Lets nuffnang

Pengikut..

Thursday, October 31, 2013

Kad Kahwin..Oh...Kad Kahwin

Assalamualaikum...dua entry sekali aku update..sebab lepas ni nak pergi bercuti kerumah mak n abah..dua bulan ooo tak balik rumah sendiri..Rindu yang tahap gaban..lebih-lebih lagi adik aku tengah cuti sem.So memang heaven lah kalu aku duk rumah sambil membuli anak buah aku yang sorang tu...

Bulan ni je aku dapat dua jemputan kawin dari ex-classmate time Dip dulu dan housemate.Ex-classmate dekat melaka,housemate dekat kluang,johor.Wah jalan sakan lah aku lepas nie.Konon-konon kawan kawin aku nak lah tempah baju baru,tapi bila tengok banyak lagi baju yang belum pakai + baju kt umah mak lagi melambak tak pakai so bunuh lah sikap nak tempah baju tu.

Kawan-kawan ramai yang dah kawin..aku bila lagi hek??hohoho belumsampai seru kot.Actually kalau ikot mak aku,dia memang nak aku kawin sekali time majlis abang aku tu.Kiranye dua pasangan sekali gus.Jimat katanya.Tapi not sure lah mak.Kalau ada..adalah..kalau tak ada lepaskan abang-abang dulu.Nanti-nanti lah ana kawin.Belum masa..hihiih


pink -> kad ex-classmate
choco -> kad housemate

Apapun kad sini aku nak ucapkan selamat pengantin baru kepada korang berdua.Semoga menjadi isteri yang baik.Semoga ikatan korang bersama pasangan kekal hingga ke jannah..Insya Allah

En.P.A jom kita kawin ngan angah skali....hahhaha

Latihan Fire Drill

Assalamualaikum semua...wah dah seminggu rasanye tak mengupdate blog..kebizian yang melanda dalam jiwe ni buatkan niat mengupdate blog sangat terbantut.Act cerita ni pasal minggu lepas..Kat resident condo aku ni ada buat latihan fire drill.

Mulanya memang aku malas nak turun sebab baru balik joging.Penat ok tapi bila siren bomba tu dah berbunyi macam nak pecah gegendang telingan aku so dengan paksa rela turun juga lah ke bawah.Umah aku tingkat 4 so take time juga lah nak gi tempat berkumpul tu.

Bila dah kumpul ramai-ramai tu barulah dapat kenal jiran sendiri..Kejam tak kejam lah sebab memang ko tak akan kenal siapa pun jiran ko tu even sebelah rumah.Rumah condo macam ni masing-masing buat hal sendiri.Tapi ada gak lah dua-tiga orang jiran yang aku sapa menyapa.Tu pun kenal sebab selalu terserempak

Ok bila masing-masing dah berkumpul,pegawai bomba tu explain lah yang kami amik masa dekat 6 minit untuk keluar dari rumah and berkumpul tempat lapang.Kalau ikot teori diaorg,semua penduduk Spanish Villa ni dah mati rentung sebab lambat sangat selamatkan diri.At least 1 minit mesti dah lari dari rumah.

Bila cakap macam tu masing-masing gelak tapi tu lah sebenarnya yang terjadi.Then ada gak lah pegawai tu terangkan cara-cara nak selamatkan diri,jenis-jenis kebakaran,alat pemadam api dan siap buat latihan memadamkan api.


Ni gambar uncle yang hari-hari tegur aku.Warganegara india.Dia nak test padamkan api

NotaJari->Api semasa kecil menjadi kawan bila dah membesar menjadi lawan.

Friday, October 25, 2013

Mengidam Katanye..

Assalamualaikum...Salam jumaat buat semua..Di harap semua sihat ye.Dekat seminggu jugalah tak mengupdate blog..Banyak cerita tapi kemalasan nak menaip tu naik mencanak-canak..Apakah???

