Lets nuffnang

Pengikut..

Wednesday, September 25, 2013

Siapa Anak Johor??

Assalamualaikum semua

Pagi-pagi lagi aku dah dapat mesj dari kembar aku tentang jawatan kosong area Pasir Gudang dan Segamat. Dia nak sangat aku balik jb semula keje dekat sana..hahaha...rindu dekat aku lah tu.Tengah-tengah dok belek jawatan kosong si kembar ni PM aku tanya pasal sijil berhenti sekolah agama and sijil darjah khas. What the??hahha bnda tu dah berzaman kot..sejak aku tamat darjah khas tak pernah aku hirau kan segala mak nenek sijil berhenti sekolah agama nie.

Untuk pengetahuan semua,kat johor memang ada sekolah agama rakyat.Mostly anak-anak johor memang akan dihantar ke sekolah agama tu.Honestly,dulu aku tak suke pergi sekolah agama sebab aku rasa penat. Yelah kalau ko sekolah kebangsaan petang,pagi2 ko dah kna bangun sebab kena pergi sekolah agama,balik sekolah agama kena pula pergi sekolah kebangsaan.macam tu juga lah kalu ko sekolah kebangsaan pagi dan sekolah agama petang.

Masa tahun aku sekolah agama dulu ko akan habis semua tahap pembelajaran ni sampi ko tingkatan tiga.lama giler kan..Baik aku masuk tahfiz terus.Tapi budak sekarang tingkatan 1 dah boleh habis sekolah agama.jom aku tunjuk kiraan dia

Tahun Abang2 & Aku

Sekolah Harian
Sekolah Agama
Darjah 1
Perintis 1 (KAFA)
Darjah 2
Perintis 2 (KAFA)
Darjah 3
Darjah 1
Darjah 4
Darjah 2
Darjah 5
Darjah 3
Darjah 6
Darjah 4
Tingkatan 1
Darjah 5
Tingkatan 2
Darjah 6
Tingkatan 3
Darjah Khas

 Tahun Adik Aku

Sekolah Harian
Sekolah Agama
Darjah 1
Darjah 1 (KAFA)
Darjah 2
Darjah 2 (KAFA)
Darjah 3
Darjah 3
Darjah 4
Darjah 4
Darjah 5
Darjah 5
Darjah 6
Darjah 6
Tingkatan 1
Darjah Khas

Untung kan adik aku.Dapat jimat dua tahun.Tapi yang tak bestnye sistem pelajaran dah beza skit.Dan rasanye macam tak "sajak" kalau budak baru dahjah 5 sekolah rendah dah belajar subjek Munakahat.Kalu form 1 belajar subjek Munakahat ok lah juga.Subjek tu lah paling best aku rasa.Dan subjek tu juga akan membuatkan kelas penuh.Sebab semua orang  akan berminat subjek tu.Munakahat a.k.a Nikah Kahwin.

Sekolah agama pun ada sesi pengkelasan juga macam sekolah kebangsaan dan menengah.Korang boleh rujuk dekat table bawah nie.Tapi ni pengkelasan masa tahun aku dan abang2 lah..Tahun yang sekarang aku tak pasti.Ok kalu korang pergi johor nampak budak2 pkai baju sekolah hari sabtu kain coklat gelap dan seluar coklat maknanye tu budak2 yang ada kelas darjah khas.

Pengkelasan
Masa
Darjah 1-3
1 jam 30 minit (Tiada Rehat)
Darjah 4-6
3 jam (Rehat 30 minit)
Darjah Khas (Hari Sabtu Sahaja)
5 jam (Rehat 10 pg-10.30 pg)

Apa itu Darjah Khas??darjah khas ni lebih kepada mcm pra-u tapi more pada mereka yang nak jadi ustaz or ustazah.So siapa-siapa yang cadang nak jadi cikgu sekolah agama kat johor mesti kena ada sijil darjah khas Pangkat 1.Lebih kurang macam pangkat time spm zaman 90-an dlu lah.Kalau sekarang boleh dikatakan macam cemerlang.

Yang bestnya sekolah agama ni kalau time exam final korang failed,jangan harap ko dapat naik darjah.Duduk lah ko  kt darjah yang sama sampai ko betol2 lulus.Bnda wajib lulus Al-Quran,Tauhid,Ibadat. Kalau salah satu dari 3 subjek ni failed,stay lagi lah ko kat darjah yang sma tahun depan.Alhamdulillah dari aku Perintis 1 sampai dahjah 6 aku x pernah kantoi..Kantoi time half year tu normal.janji final aku pass cukup lah..

