Assalamualaikum....
Di suatu petang yang hening..duduk lah dua pasangan bercinta ini di taman permainan sambil melihat kanak-kanak bermain dengan riangnye
Zan "Saya tak boleh mati lagi"
Nana"Kenapa pula??kan kalau dalam cerita romeo tu mati"
Zan "Romeo tak nak mati selagi juliet tak tunaikan permintaan romeo"
Nana "Awak saya main-main je lah..saya pun tak nak awak mati"
Zan " Boleh awak berjanji dengan saya??"
Nana "Janji apa awak??Insya Allah saya akn cuba tunaikan"
Zan "Janji dengan zan jadi isteri zan yang sah"
Nana "Awk...."(Tergamam dan terkesima)
Zan "Saya hanya perlukan awk sebagai kekuatan saya..tolong jadi isteri saya sayang"
Nana "Awak..kenapa nie??awak ada masalah ke??"
Zan "Selagi hanyat yang saya masih ada ni..saya perlukan awk sebagai kekuatan saya...saya sayang awk sangat-sangat..saya merayu..tolong jadi isteri saya yang sah" (Sambil menyeluk tangan ke poket dan mengeluarkan sebekas cincin)
Nana "Awak...saya terharu sangat...saya sudi jadi isteri awak"
Zan "Terima kasih sayang...saya akn jaga awak sebaik mungkin"
Dalam masa 2 bulan semua persedian telah di siapkan dengan bantuan keluarga,saudara-mara dan rakan-rakan..Akhirnye majlis pernikahan antara Nana dan Zan selamat di langsung kan dengan suasana yang sungguh sederhana..Alhamdulillah...
Terdapat sepasang suami isteri yang sedang duduk di bangku taman permainan yang sama seperti 9 bulan yang lepas..sambil si isteri telah berbadan dua dan usia kandungan menjangkau 7 bulan..
Zan "Seronoknya abang tengok budak-budak tu semua"
Nana "Abang,kan tak lama lagi abang dah nak jadi ayah..tak lama pun abang..cuma tinggal dua bulan je lagi"
Zan "Entah lah sayang..abang betol-betol tak sabar nak tunggu anak kita lah lahir..setiap hari abang berdoa agar kita dapat anak kembar"
Nana "Ish abang ni..doktor tak cakap pun yang kita bakal dapat anak kembar"
Zan "Insya-Allah sayang..semua tu kerja tuhan..mana lah tahu doa abang makbul sebelum abang pergi nie.."
Nana "Abang nak pergi mana??jangan ngada-ngada nak tinggalkan Nana..Nana x suke"
Zan "Alololo merajuk pulak wife abang nie..abang x pergi mana pun sayang..abang tetap dengan nana"
Setiap kejadian itu memang telah di tulis sejak azali lagi..Tiada siapa pun yang tahu bahawa Zan mengidap penyakit barah yang amat serius..selama ini rahsianya kekal tanpa di ketahui oleh sesiapa meskipun isterinya. Bagi Zan biarlah hanya dirinya yang menanggung kesakitan.Dia tidak mahu orang di sekelilingnya bersimpati dengan nasib yang telah di tetapkan olehNya
Dua bulan kemudian lahir lah sepasang bayi kembar yang di beri nama Nur Zafirah Dan Muhammad Farhan. Bayi yang di lahir kan pada waktu subuh ketika azan subuh masih berkumandang..Dan seketika bayi di bersihkan muncul lah seorang insan yang digelar bapa untuk mengazan dan mengiqamatkan bayi-bayi tersebut
Di dalam bilik hospital yang menempatkan ibu yang baru bersalin
Nana "Abang..tengok anak-anak kita..comel kan..muka boy macam muka Nana muka gurl mcm muka abang"
Zan "Thank sayang sebab sudi bertarung nyawa untuk melahirkan anak-anak abang..jasa sayang pada abang,tak mampu abang nak balas.."(sambil mengucup dahi dan kedua-dua belah pipi si isteri)
Nana "Terima kasih juga dekat abang sebab sanggup layan kerenah Nana masa mengandungkan diaorg..Kuasa Tuhan kan abang..tiba-tiba Dia bagi kita anak kembar..sepasang pula tu"
