Lets nuffnang

Pengikut..

Thursday, February 28, 2013

Convo Kali ke-2

Assalamualaikum semua..wah agak lama tak update blog.dah naik berkulat.Maaf lah ye kawan-kawan semua.CFSB sangat2 lah bz di ofis menyettle kan semua task2 yang masih tak settle.So dalam pada bz tu sempat juga lah attend Convo Day kali ke-2 dekat PERSADA,JB

Alhamdulillah..tamatlah pembelajaran CFSB dalam bidang Java Specialist Programmer dan skung dah pegang tittle software engineer..ops...slow2 sudah..dan kali ni convo paling bermakna..kenapa?? sebab kali ni mak dan abah dapat tengok CFSB amik scroll atas pentas n dapat attend majlis bermakna tu. So perasaan ini amatlah gembira jika nak di bandingkan convo day masa diploma dulu...sorang2 wooo...sedih giler sebab time tu mak abah kat mekah tengah buat haji..kire kali ni dapat tebus balik lah...happy


Buah Hati CFSB


CFSB


Ex-Classmate walaupun ramai yang tak datang

Terima kasih buat abah kerana bagi izin anakanda bawa motor gi class walaupun tak ada lesen motor
Terima kasih buat mak kerana siapkan sarapan setiap kali sebelum nak gi class
Terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu diri ini dalam mengejar ilmu

Thursday, February 14, 2013

Siri Makan => 10 Agar-agar Roti

Assalamualaikum..ni namanye terlebih rajin memasak


Bahan-Bahan

1 bungkus agar-agar (bukan yang serbuk)
1 cawan susu segar dutch lady/low fat
1 1/4 cawan gula
1 camca esen vanilla
6 keping roti
Air

Cara-Cara

1. Blander roti dan susu hingga hancur dan ketepikan
2. Masak agar-agar dengan sukatan air menggunakan plastik agar-agar tersebut
3. Masukkan gula dan biarkan ia hancur
4. Masukkan roti dan susu yang telah di blander tadi.
5. Masukkan esen vanilla. Biarkan ia mendidih
6. Bahagikan kepada dua hingga tiga adunan untuk mempelbagaikan warna
7. Tuang dalam loyang dan bekukan


Selamat Mencuba

NotaJari-> Actually sukatan gula tu aku main agak-agak je..ikot manis korang lah..tp rasanye 
selalu aku buat tak ikot resepi sangat..ikot sedap mulut yang makan ^_^

Siri Makan => 9 Murtabak Roti Sardin

Assalamualaikum semua..jom layan


Bahan-Bahan

1 Biji bawang besar
3 Batang cili padi
5 Ekor Ikan Sardin (dalam tin)
6 Keping Roti
6 Biji Telur
Garam

Cara-Cara

1. Roti di potong dadu dan ketepikan
2. Hiris bawang dan cili nipis-nipis
3. Ramas Ikan sardin sehingga separa hancur
4. Pecahkan telur dan letak sedikit garam.Kemudian kacau telur bersama bawang,cili dan ikan sardin
5. Masukkan roti tadi kedalam adunan telur dan rehatkan sebentar
6. Masak di atas kuali leper dan biarkan ia masak sepenuhnya.


Selamat Mencuba

NotaJari-> Kalau nak pedas jangan malu jangan segan tambah cili banyak-banyak.

Siri Makan => 8 Kek Marble

Assalamualaikum..jom hari ni kita buat kek


Bahan-Bahan

1 buku butter cup
1 camca esen vanilla
1 1/4 cawan gula pasir
2 sudu susu cair/pekat/dutch lady
2 sudu ovalette
2 1/2 tepung blue key
6 biji telur


Cara-Cara

1. pukul butter cup dan gula hingga kembang
2. masukkan ovalette
3. masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan memukul
4. masukkan esen vanilla dan susu
5. masukkan tepung sedikit demi sedikit,pukul hingga sebati
6. bahagikan adunan kepada dua hingga tiga bahagian (untuk warna)
7. lapiskan selang seli dan bakar dalam suhu 180'c (45 minit - 1 jam)

* oleskan acuan dengan mentega untuk mengelakkan dari kek melekat



Selamat Mencuba

NotaJari-> bahasa aku kali ni macam terabut sikit..campur melayu + indon..kata asean kena lah campur2 kan..

Sunday, February 3, 2013

Jawatan Kosong (Mencari Calon Suami)

Assalamualaikum...

Entri on the spot utk malam ni..tengah sedap2 tengok cerita syira kat TV3 tetibe CFSB dapat 1 msg dari housemate...guest what?? dia open jawatan kosong

jawatan apakah itu??jawatan mencari calon suami..ada siapa2 blogger kat sini single lagi??meh kenal2 dengan housemate CFSB...nak tahu ciri-ciri lelaki idaman beliau....jom kite terjah blog si gadis.. SILA KLIK

andai ada yang berminat..sila tinggalkan komen anda di ruangan bawah...CFSB dah jadi agen cari jodoh.. jom bina masjid ^_^

Februari

Assalamualaikum semua...

alhamdulillah..dah masuk bulan Februari dan..bersyukur kehadrat illahi kerana masih memberikan diriku ini bernafas dan menjadi khalifah di bumi Allah s.w.t ni...

mukadimah yang agak membina...yeke??hehhe...dah masuk bulan dua ni so cuti boleh tahan gak panjang... dapat lah CFSB balik kampung lama skit..lbh2 lg adik kesayangan pun balik bercuti mid-sem so x lah boring sangat nnt kalu balik

Bulan ni bulan bagi untuk abah kami semua..Insya Allah hampir genap 60 tahun.Alhamdulillah,sangat-sangat bangga punya abah yang penyayang..so pagi tadi tengah2 duk kemas umah terdetik idea nk buat suprise kt abah..so col mak tanya pendapat and jadual abang2 sama ada raya cina ni diaorang free ke tak..

Then mak kata tanye lah diaorg semua..dgn secepat itu CFSB msg kekanda2 kesayangan..(padahal sebelum ni hampeh x penah msg)..so feedback dari angah agak excited...tinggal along n uda je..hope diaorg berdua x bz time tu..

perancangan secara drastik...harap ia berjalan dengan lancar..demi parents apa pun sanggup bt..tanpa diaorg siapalah kita...kepada kawan2 kesayangan..agak2 nk ajak den kuor..ekau boleh ajak sabtu n ahad je..isnin den dongan family den..selasa den dah balik seghomban....

NotaJari-> abah lah heroku yang paling gagah...selamat hari lahir abah 

Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link