dengan nyenyak..Zan memulakan solat sunat dan sujud syukur..

Nana tersedar dari tidur dan memandang sekeliling mencari suaminya..dan Nana melihat suaminya sedang sujud..lalu terdetik di hati Nana "Eh! lamanya abang sujud..rasanya dari pukul lapan tadi abang solat... sekarang dah pukul 9.30 pagi..", lalu  Nana bangun dan memanggil suaminya.. Nana datang menghampiri Zan yang masih sujud lalu mengoyangkan sedikit bahu Zan "Abang..abang...bangun abang..." "Abang..jawab lah nana panggil nie" dan dengan tiba-tiba zan rebah dari sujudnya..Nana sangat terkejut kerana melihat suaminya tidak memberikan tidak balas...Nana menekan butang kecemasan untuk memanggil jururawat dan doktor..Doktor dan jururawat datang dengan pantas lalu mengangkat Zan ke atas sofa yang telah di sediakan di dalam bilik tersebut..Doktor memandang Nana dan hanya menggelengkan kepala Nana hanya mampu melihat dan tiba-tiba rebah dengan sendirinya

Nana tersedar dari pengsan dan melihat sekeliling.Hatinya berdetik "aku dekat rumah"..Muncul ibu bapanya serta kedua ibu bapa mertua.. Mereka hanya memandang sayu ke arah Nana "Mak..abang mana..mama... abang mana???nana nak abang.."Nana menanyakan di manakah suaminya kepada ibu dan ibu mertuanya "Sabar Nana..banyakkan istigfar...Zan dan tinggalkan kita semua...Zan dah tak ada lagi nana" ibu nana mengusap bahu Nana sambil menerangkan keadaan sebenar..Nana bagaikan tidak percaya..Nana mengatakan bahawa ibunya berdusta tapi hakikat itu telah pun di terangkan apabila Nana terlihat sekujur tubuh suaminya yang tidak bernyawa telah siap dikafan kemas dan di letakkan di tengah-tengah ruang tamu rumahnya..Nana datang mendekati jenazah suaminya sambil membuka lapisan kain putih itu

"Abang..abang dah tinggalkan Nana..sampai hati abang buat Nana macam ni..abang kata abang nak jaga Nana..Abang...Nana tak sanggup kehilangan abang..tolong jangan tinggalkan Nana abang...sapa nak tolong Nana jaga baby-baby kita..Nana nak abang..."Rayu Nana di sebelah jenazah..abah Nana datang dan mengusap kepala nana sambil berkata "Nana..lepaskan dia nak..kesian dekat jenazah...kalau arwah tahu Nana macam ni mesti dia sedih sangat...Nana kena ingat Zan masih tinggalkan zuriat untuk Nana..jadi Nana kena jaga mereka betul-betul..kesian mereka Nana"Apabila Nana mendengar abahnya menyebut perkataan "Zuriat" Nana terus teringatkan bayi-bayi kembarnya..Lalu Nana meminta ibunya mengambilakan bayi-bayi tersebut

Nana mendekatkan bayi-bayinya ke muka arwah suaminya untuk memberi kucukpan terakhir..dan setelah itu Nana punya mengucup dahi dan kedua-dua pipi arwah suaminya sebelum dia sendiri yang menutup kembali kain putih itu..Setelah itu Nana tidak sedar lagi apa yang berlaku

Apabila tersedar Nana sudah berada di dalam bilik peraduannya dengan arwah suaminya..Terdapat sepucuk surat.Nana melihat surat itu dan alangkah terkejut apabila surat itu bertulis namanya..Nana buka dan baca surat yang telah di tulis oleh arwah suaminya

Assalamualaikum, buat isteri abang yang abang kasihi...ketika nana membaca surat ini,abang sudah pun berada dia alam lain.Tujuan abang menulis surat ini adalah ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat nana kerana sanggup menjadi peneman hidup abang walapun tak lama.Malah sanggup melahirkan zuriat abang. Setiap malam abang berdoa agar di berikan kesempatan untuk melihat zuriat abang walaupun hanya seketika  dan abang juga memohon Allah memperkenankan doa abang agar di kurniakan sepasang anak kembar. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa abang

Mungkin nana terkejut bagaimana abang tahu nana bakal melahirkan anak-anak kembar..Allah itu Maha Mengetahui..dia beri abang petunjuk yang abang bakal mendapat anak kembar dan memang benar doa abang telah di makbulkan..