Cerita ni terjadi pada minggu lepas.Aku tetibe meroyan nak makan spaghetti.So petang tu dok whatapps En P.A konon-konon buat-buatlah tanya kat restoran itu hari ada tak jual spaghetti.Tapi motif sebenar nak dia temankan aku g makan.

Hahaha akhirnya berjaya juga aku pujuk dia teman aku..Ayat mesti baik punya lah...Maklumlah En P.A aku ni bizi memanjang..walaupun duk dekat kekadang nak jumpa kena buat appointment dulu..Kalah perdana menteri.Di sebabkan aku yang suh dia teman so haruslah aku yang jadi driver dia malam tu.

Aku ni sebenarnya rabun silau tahap kronik tapi tak suka pakai cermin mata.Boleh macam tu??Orang degil memang macam tu.So kalau drive malam-malam memang kena hati-hati tapi aku plak jenis drive laju memang En P.A akan pkai seat belt siap2 kalu aku yang drive walaupun perjalanan tu cuma 5 minit.Apakah motif beliau??

Bila sampai tu kami teruslah pergi kaunter tengok menu yang sedia ada.Macam biasa lah fav En P.A mestilah burger.Kali ni dia pilih burger beef nachos.Aku plak kan mengidam nak makan spaghetti..so haruslah tengok menu spaghetti sahaja..menu spaghetti cuma ada tiga je spaghetti bolognese,carbonara,aglio olio.So aku decide spaghetti aglio olio


tu bill kite orang..kire murah boleh tahan juga lah kan..
Burger nachos - daging cincang + telur - En P.A kata sedap..tapi aku tak rasa pun
Spaghetti aglio olio - daging bakar tu kering sangat..kalau basah sikit mungkin lebih sedap

Dekorasi kedai sangat best sebab owner kedai akan buka lagu nasyid + arab + qasidah.Dengar nya owner tu ada group qasidah.So memang tenang dan damai lah makan kat sini.Ada part open air ada part air-corn tapi kami lebih prefer open air.

Lokasi aku tak berapa pasti sangat.Tapi kat senawang.1 Jalan nak pergi Restoran Nasi Arab Damsyik.Kalau lalu Paroi korang akan jumpa Nasi Arab Damsyik dulu.Kalau lalu Tesco,korang akan jumpe BurgerByte dulu..Hope lepas ni dapat pergi lagi sebab nak rasa burger dia plak.

Thursday, October 17, 2013

First Time Ber"Doodle"

Assalamualaikum semua..Hope tak lambat lah kalau aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.Maklumlah sejak menghuni seorang diri dirumah aku lebih banyak tengok tv dari tengok laptop.So hari ni kira sempat lagi lah kan nak ucap selamat kat korang semua.

Actually ari ni first time aku nak buat doodle tok diri aku sendiri.Selama ni nak buat memang dah ada niat cuma tahap kemalasan + masih "mentah" membuatkan aku membatalkan niat nak buat doodle nie.Study dip aku amik IT Course study degree aku amik Multimedia Computing Course tapi hasil doodle aku macam budak baru kenal photoshop.

Seriusly aku jenis yang low skit dalam designing.Memang artwork aku paling low rasanye.Tapi sejak-sejak dah keje 24/7 ngadap coding,tetibe rasa nak mengadap designing balik..rindu wooo...So hari ni gigih lah aku buka tutorial nak buat doodle.

Starting guna paint yg kat dalam window tu je.Lepas tu try buat guna adobe photoshop and lastly try guna adobe illustrator.Hasil???erm..boleh lah.Bak kata En P.A "tak matching" waaa sentap ok..bukan nak bagi semangat.Kang saya suh awak buat baru tahu.Kenapa dia cakap tak maching..sebab doodle aku kurus aku plak jenis "bambam" memang lah langsung tak matching.Aisshh cik abang aku sorang ni..bagi lah market skit

Nak ajar tutorial masih belum mampu sebab aku pun "beginner" lagi.So mari kita sama-sama belajar dari yang pakar.Belajar selagi mampu.Best kumpul ilmu ni walaupun bidang yang belainan

Buat guna photoshop je..part tudung tu idea sndri
part muka + baju tengok "tuto" dari blogger2 power


Guna photoshop + illustrator.Pelangi ni pun aku blaja dri blogger kartunis
part awan tu rembat "google" then edit skit kat photoshop utk bt shading.
Pelangi je aku buat guna illustrator.


