Lets nuffnang

Pengikut..

Friday, December 27, 2013

Korang Ada Diari??

Assalamualaikum semua.Salam jumaat buat pembaca.Hari jumaat terakhir bagi tahun 2013.Next Week kita semua akan melangkah ke tahun baru iaitu tahun 2014.Hope apa yang berlaku pada tahun ni akan lebih mematangkan kita semua untuk menongkah arus ke tahun hadapan.Insya Allah

So di sebabkan aku tak ada topik dan tak lama lagi nak masuk tahun baru apa kata kita story about diary. Korang ada diari??Sebuah buku catatan yang korang guna untuk mencatat segala jenis maklumat,data,tarikh dan so on untuk bagi ingatan mahupun untuk mengenang sesuatu kejadian.

Aku??haruslah ada.rasanya sejak sekolah lagi aku memang dah terbabit dalam bidang menulisan diari ni.Dulu-dulu kan tak mampu nak beli diari mahal so kalau ada buku sekolah yang garis satu tu yang lebih,aku akan spend untuk buat diari.Akan beli sampul hadiah & sampul buku yang jernih tu then balut lah buku tu dan label sebagai diary.How sweet kan.Korang pun mesti pernah buat

Bila dah masuk zaman kolej aku akan beli buku yang kulit keras.Tak pun aku akan pergi mana2 kedai pada hujung tahun untuk dapatkan diari free...hahaha sadis giler.Aku ingat lagi tahun 2010 aku pergi big apple then dapat diary free gambar chipmunk..serius comel giler.Sampai sekarang aku simpan diari tu walaupun tak banyak yang aku coret al-kemalasan yang amat.

Pastu aku stop tulis diari sampai lah awal tahun 2013 aku start menulis balik.Sebab dah kerja kan so diari aku tu lebih kearah perkara-perkara berkaitan kerja.Tapi ada juga aku selitkan dengan aktiviti harian aku.Cume hal-hal cinta aku buat diari baru.Yang lebih tersendiri.Nampak macam membazir kan.Tapi aku lebih suka separate macam tu so tak ada lah campur aduk.

Now dah nak masuk tahun 2014 so aku memerlukan diari baru.Tapi aku dah tak panggil diari dah.Aku panggil planner.En P.A kata aku belagak sebab bajet macam bos2 konon-konon panggil planner..hahaha suke hati lah.Maklumlah tak lama lagi dah nak masuk tahun baru,kerja baru,negeri baru,persekitaran baru,rakan kerja baru so attitude kena lah baru..btol tak..

Korang plak suka diari yang macam mana.Yang memang jenis diari biasa2 atau jenis diary khusus untuk kerja.Aku suka sangat diary yang siap boleh ikat tu.Nampak lebih elegan.Macam bos-bos.Ahaks!!


Diari 2013 - Nampak lebih santai

Diari 2014 - Lebih kepada planner dan nampak executive skit.Aku suke sebab kerawang tu cantik

Thursday, December 26, 2013

Siri Makan =>16 Spaghetti Goreng Asia Barat

Assalamualaikum semua jom aku nak shared resepi olahan ikot suke aku hari ini..hahaha


Bahan-Bahan

A ->Bahan Untuk Dikisar

3 Biji Bawang Besar
5 Biji Bawang Putih
2 Genggam Cili Kering (Direbus)

B ->Bahan Perencah

Segenggam Spaghetti
1/2 Batang Carrot (Hiris separa nipis)
6 Batang Baby Corn (Hiris separa nipis)
1 Batang Fish Cake (Hiris Nipis)
6 Biji Fish Ball (Potong 4)
4 Kepingan Daging (Hiris separa nipis)
1-2 Biji Telur

C ->Bahan Perasa

Garam
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Kicap Manis
Serbuk Lada Hitam