Nana sayangku..abang ingin memohon maaf darimu kerana merahsiakan pernyakit ini.Abang telah mengidap barah ini sejak kita masih berkenalan lagi tapi abang sengaja rahsiakan sebab tak nak nana risau..Abang melamarmu secepat yang mungkin kerana abang tahu abang tak sempat nak hidup lama..Oleh itu abang membuat keputusan untuk melamarmu menjad isteri abang yang sah kerana nana adalah kekuatan abang selain Dia dan keluarga

Nana di kesempatan ini abang nak mohon ampun dan maaf di atas semua kesalahan abang pada nana selama ini..Nana jaga lah zuriat terakhir dari abang sebaik mungkin..hanya itu sahaja harta abang buat nana.. Didiklah mereka sehingga menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat..Abang dah ampunkan semua dosa-dosa nana pada abang selama nie..Andai kata suatu hari ada yang datang untuk melamar nana...nana terima lah dia kerana dia kan temankan nana sehingga ke akhir hayat..dan pastikan dia akan jaga zuriat abang sebaik mungkin..sampai disini sahaja surat abang..nana jaga diri baik-baik..abang sentiasa menunggu nana di Syurga kita..Wassalam 

Seikhlas Hati,
Suamimu Tercinta

Nana melipat surat tersebut dan di peluknya penuh syahdu..air mata berjujuran dengan laju dan nana hanya termenung jauh memandang awan.."Abang...nana berjanji nana akan jaga anak-anak kita sebaik mungkin.. nana akan didik mereka dengan cara yang benar..dan nana akan setia pada abang..itu janji nana"

Notajari ->cerita ini adalah cerita benar yang telah di cerita kan oleh seseorang kepada  menulis dan di campur adukkan bersama olahan penulis atas keizinan seseorang itu..

Saturday, September 8, 2012

Siapa Pilihan Hati

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji.Wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik" (Surah an-nur, Ayat 26)


kredit from google


Assalamualaikum...berjumpe kembali dalam segmen Cik Farah Kuat Bebel!!! (CFKB) (yeke aku kuat bebel???orang kata aku pendiam..what ever)..Ok hari ni CFKB nak shared skit pasal pendapat CFKB tentang tafsir ayat Al-Quran kat atas tu...

selalunye wanita yang baik akan mendapat jodoh yang baik begitu juga dengan lelaki dan wanita yang keji akan mendapat jodoh dari lelaki yang keji juga..Tapi pernah tak kamu semua terfikir bahawa wanita yang baik akan mendapat jodoh dari lelaki yang keji ataupun lelaki yang baik akan mendapat jodoh dari wanita yang keji???

Jodoh,Pertemuan,Ajal dan Maut adalah kerja Allah s.w.t...x ader sapa pun akan tahu bila kejadian itu akan berlaku ..Jodoh...setiap dari kita semua memang telah ditetapkan jodoh sejak azali lagi cuma kite kena berusaha untuk mencari jodoh itu..

Bagi mereka yang kurang bernasib baik dalam jodoh CFKB rasa Allah tengah menguji kita sebenanrya.. Allah nak lihat sekuat mana kita meminta pertolongan dari DIA..umpana sebuah pepatah yang telah mengatakan "Allah turunkan kita hujan yang lebat kerana dia ingin beri kita sinar pelangi selepas itu" so bagi mereka yang rasa mereka tidak bernasib baik...jangan mudah mengalah...kerana Allah sentiasa berada di samping hambanya yang memerlukanNYA dan tidak pernah melupakanNYA...

ok lah...sampai disini segmen CFKB bt masa ini...nanti kalau ada kesempatan CFKB akan shared lagi input-input yang membina buat anada semua...kalu ada apa-apa nk shared or nk bagi pendapat so sila tinggalkan komen kat bawah ni

Wassalam...

Istikharah Cinta

Assalamualaikum...di pgi yg x brapa nk pgi...memandangkan nk tdo x ngatok so kt sni aku nk shared sebuah buku yg aku bru beli kt MPH bookstore Giant Senawang...hamik ko siap tmpt skali aku bgi...best ke buku tu???bt msa ni aku dh belek2 tgk tajuk n sub topic alhamdulillah..memg best juga...buku apakah???



