Lets nuffnang

Pengikut..

Wednesday, September 25, 2013

Siapa Anak Johor??

Assalamualaikum semua

Pagi-pagi lagi aku dah dapat mesj dari kembar aku tentang jawatan kosong area Pasir Gudang dan Segamat. Dia nak sangat aku balik jb semula keje dekat sana..hahaha...rindu dekat aku lah tu.Tengah-tengah dok belek jawatan kosong si kembar ni PM aku tanya pasal sijil berhenti sekolah agama and sijil darjah khas. What the??hahha bnda tu dah berzaman kot..sejak aku tamat darjah khas tak pernah aku hirau kan segala mak nenek sijil berhenti sekolah agama nie.

Untuk pengetahuan semua,kat johor memang ada sekolah agama rakyat.Mostly anak-anak johor memang akan dihantar ke sekolah agama tu.Honestly,dulu aku tak suke pergi sekolah agama sebab aku rasa penat. Yelah kalau ko sekolah kebangsaan petang,pagi2 ko dah kna bangun sebab kena pergi sekolah agama,balik sekolah agama kena pula pergi sekolah kebangsaan.macam tu juga lah kalu ko sekolah kebangsaan pagi dan sekolah agama petang.

Masa tahun aku sekolah agama dulu ko akan habis semua tahap pembelajaran ni sampi ko tingkatan tiga.lama giler kan..Baik aku masuk tahfiz terus.Tapi budak sekarang tingkatan 1 dah boleh habis sekolah agama.jom aku tunjuk kiraan dia

Tahun Abang2 & Aku

Sekolah Harian
Sekolah Agama
Darjah 1
Perintis 1 (KAFA)
Darjah 2
Perintis 2 (KAFA)
Darjah 3
Darjah 1
Darjah 4
Darjah 2
Darjah 5
Darjah 3
Darjah 6
Darjah 4
Tingkatan 1
Darjah 5
Tingkatan 2
Darjah 6
Tingkatan 3
Darjah Khas

 Tahun Adik Aku

Sekolah Harian
Sekolah Agama
Darjah 1
Darjah 1 (KAFA)
Darjah 2
Darjah 2 (KAFA)
Darjah 3
Darjah 3
Darjah 4
Darjah 4
Darjah 5
Darjah 5
Darjah 6
Darjah 6
Tingkatan 1
Darjah Khas

Untung kan adik aku.Dapat jimat dua tahun.Tapi yang tak bestnye sistem pelajaran dah beza skit.Dan rasanye macam tak "sajak" kalau budak baru dahjah 5 sekolah rendah dah belajar subjek Munakahat.Kalu form 1 belajar subjek Munakahat ok lah juga.Subjek tu lah paling best aku rasa.Dan subjek tu juga akan membuatkan kelas penuh.Sebab semua orang  akan berminat subjek tu.Munakahat a.k.a Nikah Kahwin.

Sekolah agama pun ada sesi pengkelasan juga macam sekolah kebangsaan dan menengah.Korang boleh rujuk dekat table bawah nie.Tapi ni pengkelasan masa tahun aku dan abang2 lah..Tahun yang sekarang aku tak pasti.Ok kalu korang pergi johor nampak budak2 pkai baju sekolah hari sabtu kain coklat gelap dan seluar coklat maknanye tu budak2 yang ada kelas darjah khas.

Pengkelasan
Masa
Darjah 1-3
1 jam 30 minit (Tiada Rehat)
Darjah 4-6
3 jam (Rehat 30 minit)
Darjah Khas (Hari Sabtu Sahaja)
5 jam (Rehat 10 pg-10.30 pg)

Apa itu Darjah Khas??darjah khas ni lebih kepada mcm pra-u tapi more pada mereka yang nak jadi ustaz or ustazah.So siapa-siapa yang cadang nak jadi cikgu sekolah agama kat johor mesti kena ada sijil darjah khas Pangkat 1.Lebih kurang macam pangkat time spm zaman 90-an dlu lah.Kalau sekarang boleh dikatakan macam cemerlang.