*Agak-agak sapa yang terror tu boleh lah ajar aku yang dah mula nak hilang ilmu designing ni.Makin habis study makin ke"laut" ilmu aku...aaiiishhh


Monday, October 14, 2013

Kesedihan Di Petang Raya

Assalamualaikum..di petang raya yang hening ni rasa macam sunyi sangat-sangat sebab first time aku sambut raya tanpa saudara mara disisi..Sorang-sorang ooiii kat umah sewa.waaaa...sedih giler ni rasanya.Bukan tak ada yang ajak beraya bersama,tapi raya ngan keluarga orang tak sama yang raya dengan keluarga sendiri.

Dah lah tahun ni raya puasa pun aku tak dapat sambut sebab sakit.Bayangkan pagi raya ko dah terconggok kat hospital tunggu rawatan.Haru kot.But at least masih juga disisi keluarga so tak lah rasa sedih sangat.Raya kurban ni pun tak dapat sambut.Dah lah sorang pulak tu kat rumah..waaaa....aku nak ketupat + rendang...

Redha jelah.Sebab ni pun keputusan aku.Tak pelah raya kat mana pun sama je kan.Janji niat kita tu yang sebenarnya.Di sebabkan aku bosan yang amat sangat so dari pagi keje aku duk kemas rumah.Gigih ko mop lantai sambil menonggeng sebab nak bagi lantai licin..hahaha konon-konon rajin padahal dah bosan tahap yang tak ternilai.


* Tengok citer cina kt TV 2
*Tengok bumbung rumah orang sambil amik angin 
*Makan muruku konon-konon feeling raya

Esok bangun pagi mandi sunat raya tapi nak kena pakai baju raya ke??Pastu buka tv layan cerita sambil makan mukuru.Buat air sirap..pergghhh...



Sunday, October 13, 2013

Selamat Hari Lahir En P.A

Assalamualaikum semua...hari ni bertarikh 13 Oktober 2013..Cantik juga tarikh nie kan.Actually hari ini hari lahir En P.A.Alhamdulillah panjang umur En P.A aku nie.Maaf ye En P.A tak ada sambutan besday untuk awak sebab saya tak suka nak sambut.hehehe Boleh macam tu???

Aku buntu sebenarnya nak bagi hadiah apa kat kaum Adam ni.Selalu kalau besday abah aku bagi baju je tak pun 1 set ngan belt.Tapi bila pikir En P.A ni macam dah banyak baju so keputusan untuk beli baju tu aku batalkan.Before This kami ada pergi kedai jam then dia macam berkenan dengan 1 jenis jam tu.Aku pun suka jam tu.Tapi sebab dia dah ada jam atau dalam erti kata lain dia bukan lah seorang yang obses jam macam aku.So niat nak beli jam pun aku batalkan.

One day tu masa keluar dinner En P.A ni dok ngadu lah wallet dia dah rosak,so terus datang idea why not kalau  bagi dia wallet.Ok juga kan.Hari-hari dia akan guna wallet tu.Kalau jam dia guna time outing je.So aku dah decide nak belikan dia wallet nie.Habis cerita.

Ingatkan nak beli hadiah lelaki ni senang rupenya payah juga kan.Habis satu jusco tu aku pusing dok cari hadiah dia.And finally dapat juga apa yang aku cari.Alhamdulillah..Kepada En P.A guna wallet tu elok2 ye..special for you.B4 this tak pernah langsung beli wallet lelaki..