D ->Bahan Hiasan

1 Keping Chess (hiris nipis)
3 Batang Cili Padi(hiris nipis)

Cara-Cara

1- Kisar semua bahan A dan ketepikan
2-Rebus semua bahan B kecuali telur.Letak kan minyak sedikit semasa merebus spaghetti.Simpan air rebusan daging untuk dibuat stok.Bagi yang suka sayuran yang crunchy just celur je sayur-sayur tu tak perlu rebus dan boleh tambah lagi sayur kalau korang suka macam brocoly or button mushroom.
3-Panaskan minyak dan kemudian tumis bahan-bahan A sebanyak 4 sudu besar.Masukkan 4 Sudu besar air rebusan daging.
4-Kemudian masukkan bahan B kecuali telur dan spaghetti.dan masukkan bahan C.Ikot sesedap korang bagi bahan perasa tu.Aku main taruk je.Agak sedap kat tekak aku kire oklah tu.
5-Masukkan telur dan biarkan kering seketika.
6-Akhir sekali masukkan spaghetti dan gaul rata.Kalau rasa terlampau basah boleh biarkan lama skit masak agar nampak lebih kering
7-Sewaktu dihidang tengah2 berasap tu korang boleh taburkan cili padi dan chess tadi..then chess tu akan melting..

Saiz hidangan - 2 Orang

Selamat Mencuba

Wednesday, December 25, 2013

Siri Makan =>15 Aneka Sayur Goreng Rangup

Assalamualaikum semua..macam dah lama je kan aku tak kongsi resepi.Hari ni mengidam nak makan cendawan goreng yang rangup so aku try lah buat.tengah godek-godek peti ais ada pulak carrot dengan baby corn apa lagi,masak teruslah senang.Maka terhasillah Aneka sayur Goreng rangup

Bahan-Bahan

1 Peket Cendawan tiram
1/2 Batang Carrot
4 Batang Baby Corn
2 Biji Telur
Tepung Jagung
Rempah Kari
Serbuk Lada Hitam
Garam
Minyak

Cara-Cara

1-Potong nipis carrot,baby corn dan carik2 cendawan.Basuh dan toskan airnya.Amik tisu masak tu lapkan pada semua sayur tadi.Bagi hilang air.


2-Pecahkan 2 biji telur dan kacau.Pada pinggan yang lain masukkan tepung jagung,rempah kari,serbuk lada hitam,garam dan kaul rata.Sukatan setiap bahan campuran tu ikot suka korang sebab aku pun main agak-agak je.


3-Celupkan segala mak nenek sayur tu dalam telur.Jangan biarkan lama nanti meresap plak(Bagi cendawan).Lepaskan gaulkan kedalam adunan tepung dan kawan-kawannya tadi

4-Goreng pada minyak yang minyak yang betul-betul panas.Biarkan masak sehingga kekuning-kuningan dan kemudian sedia untuk dihidang


Orange Yogart Bliss + Aneka Sayur Goreng + Sos Cili dan mayo sedia untuk dimakan

Ok ini sahaja resepi dari aku.Selamat mencuba

Tuesday, December 24, 2013

Kesian Ko Farhanah..


kreadit to Google


Assalamualaikum semua..baru sahaja bersiaran setelah aku beberapa hari tak mengupdate al-kerana kemalasan yang tengah membuak-buak dalam diri nie.

Korang pernah pergi Johor Premium Outlet (JPO)?? Mostly orang johor semua pernah pergi JPO kan.Tapi tidak bagi aku.Jangan cakap nak pergi,jalan nak menuju ke JPO pun aku tak tahu.Silap-silap jalan kesesatan yang aku pergi nanti.

Alkisahnye subuh tadi adik aku dok wechat cakap JPO ada buat sale.ye ke??idak lah aku tahu sebab aku bukan minat window shopping.So aku story kat adik yang aku ni JPO pun tak tahu kat mana.Setakat tahu kat kulaijaya jelah.Jalan ke JPO memang tak tahu.Senang cerita tahu nama je pergi ke,lalu ke apatah lagi masuk memang tak pernah.