Istikharah Cinta

aik...pelik je ko beli buku ni farah...awat???ang nk menikah ka???dok aih...cheq sja je beli buku nie...cheq kan ulat buku..tettt!!!..ok msa kt bookstore tu memg byak buku aku nk beli..tp tetibe bila terpandang buku nie trus jatuh cinta...kenapa???bg aku bg ni boleh bg aku pnduan lbh2 lgi aku memg tgah ader masalah berkaitan dgn istikharah..so memg ptt pun aku beli

Review Buku
->Mengenal past pilihan berkualiti menurut islam
->Tips mengurus,memelihara,dan menyuburkan keserasian cinta
->Kisah bagaimana Ummu Sulaim membuat pilihan dengan menolak pinangan Abu Thalhah
->Pernikahan luar biasa Muslim Bin Umran,saudagar terkaya di Kota Basrah
->Landasan ikhlas menurut Profesor Dr.Yusuf al-Qaradhawi

how??very interesting right...so let's go to book store and buying the book...aku rse memg x menyelas lah beli buku nie..wlpun cume motivasi semata2 tp dia bg kite input yg mendalam..so spa2 yg berminat boleh lah mendapatkan buku ni di pasaran dengan Harga RM 20.00



Friday, September 7, 2012

Ujian Dari Allah

Assalamualaikum semua...hari jumaat yg indah di bumi Allah tok hari ini..aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan utk bernafas...alhamdulillah...semoga di kurniakan kesihatan yang baik..amiinnn

mukadimah kt atas ni kite mcm mood tgah baik juga lah..wlpun hati ader rasa mcm x PUAS HATI..actually benda ni berlaku msa waktu lunch tdi..mcm biasa lah aku n kwn2 g lunch kt kdai sorg akk ni...mknan boleh tahan..harga???erm...agak skit mahal lah..tp nk bt mcm mana mkn jelah

kes berlaku time aku nk byar harga makanan aku...total RM7++...so aku bg akk ni duit RM50.00...korg nk thu dia balikkan duit aku brapa??RM2++....how come possible baki duit aku mcm tu jer...wlpun aku benak math tp x ader lah smpi x thu kira..so aku tnye akk tu balik..

Akak Kedai (AK)
Aku Farah (AF)

AF-"akk kenapa bagi duit RM2++ jer?"
AK-"eh betol lah..awk bg kan RM10"
AF-"x lah..sy bagi RM50 tdi..sbb tu sy tgu baki duit sy"
AK-"X..awk bg RM10...ni duit awk"(siap tnjuk duit merah tu)
AF-"akk dlm beg duit sy ni memg x ader langsung RM10..sy cume ader RM 100 jer..so sekeping sy dh bg akk"(siap keluarkan sekeping lgi RM50)
AK-"X lah...RM50 yg ader dlm laci ni budak 3 org tdi yg bayar..yg hijau ni duit budak bju coklat..duit awk memg RM10"

so aku tetap ckp tu duit aku..n aku yakin memg itu duit aku..tp akk tu tetap ckp aku bg RM10..what the?????hello dlm purse sy memg x ader duit RM 10 kak oi..mcm mana akk boleh ckp tu duit sy..

so di sebab kan aku mls nk bertekak..n akk tu ckp boleh tahan kuat..siap sme customer kt kedai tu pndang aku..malu beb wlpun bukan slh aku..pergh time tu rse mcm nk maki hamun je..tp nasib baiklah aku jenis yg x suke kecoh..klu org lain maybe dh siap maki2

apa pun ari ni memg ujian bt aku..mkn nasi + ikan goreng + sayur taugeh + ais kosong + air mineral = RM 50 giler mahal kan aku mkn...baik mkn domino lgi sedap lah...nk bt mcm mana kan dh ujian tok aku...so kna lah terima juga..bak kata mak aku..biar lah org nk bt kite mcm mana skalipun..but remember Allah is the only one..He know overall...you just wait n see..so kata2 semangat tu lah yg bt kan aku kuat

kepada mereka2 yg pnh kena teraniaya mcm aku atau situasi lain..kite x yah kecoh2..kebenaran tu slalunye akn dtg depan mata..hanya mohon dri Allah kerana dia Maha Mengetahui....


Thursday, September 6, 2012

Bloglist HASRULHASSAN.COM | 200 Blog Terawal Sahaja!