Zan "Alhamdulillah..syukur sangat-sangat..apa yang abang hajatkan selama ni Allah Makbulkan..baru tenang sikit hati abang ni"
Nana "Eh apa cakap macam ni..Nana tak suka dengar abang cakap bukan-bukan"
Zan "Abang saja je sayang..Nana mesti penat kan..Nana tido lah..abang nk buat sujud syukur sekejap" (Sambil memeluk Nana dengan kejap dan mengucup lama dahi dan pipi Nana)
Kemudian Zan berlalu ke katil bayi-bayi kembarnya..Zan mengangkat bayi lelaki dahulu sambil berbisik "Wahai sayangku Farhan..ayah akan pergi tak lama lagi..ayah pertanggung jawabkan Farhan untuk menjaga ibu dan adik..jadi lah anak yang soleh untuk ayah dan ibu" sambil mencium lama dahi dan pipi si kecil itu. Setelah selesai Zan mengankat pula bayi perempuan itu dan berbisik "Wahai puteriku Zafirah..ayah tidak punya masa lagi..ayah harus pergi..ayah pertanggungjawabkan Zafirah untuk menjaga ibu dan abang..jadilah anak yang solehah untuk ayah dan ibu" seperti si abang,Zan juga melalukan perbuatan yang sama untuk si adik juga..kemudia Zan berlalu pergi untuk mengambil air sembahyang
Zan kembali ke bilik isterinya dan melihat isteri dan bayi-bayinya sedang lena dengan nyenyak..Zan memulakan solat sunat dan sujud syukur..
Nana tersedar dari tidur dan memandang sekeliling mencari suaminya..dan Nana melihat suaminya sedang sujud..lalu terdetik di hati Nana "Eh! lamanya abang sujud..rasanya dari pukul lapan tadi abang solat... sekarang dah pukul 9.30 pagi..", lalu Nana bangun dan memanggil suaminya.. Nana datang menghampiri Zan yang masih sujud lalu mengoyangkan sedikit bahu Zan "Abang..abang...bangun abang..." "Abang..jawab lah nana panggil nie" dan dengan tiba-tiba zan rebah dari sujudnya..Nana sangat terkejut kerana melihat suaminya tidak memberikan tidak balas...Nana menekan butang kecemasan untuk memanggil jururawat dan doktor..Doktor dan jururawat datang dengan pantas lalu mengangkat Zan ke atas sofa yang telah di sediakan di dalam bilik tersebut..Doktor memandang Nana dan hanya menggelengkan kepala Nana hanya mampu melihat dan tiba-tiba rebah dengan sendirinya
Nana tersedar dari pengsan dan melihat sekeliling.Hatinya berdetik "aku dekat rumah"..Muncul ibu bapanya serta kedua ibu bapa mertua.. Mereka hanya memandang sayu ke arah Nana "Mak..abang mana..mama... abang mana???nana nak abang.."Nana menanyakan di manakah suaminya kepada ibu dan ibu mertuanya "Sabar Nana..banyakkan istigfar...Zan dan tinggalkan kita semua...Zan dah tak ada lagi nana" ibu nana mengusap bahu Nana sambil menerangkan keadaan sebenar..Nana bagaikan tidak percaya..Nana mengatakan bahawa ibunya berdusta tapi hakikat itu telah pun di terangkan apabila Nana terlihat sekujur tubuh suaminya yang tidak bernyawa telah siap dikafan kemas dan di letakkan di tengah-tengah ruang tamu rumahnya..Nana datang mendekati jenazah suaminya sambil membuka lapisan kain putih itu
"Abang..abang dah tinggalkan Nana..sampai hati abang buat Nana macam ni..abang kata abang nak jaga Nana..Abang...Nana tak sanggup kehilangan abang..tolong jangan tinggalkan Nana abang...sapa nak tolong Nana jaga baby-baby kita..Nana nak abang..."Rayu Nana di sebelah jenazah..abah Nana datang dan mengusap kepala nana sambil berkata "Nana..lepaskan dia nak..kesian dekat jenazah...kalau arwah tahu Nana macam ni mesti dia sedih sangat...Nana kena ingat Zan masih tinggalkan zuriat untuk Nana..jadi Nana kena jaga mereka betul-betul..kesian mereka Nana"Apabila Nana mendengar abahnya menyebut perkataan "Zuriat" Nana terus teringatkan bayi-bayi kembarnya..Lalu Nana meminta ibunya mengambilakan bayi-bayi tersebut