Kesian kan nama je orang johor tapi JPO pun aku tak tahu.Ada aku kesah.Si adik ni sibuk lah cakap kawan-kawan kat kolej dia orang jauh-jauh telling the story about mega sale.Konon-konon si adik nak cairkan aku lah dengan story mega sale dia.Untung-untung aku ajak dia window shopping dengan harapan dapat barang free..What the fish..aku dah paham muslihat dia.

Sorry lah dik akak kau ni bukan yang suka bershopping bagai.Kalau rasa benda tu perlu baru akak ko ni pergi beli.Kalau tidak tak adanye aku nak kuar rumah berjalan.Sejak ada kereta ni aku makin malas nak keluar rumah.Sebab aku malas nak drive.Sengal kan.Orang ada kereta time tu lah pulun jalan puas-puas tapi idaknye bagi aku.

Abah aku pernah cakap dah stay kat senawang tu sesekali pergilah jalan ke KL..Dekat je bukan jauh kan. Hahaha naik gelak aku.Selama setahun lebih aku stay sini rasanye cuma sekali je aku jejak KL tu.Tu pun En P.A yang teman sebab pergi PWTC ada book fair.Selebihnya aku duk rumah tak pun turun melaka.Aku pun tak tahu kenapa aku suka turun melaka maybe sebab tempat bersejarah.

So sesiapa yang rasa aku ni macam mundur kebelakang its ok..Aku tak kesah punya orang.Sebab aku jenis yang tak suka nak jalan-jalan..Weekend pun duk rumah saja.Paling kurang pun keluar pergi jogging,beli barang dapur.That it.Selebihnye terperaplah aku dekat rumah mengadap laptop + membaca buku.

Korang mesti suke shopping kan..kat mana?

Wednesday, December 18, 2013

Aktiviti Menggila Kalau Balik Johor

Assalamualaikum semua,lama juga dah tak bersiaran maklumlah bizi skit dengan exam..nie pun aku baru balik dari johor..Rasa dah lama sangat aku tak balik umah mak dan umah makcik aku.So aku decide balik batu pahat terus umah makcik aku..malas nak taip so layan gambar jelah


2 gambar atas - Ajak adik aku lepak tutti frutti sambil tunggu kazen kami tutup kedai tutti frutti tu
2 gambar bawah - OTWpergi kluang attend majlis kawen housemate aku "tuan punya hp" 


my baby rooren setelah sebulan tak mandi..pagi sabtu tu aku sental cukup-cukup sampai berkilat


membelasah steamboat,maklumlah orang belanja aku makan je.Ni just first round,second round dah malas nk amik gmbr


bersiap-siap nak pergi tengok wayang katanya tapi jusco penuh orang.
meng"selfie"kan diri sendiri..


isnin malam tu sempat jumpe member aku amik baju dari dia.
Stiker dah selamat menetap kat bontot my baby rooren


Friday, December 6, 2013

Review Buku 1- The Secret


Assalamualaikum..Di sebabkan aku ni jenis yang giler membaca tapi tak adalah giler sangat.SoTetibe hari nie nak buat segmen baru iaitu "Review Buku".So buku pertama yang mendapat undian hari ini ialah "The Secret".Memang sekarang ni nak cari info korang boleh google je.Tapi bagi aku bila dapat beli satu buku tu dah macam kepuasan.Boleh buat Koleksi.

Detail tentang Buku "The Secret"

Title -> The Secret
Author -> Rhonda Byrne
Price -> $ 23.95 US (RM 80)
Genre -> Self -help Spiritual
Star -> 4.5/5

Buku ni lebih kepada motivasi dan "Law of Attraction".Bagi aku memang berbaloi beli buku ni walaupun mahal dan kecik je buku ni tapi input tu yang memang tak ada nilai.Bagi aku lah.Rasanya ni buku motivasi yang termahal aku pernah beli.Tapi dengan ilmu kite tak perlu nak kedekut.Sebab itu tu lebih mahal dari wang ringgit.