Assalamualaikum..hari ni dh puas menjelajah...so tetibe ternampak stu blog dri HasrulHassan <---cer click... apa yg ader hek??? tuan punye blog ni ajak kite semua ramai2 jdi bloglist dia..tp kepada 200 yg terawal jelah..so kepada mereka2 yang berminat boleh clik link yg aku dh shared tu

adakah aku akan tersenarai dlm blog otai ini??sama2 kite tgu dan saksikan...hehehhe ^_^

notajari -->pra syarat boleh lah lihat di blog beliau...

Wednesday, September 5, 2012

Duit..duit...

Assalamualaikum semua...bila kite ader duit byak...sekejap je akn jdi sikit..kenapa hek???



pukul 5.30 ptg ni duit ni akn lebur ke tmpt lain...adoyai..

Perempuan dan Tarikh

Assalamualaikum...topic hari ni aku dpt time pgi tdi msa tgah layan kabus kt area senawang nie...(apa kaitan??) ntah lah..x reti nk describe...ok perempuan dan tarikh memg x dapat nk di pisahkan kenapa??

1.perempuan memg rajin igt tarikh besday
2.perempuan memg rajin igt tarikh mula couple
3.perempuan memg rajin igt tarikh clash
4.perempuan juga akn igt bila tarikh couple dia nikah ngan awek lain <--dusta semata2

kenapa perempuan memg sinonim dengan tarikh-tarikh nie semua???mungkin perempuan minat MATEMATIK kot???(aku x mint pun)...actually bnda ni depands pda dri masing2 lah...x semua perempuan akn igt tarikh2 kt atas tu..mcm aku slh seorgnye...kena igt ke???

aku rasa setiap perempuan akn start mint kire tarikh msa mula2 jdi DEWASA..kenapa aku ckp mcm tu?? setiap perempuan yg baligh akn di datangan "bulan" paham ke?? period lah...so kaedah yg terawal bila seseorg itu DEWASA mak atau kakak atau cikgu akn ajar cara mcm mana nk kire tarikh

so aku rase dari situ juga perempuan ni suke pada tarikh...ops lupe plak..ader juga kaum2 adam ni yg suke pada tarikh...lbh2 lgi mereka yg dah kahwin..paham2 lah yer...bg mereka tarikh itu sgt penting sbb setiap tarikh2 tu kdg2 ader makne tersendiri..

oleh itu...x kesah lah tarikh ni sinonim dgn kaum adam atau hawa...bagi aku..tarikh akn berlalu mengikut kadar masa yg telah di tetapkan iaitu 24 jam sehari..bumi berputar mengikut paksinye...so apa yg terjadi.. memg telah di tetapkan oleh azali lgi



notajari => 5 september 2012 (smbil bt program,sambil layan keluarga iskandar kt youtube)

Tuesday, September 4, 2012

Kekasih hati sampai mati

Assalamualaikum semua...tajuk entry ari ni memg agak teruja skit kan...apakah???quest what??eh buka maksud yg sme ke tu...adoyai ko ni farah..agak2 lah kan..ok lah entry kali ni x ader kaitan dgn mana2 lelaki yg jdi ex-bf,bf,bff,pakwe,tunang atau suami aku skalipun..ini hanya khas tok MAK & ABAH AKU!!!

woi...x yah nk capital letter sgt boleh x...ikot suke aku lah..belog aku kan..ader aku kesah???hari ni aku memg k citer pasal kekasih hati sampai mati..mereka adalah mak & abah aku..serius aku rindu sgt dekat beliau berdua nie..spa pun beliau..aku syg mereka dunia akhirat...


Abah..walapun engkau hanya bekerja sebagai pemandu van jenazah..tp aku bangga..aku bangga menjadi anak mu kerana perkerjaan mu yg sgt mulia..
Abah..setiap titis keringatmu hanyalah untk mencari rezeki yg halal bt tanggunganmu yg semakin hari semakin membesar
Abah..walapun engkau penat tapi engkau sgup melakukan apa sja utk anakmu demi memuaskan hati kami semua

Mak..engkau hanya pekerja kilang yang tidak pnya jawatan tp kegigihan engkau membuatkan semua senang bersamamu
Mak..kepenatan yg engkau lalui tidak pernah membataskan engkau utk tidak mengabaikan tanggung jwb seorg isteri dan ibu yang sempurna
Mak..tanpamu siapalah kami semua..tiada yang lbh membahagiankan hdup kami selain dri melihat engkau gembira