Selamat Hari Lahir Yang ke 2... Semoga Awak panjang umur dan dimurahkan rezeki.Di berikan kesihatan yang sempurna.Menjadi anak yang soleh dan Berjaya mencapai apa yang dihajati Insya Allah


Wallet + Kura-kura + Love Note


Jam Idaman En P.A

*Agaknya kalau aku bagi dia hadiah papan skate board atau pun barang skate mesti dia ajak kawin terus kan...kahkahkah...After married i hadiahkan you papan playwood..boleh??? 

Siri Makan =>14 Agar-Agar Kaca

Assalamualaikum..


Bahan-Bahan

1 Peket Agar-agar
1 Tin Buah Campuran
4 Camca Sirap
2 Senduk Gula Kastor
1 Helai Daun Pandan
1/2 gelas air


Cara-Cara

1.Masak agar-agar dengan sukatan 1/2 gelas air dan 1 sukatan air dari kelonsong agar-agar.Maksudnya aku guna agar-agar yang asli.Then plastik agar-agar tu kan panjang so korang guna plastik tu untuk sukatan air  dan di tambah dengan 1/2 gelas air lagi.Kacau hingga agar-agar hancur pada suhu api sederhana.

2.Masukkan gula,sirap dan daun pandan.Kacau lagi dan biarkan semuanya larut.

3.Apabila larut tuang agar-agar kedalam acuan kemudian masukkan campuran buah-buahan tadi.Aku curahkan sekali syrup buah-buahan tu tapi sikit je untuk bagi pemanis.Biarkan sejuk dan kemudian masukkan kedalam peti ais.Bila dah beku siap untuk di hidang.Selamat Mencuba

Friday, October 11, 2013

Terapi Ionic Body Detox

Assalamualaikum semua..salam jumaat buat pembaca,pengunjung setia(ada ke?),pengunjung yang termuncul dan buat semua.Hari ni saja nak shared pasal satu rawatan yang boleh menyahkan toksin dari badan kita.See the picture.


Gambar tu memang kaki aku.Boleh nampak bezakan warna air tu.dari jernih terus jadi kuning macam air kencing..hahaha..tu belum lagi kalau aku angkat kotak kuning tu..Bila angkat macam-macam warna ada.Gambar??hahaha x nak aku tunjuk nanti korang geli.

Rawatan ni nama dia Terapi Ionix Body Detox.Actually dah lama giler aku cari pusat2 kecantikan yang tawarkan rawatan ni tapi mostly banyak kat bangi (kalau tak silap aku).So hari isnin lepas time aku tgah belek2 katalog iklan tetiba ada iklan pasal rawatan ni.Apa lagi menjerit lah aku ngan "Tuan Punya HP" sebb kami teruja nk bt.Bila tengok alamat...walaweii..dekat je ngan condo kami.So dah plan Esoknya (hari selasa) pas magrb terus g buat rawatan.

Rawatan ni murah je.RM10 bersamaa 30 minit.Masa buat rawatan ni cara duduk kena rileks je.FYI bila celup kaki dalam air tu,kite kena pijak 1 kepingan bulat warna hitam.Bila dah pijak benda tu akan "kerjakan" kaki kita means kite akan rasa macam tapak kaki berdenyut macam kena urut

Kotak Kuning tu pulak banda yang akan kumpul semua toksin2 korang dalam badan.Setelah 30 minit kita angkat kotak tu..Bermacam-macam warna ada.Kalau ikot air sebenar aku ada warna kuning,minyak,hitam,oren ntah aku pun lupa.Banyak sangat warna.