Nana mendekatkan bayi-bayinya ke muka arwah suaminya untuk memberi kucukpan terakhir..dan setelah itu Nana punya mengucup dahi dan kedua-dua pipi arwah suaminya sebelum dia sendiri yang menutup kembali kain putih itu..Setelah itu Nana tidak sedar lagi apa yang berlaku
Apabila tersedar Nana sudah berada di dalam bilik peraduannya dengan arwah suaminya..Terdapat sepucuk surat.Nana melihat surat itu dan alangkah terkejut apabila surat itu bertulis namanya..Nana buka dan baca surat yang telah di tulis oleh arwah suaminya
Assalamualaikum, buat isteri abang yang abang kasihi...ketika nana membaca surat ini,abang sudah pun berada dia alam lain.Tujuan abang menulis surat ini adalah ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat nana kerana sanggup menjadi peneman hidup abang walapun tak lama.Malah sanggup melahirkan zuriat abang. Setiap malam abang berdoa agar di berikan kesempatan untuk melihat zuriat abang walaupun hanya seketika dan abang juga memohon Allah memperkenankan doa abang agar di kurniakan sepasang anak kembar. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa abang
Mungkin nana terkejut bagaimana abang tahu nana bakal melahirkan anak-anak kembar..Allah itu Maha Mengetahui..dia beri abang petunjuk yang abang bakal mendapat anak kembar dan memang benar doa abang telah di makbulkan..
Nana sayangku..abang ingin memohon maaf darimu kerana merahsiakan pernyakit ini.Abang telah mengidap barah ini sejak kita masih berkenalan lagi tapi abang sengaja rahsiakan sebab tak nak nana risau..Abang melamarmu secepat yang mungkin kerana abang tahu abang tak sempat nak hidup lama..Oleh itu abang membuat keputusan untuk melamarmu menjad isteri abang yang sah kerana nana adalah kekuatan abang selain Dia dan keluarga
Nana di kesempatan ini abang nak mohon ampun dan maaf di atas semua kesalahan abang pada nana selama ini..Nana jaga lah zuriat terakhir dari abang sebaik mungkin..hanya itu sahaja harta abang buat nana.. Didiklah mereka sehingga menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat..Abang dah ampunkan semua dosa-dosa nana pada abang selama nie..Andai kata suatu hari ada yang datang untuk melamar nana...nana terima lah dia kerana dia kan temankan nana sehingga ke akhir hayat..dan pastikan dia akan jaga zuriat abang sebaik mungkin..sampai disini sahaja surat abang..nana jaga diri baik-baik..abang sentiasa menunggu nana di Syurga kita..Wassalam
Seikhlas Hati,
Suamimu Tercinta
Nana melipat surat tersebut dan di peluknya penuh syahdu..air mata berjujuran dengan laju dan nana hanya termenung jauh memandang awan.."Abang...nana berjanji nana akan jaga anak-anak kita sebaik mungkin.. nana akan didik mereka dengan cara yang benar..dan nana akan setia pada abang..itu janji nana"
Notajari ->cerita ini adalah cerita benar yang telah di cerita kan oleh seseorang kepada menulis dan di campur adukkan bersama olahan penulis atas keizinan seseorang itu..
Sedihnya kisah Romeo dan Juliet ni..
ReplyDeletethanks for sharing ^^
sedih kan..walapun aku yg coret aku sndiri yg nangis bce citer nie..uhuk...kantoi di situ
Deletesaya juliet..sedang mencari romeo...ekeke...
ReplyDeletejom kite cri romeo sme2...nk x...tp x nk lah romeo yg nk mati..ekekekke
Delete