Lets nuffnang

Pengikut..

Friday, June 17, 2011

Adab Memberi dan Menerima Hadiah serta Sedekah

Assalamualaikum...mcm biasalah...setiap hari jumaat sy memg suke kongsi ilmu2 yg sye still igt even ilmu tu sy dpt time skolah dlu...ok jom kite tgk citer apa ari nie..


Sedekah -> Pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
Hadiah -> Pemberian sebagai salah satu penghargaan tanda kasih sayang ataupun pujian


Kelebihan memberi hadiah dan sedekah
*Mendapat ganjaran Allah
*Di sukai oleh manusia
*Rezeki akan bertambah


Galakan memberi hadiah dan sedekah
 - Sabda Rasulullah S.A.W  " bertukar-tukar hadiahlah nescaya kamu akan berkasih sayang"


Jenis-jenis sedekah
*Senyuman -> senyuman yang ikhlas adalah sedekah dan juga boleh merapatkan ukhwah islamiah
*Amar Makruf Nahi Mungkar 
-> melaksanakan amar makruf nahi mungkar adalah salah satu sedekah
-> mengajak saudara mara kearah kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran dan menyelamatkan mereka dari api neraka
*Menyelesaikan Masalah Orang Lain -> kita menyelesaikan kesusahan dan melepaskan saudara kita dari kesempitan
*Membuang Perkara Yang Menghalang Di Jalan -> membuang benda-benda yang menghalang dan menyusahkan orang ramai
*Wang atau Harta -> mensedekahkan harta atau wang kepada orang yang memerlukan juga adalah sedekah
*Khidmat -> Sedekah juga dapat dilakukan dengan menolong orang yan memerlukan pertolongan 


Adab Memberi Hadiah dan Sedekah
->Ikhlas
->Memberi barang yang kita sayang
->Tidak mengungkit semula barang yang telah diberikan 




4 comments:

Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link