Harap dengan review aku ni dapat membantu korang untuk mencari lebih banyak lagi input dan mana tahu suatu hari nanti korang boleh membina sebuah mini library kat rumah sendiri..No body know right??

Tuesday, December 3, 2013

Terapi Ionic Body Detox 2

Assalamualaikumsemua..semalam aku pergi buat rawatan Terapi Ionic buat kali ke-tiga selepas 2 bulan aku stop.Bagi yang kurang pasti apa Terapi Ionic Body Detoc korang boleh klik Link Ini.Kat dalam entry tu aku ada story serba sedikit pasal apa itu Terapi Ionic Body Detox.So siapa-siapa nak cuba boleh lah cari tempat tu ye.Code -Sekitar senawang dan seremban sahaja.

Memandangkan dah lama sangat aku tak pergi so haruslah hasil keputusan yang aku dapat punya lah mantap.Mula-mula letak kaki dalam air jernih je.Bila dah 5 minit tak yah cakap lah memang serupa air kencing.Selepas 30 minit??aku rasa macam tengok air longkang.Gambar aku memang tak capture pun sebab aku sendiri geli tengok air tu.

Wooii air yang ko geli tulah yang tunjuk segala jenis mak nenek toksin dalam badan ko tu fara ooiii..So redha jelah..Setiap warna toksin yang keluar tu ada jenis-jenis yang tersendiri.So korang boleh refer pada gambar kad rawatan aku kat bawah nie


Ni lah kad rawatan aku.Menunjukkan aku baru 3 kali buat rawatan
lama gak kan aku skip okt-dec

Bila habis je rawatan tu macam biasa lah orang tu angkat kotak kuning..Masya Allah terkejut aku tengok air tu.Dia explainlah dalam badan aku ni ada banyak toksin.Sebab dah lama tak buat kan.Jom aku senarai jenis-jenis toksin aku MAlam Tadi

1-Kuning Kehitaman ->Buah pinggang & hati
2-Kuning Berminyak ->Kolestrol
3-Coklat ->Hati
4-Hijau Tua ->Hempedu
5-Buih Gelembung ->Angin/Gastrik
6-Hitam->Asap,Minuman berkafein,Minuman Gas
7-Merah->Darah beku

Hammmbooiii...7/10 banyak giler toksin dalam badan.Paling aku terkejut bila orang tu kata aku banyak minum air gas...Oppss sory ye kak..saya memang tak minum air gas..Tapi bab kena asap tu aku percaya sebab aku kalau drive jarang buka air-cord.Always open window kecuali hari hujan.Maybe sebab tu kot Toksin kehitaman aku tu terlampau banyak.

Then bila dah buat rawatan tu haruslah dapat tido yang sangat berkualiti kan.Bangun pagi ni terasa cergas..Sampai rasa nak buat marathon dalam rumah..Ok petang ni mesti kena jogging untuk lepaskan segala hormon berkobar-kobar nie.


Banyak gila ubat aku kan

Actually aku ni pemakan tegar segala jenis ubat..boleh percaya??Tu semua memang ubat-ubat aku.Tapi tak adalah amik hari-hari.Bila betol-betol tak tahan je baru aku amik.So bila dah buat terapi ionic tu orang tu dok kata kalau boleh kurangkan amik ubat-ubatan ni.Sebab kandungan kimia dia kite tak tahu berapa percent.Amik bila perlu sahaja.

Paling penting kena sentiasa minum air masak.Dan sejak-sejak ni aku memang kurang sangat amik ais.Kalau keluar sekali pun aku akan pesan air suam je.Nak jaga dalaman badan.Mak aku pun dah pesan jangan minum ais sebab aku ni memang kena pantang ais lepas operate 10 tahun lepas...sampai bila-bila woo kena pantang ais.Tapi kekadang terlajak juga..ops harap dimaafkan.

Hope next week dapat buat terapi ni lagi..serius aku memang berkobar-kobar nak tengok sendiri toksin-toksin ni dikeluarkan.Geli pun geli lah janji aku sihat...sekian...

Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link