So dari penerangan orang tu badan aku ada kolestrol..biasa lh makan benda bergoreng,then dia kata toksin dari hati,toksin dari gastrik + badan banyak angin, toksin dari buah pinggang,toksin dari paru-paru.Toksin dari hati tu mostly sebab apa yang kite makan.Toksin dari gastrik biasa lah sebab perut dan angin,Toksin dari paru-paru sebab pencemaran udara selalunya terhidu asap kenderaan,kilang atau rokok (orang lain yang merokok orang yang hidu rokok yang cepat mati),Toksin buah pinggang yang ni dia kata buah pinggang aku kuat bekerja sampai benda tu stress..msa dengan memang aku nak gelak tapi memang betol pun mungkin sebab setiap hari aku akan amik pill untuk badan aku so buah pinggang aku x henti2 kerja

So orang tu syorkan aku jangan terlampau bergantung pada ubat(Pill) then kena banyakkan minum air suam. Sebenarnya untuk detox ni kena rajin buat.Then aku dan bt keputusan seminggu sekali memang kena buat rawatan ni.Serius bila dah habis buat korang akan rasa badan jadi ringan.Apa pun tetap ada effect.Lepas buat benda ni effect dia korang akan pening,kerap membuang,tapi tak lama dalam 2-3 hari je effect dia so kena rajin2 sulingkan diri dengan banyakkan minum air suam or air kosong.

Honestly ni aku tak sabar nak buat rawatan ni lagi.Rasa macam best sangat.Aku siap post gambar kt "Si Kembar" dia kata kat jb ada x?rasa teruja nak buat juga.Aku tak pasti.agak2 dia nak buat boleh je datang umah aku.

Lokasi aku buat detox tu kat Jalan Bunga Raya,(sebelah KFC senawang)Taman Tasik Jaya,Senawang Negeri sembilan.Kat negeri lain aku tak pasti..kalu kat bangi RM 30 tp tak ingat nama SPA and duration time.Orang2 senawang kalau nak bt meh lah kite serbu pusat rawatan nie..murah je..30 mint = RM 10

Next week aku akan shared tahap2 warna bagi setiap detox..siap dengan warna baru air rendaman kaki aku selepas detox kali ke2.

Siri Makan =>13 Daging Masak Halia Sos Tiram dan Lada Hitam

Assalamualaikum

½ Kg Daging (Hiris Nipis)
1 Biji Bawang Besar (Hiris Nipis)
2 Ulas Bawang Putih (Hiris Nipis)
1 Inci Kunyit Hidup (Cincang)
3 Inci Halia (Hiris Memanjang)
4 Batang Cili Padi (Potong Tengah)
4 Sudu Makan Sos Tiram
1 Sudu Teh Serbuk Lada Hitam
2 Biji Limau Kasturi
Garam
Perasa
Minyak

1.Mula-mula rebus daging yang sudah siap dihiris nipis lebih kurang 1-2 jam.Bila daging sudah lembut,biarkan sejuk.Air rebuskan daging di simpan untuk dibuat stok.

2.Panaskan minyak dan tumis bawang besar,bawang putih,halia,kunyit,cili padi.Biarkan seketika dan kemudian masukkan daging tersebut beserta air rebusan daging tadi.(Jangan terlalu banyak letak air rebusan.Nanti jadi macam sup pula)

3.Masukkan sos tiram,serbuk lada hitam,garam dan bahan perasa.Biarkan sehingga masak dan daging betul-betul sebati dengan bahan-bahan tadi.

4.Apabila sudah sebati,perahkan limau kasturi dan biarkan selama 2-3 minit agar “mereke Mesra” dan siap untuk di hidang.

Entah mimpi apa aku malam tadi tetiba pagi ni rajin nak bawa bekal.So pagi-pagi gigih bangun masak segala mak nenek lauk..

1-Nasi putih masak ngan daun pandan (nak bagi wangi)
2-Daging masak halia sos tiram dan lada hitam
3-Sayur campur masak air (kentang,kobis,lodak merah)
4-Tempe dan tauhu goreng cicah sambal kicap
5-Ikan gelama kering (x ada dalam gambar sebab menu x sempat siap)

Ok selamat mencuba kepada semua


Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link