Yang bestnya sekolah agama ni kalau time exam final korang failed,jangan harap ko dapat naik darjah.Duduk lah ko  kt darjah yang sama sampai ko betol2 lulus.Bnda wajib lulus Al-Quran,Tauhid,Ibadat. Kalau salah satu dari 3 subjek ni failed,stay lagi lah ko kat darjah yang sma tahun depan.Alhamdulillah dari aku Perintis 1 sampai dahjah 6 aku x pernah kantoi..Kantoi time half year tu normal.janji final aku pass cukup lah..

Masa aku Darjah Khas aku kantoi.Macam mna lah tak kantoi tahun tu aku ada exam PMR tahun tu juga ada exam Darjah Khas.PMR dah 8 subjek Darjah khas dah 12 subjek..uuhhh mak aii..20 subjek nak kena cover..memang jammed lah otak aku.So aku fokus PMR.Darjah Khas aku bt sambil lewa je.Then akhirnye failed.Sedih ok.Paling kritikal bila mak aku suruh repeat darjah khas.Aku cakap x nak sebab semua member2 aku pass even dapat SAA(malu nk duduk satu kelas dgn budk bawah sebenarnye.malu sebb failed...hahhaha).Tapi bila mak aku dah guna kuasa veto.Nak x nak form 4 aku kena repeat juga darjah khas.Dan alhamdulillah aku pass walaupun SAA.tu pun mak aku tak puas hati suruh repeat sampai dapat pangkat 1.Alasan aku senang je..Form 5 nak SPM.so kna lebih fokus..hahha nasib dia terima alasan aku.


See The result.Walaupun agregat tu membolehkan aku dapat Pangkat 2 tapi sebab banyak sgt No 9 so aku di kira SAA.Janji result Al-Quran,Tauhid,Ibadat,Munakahat aku cantik..cukup lah tue..

Ok balik pada cerita asal,sebenarnya sijil Darjah Khas ni ada kelebihan.Kebanyakan badan kerajaan negeri johor yang nak amik pekerja dari anak kelahiran johor,diaorang akan tengok kelayakandan sijil darjah khas sekolah agama.Kalau korang ada sijil Darjah Khas itu akan jadi satu kelebihan pada korang.Sama ada sahih atau tidak,aku tak pasti.Macam Johor Corp tak silap aku,dia akan minx korang sijil darjah khas yang original bagi membuktikan ko anak johor.Sbb kalu tnjuk slip pun orang boleh tipu dengan bt editting.Tapi bagi aku kalau dah memang rezeki sure akan dapat juga keja tu.

Sijil ni cume kelebihan and boleh backup je.yang lain serah pada Allah s.w.t sebab rezeki kite pun asalnya dari DIA.Kita cume boleh doa,usaha,istiqamah dan tawakal.Tetibe teringat zaman aku sekolah agama dulu.Terima kasih kepada mak yang kerah aku suruh habiskan pengajian sekolah agama.Baru sekarang aku tahu kenapa mak aku paksa aku sekolah agama.Bukan sebab senang dapat keje tapi sebab ilmu yang aku dapat tu,belum tentu ustaz/ustazah akan ajar secara detail dekat sekolah menengah.Apapun ilmu tu perlu terus di gali sampai dalam sebab ia tidak akan pernah habis...wallahualam...

8 comments:

  1. Nak tanya...darjah khas ni penting ke untuk kita?

    ReplyDelete
  2. penting sbb dapat belajar lebih details dalam ilmu agama. dan subjek darjah khas ni ada jugak diajar dalam subjek agama sekolah menengah. maaf kalau tak menjawab soalan

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Sijil Am Agama ... Klau dpt SAA better repeat

      Delete
  4. Nak tanya ya SAA ni maknanya lulus atau cukup" makan ya?

    ReplyDelete
  5. Sye xdpt sijil SDEA dgn sijil berhenti sekolah agama...mcm mne nk dptkn ek?

    ReplyDelete
  6. 888sport Casinos in Colorado - JTM Hub
    888sport is 김포 출장마사지 a Licensed Virtual Sports Sports Betting Exchange and is part of the Sportsbook Betting Industry 동두천 출장샵 in Colorado. 888sport 거제 출장마사지 is 군포 출장샵 a licensed 울산광역 출장마사지 and regulated

    ReplyDelete
  7. SAA tu,lulus ke atau nak repeat ?

    ReplyDelete

Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link