Siapa pun engkau berdua..hanya engkau yg paling bermakna dlm hdupku
susah dan senangku hanya engkau yg amik tahu
sedih dan hibaku hanya engkau disisi utk menemani
tiada lah erti hdup ini jika drimu tiada lagi

Ana syg dan rindu sgt2 dekat mak n abah...
rindu peluk cium dri mak
rindu nk kucup tgan abah


hanya engkau di hati





Monday, September 3, 2012

Raya Ke dua

Assalamualaikum...ari ni bru nk story pasal raya itu hari...actually hari raya pertama aku x beraya pun..duk kt umah smbil tgk tv nk layan tdo...npe???mak aku smpi kmpung lmbt...baju raya pun aku x ader...sedey...so nk x nk pkai lah bju backup yg aku beli..baju backup???yup...tok bt cover pagi raya..waaa....x nk igt sedey

hari raya kedua baru aku start jalan beraya..aku ngan family beraya ke umah makcik aku kt sri bengkal pastu gerak g umah nenek sedara kt sri medan..x jauh mana pun..sume area bt pahat juga...maklumlah aku dh x ader kampung..so lepak beraya kt kmpung org jelah...


white roses kt tepi tu adik aku yg demo tok aku..

Bos Aku memg baik

Assalamualaikum..wah tajuk entry mcm nk bodek boss je kan..tp memg kenyataan bos aku baik ok...ko ader???hahhah actually cerita ni terjadi msa bulan puasa lepas...memg sempoi lah kan..terbaik kot...aku x pnh jmpe lgi company yg mcm ni bt msa ni lah...

2 Ogos 2012 aku start keje kt company nie..masuk2 je dh ptgahan bulan puasa...wlpun mcm sedih tp demi tuntutan kerja..aku rela kan dri pergi ke tmpat aku nk timba pengalaman...company ni kire ok n memg sempoi..aku sgt suke dengan company nie..

x smpi seminggu aku keje sni boss besar dah belanja kami mkn tok buka puasa kt hotel...pergh hotel tu.. aku memg x sgka ada bnda ni..aku igt x perlu attent sbb aku pekerja bru tp diaorg kte dtg je..memg dh jdi acaran rasmi tahunan company..so nk x nk kna datang (save skit budget ari tu)..canggung juga lah kan time tu sbb aku bru je lgi..nsb baik member aku ada...kire x ader lah mati kutu masa tu

apa pun memg terbaik..pekerja bru dtg rasa envrment baru...n company aku ni fully malay company...kire memg best lah..kepada boss2 yg belanja..thanks byak2...jamuan raya x ader ke???ahaks!!


Company boss besar


its me


thanks korang



First time bayar fitrah sndiri..alang2 dh jmpe "amil" kt lobi 
hotel tu..so aku byar trus zakat fitrah aku tok tahun ini

Siri Makan => 5 Tiffle

Assalamualaikum..berjumpe lgi ngan aku dlm Siri Makan =>5..menu kali ini adalah tiffle...lets try

Bahan-Bahan

1 Tin susu cair
1 Tin air
1 Tin  buah koktail
1/2 Cawan tepung kastard
1/2 Cawan gula pasir
1/2 Cawan air
1 Roll kek gulung
Esen vanilla

Cara-Cara

* Potong kek gulung setebal 1 inci dan susun ke dalam tray
*Siram air buah koktail ke atas kek tadi (hanya untuk lembap sahaja)
*Masukkan tepung kastard,1/2 cawan air dan gula pasir untuk di cairkan
*Masukkan susu cair,1 tin air serta esen vanilla kedalam adunan kastard tadi
*Kacau sehingga pekat sedikit.Jika cair boleh kurangkan kuantiti air ataupun lebihkan sedikit tepung kastard
*Apabila sudah mendidih masukkan buah-buah koktail (hanya buah)
*Setelah sebati tuangkan campuran tadi ke dalam tray yg telah di lapiskan dengan kek gulung
*Sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais
*Makan sewaktu puding telah sejuk..memg sedap beb


cara susun kek gulung (better jgn padat sgt..susah nk bernafas ahaks!!)


adunan yang sudah siap dan perlu berkurung dalam peti ais

first time bt msa petang raya..so mlm raya ku dh bntai mkn benda ni..n makcik2,adik n mak puji memg sedap..so sila bt lagi..hahha..korang boleh lh try bt lbh2 lgi spa yg nk bt open house tu...memg berbaloi

Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link