Masa aku Darjah Khas aku kantoi.Macam mna lah tak kantoi tahun tu aku ada exam PMR tahun tu juga ada exam Darjah Khas.PMR dah 8 subjek Darjah khas dah 12 subjek..uuhhh mak aii..20 subjek nak kena cover..memang jammed lah otak aku.So aku fokus PMR.Darjah Khas aku bt sambil lewa je.Then akhirnye failed.Sedih ok.Paling kritikal bila mak aku suruh repeat darjah khas.Aku cakap x nak sebab semua member2 aku pass even dapat SAA(malu nk duduk satu kelas dgn budk bawah sebenarnye.malu sebb failed...hahhaha).Tapi bila mak aku dah guna kuasa veto.Nak x nak form 4 aku kena repeat juga darjah khas.Dan alhamdulillah aku pass walaupun SAA.tu pun mak aku tak puas hati suruh repeat sampai dapat pangkat 1.Alasan aku senang je..Form 5 nak SPM.so kna lebih fokus..hahha nasib dia terima alasan aku.


See The result.Walaupun agregat tu membolehkan aku dapat Pangkat 2 tapi sebab banyak sgt No 9 so aku di kira SAA.Janji result Al-Quran,Tauhid,Ibadat,Munakahat aku cantik..cukup lah tue..

Ok balik pada cerita asal,sebenarnya sijil Darjah Khas ni ada kelebihan.Kebanyakan badan kerajaan negeri johor yang nak amik pekerja dari anak kelahiran johor,diaorang akan tengok kelayakandan sijil darjah khas sekolah agama.Kalau korang ada sijil Darjah Khas itu akan jadi satu kelebihan pada korang.Sama ada sahih atau tidak,aku tak pasti.Macam Johor Corp tak silap aku,dia akan minx korang sijil darjah khas yang original bagi membuktikan ko anak johor.Sbb kalu tnjuk slip pun orang boleh tipu dengan bt editting.Tapi bagi aku kalau dah memang rezeki sure akan dapat juga keja tu.

Sijil ni cume kelebihan and boleh backup je.yang lain serah pada Allah s.w.t sebab rezeki kite pun asalnya dari DIA.Kita cume boleh doa,usaha,istiqamah dan tawakal.Tetibe teringat zaman aku sekolah agama dulu.Terima kasih kepada mak yang kerah aku suruh habiskan pengajian sekolah agama.Baru sekarang aku tahu kenapa mak aku paksa aku sekolah agama.Bukan sebab senang dapat keje tapi sebab ilmu yang aku dapat tu,belum tentu ustaz/ustazah akan ajar secara detail dekat sekolah menengah.Apapun ilmu tu perlu terus di gali sampai dalam sebab ia tidak akan pernah habis...wallahualam...

Tuesday, September 24, 2013

Kami Tetap Kembar

Assalamualaikum semua..

Farah ada kembar ke??hahaha mak aku beranak kembar sekali je tu pun abang-abang aku tapi kenapa orang sering kaitkan aku dengan dia kembar??Cikgu sekolah,adik junior and orang sekeliling pun anggap kali kembar..why??muka sama??jauh..umur??tu betol..tarikh lahir pun betol..tahun lahir lagi lh masa..beza bulan lahir je

Actually dia memang rapat dengan aku sejak sekolah dulu..seriusly aku dah kenal dia sejak umur 12 tahun sampai sekarang ni masing-masing umur dah 24 tahun.wow..lama tu dah 12 tahun kami berkawan.Walau terpisah dek taman perumahan,class,kolej even pernah terpisah negeri sorang dekat selatan sorang dekat utara,tapi perhubungan kami masih utuh.

Gaduh??normallah tu..even ko adik bradik pun gaduh ini kan plak kawan.Cikgu english kami selalu panggil kami kembar.Walaupun kelas lain-lain tapi cikgu kami akan sentiasa tanya "kembar" kami.Sampai lah satu masa mak "kembar" aku ni cakap "korang memang sajak jadi kembar.agak-agak kalu orang yang tak kenal korang pun mesti ingat korang kembar" lebih kurang macam tulah

Now kami masih dipisahkan oleh negeri yang kami duduk.Dia masih di johor dan aku pula di senawang tapi perhubungan kami masih lagi berjalan dengan lancar.Alhamdulillah,aku sangat bersyukur di kurniakan seorang kawan,rakan,sahabat malah juga "kembar".Jauh macam mana pun dia selalu risau kalau aku sakit.Terima kasih sebab jadi "kembar" aku.Aku sayang kau Liey



Farhana - 18 Ogos 1989
Liyana - 18 November 1989

Dua kembar yang berbeza tapi ada persamaan


Music Box hadiah dari "kembar" aku..Orang lain dapat music box dari pakwe.
Aku dapat dari "kembar" ko ada??hahaha..

Thanks sebab sudi jadi kembar aku,jaga aku,doakan aku dan sentiasa risau setiap kali aku sakit paling best ko x pernah lupa beli hadiah aku setiap kali besday aku..tu yg best..hehehe walaupun aku jarang bagi hadiah dekat kau.Aku sayang ko selamanya.Semoga ikatan "kembar" kita ini akan terus terjalin sehingga nafas yang terakhir...Insya Allah.

Monday, September 23, 2013

Siri Makan => 12 Spaghetti Melayu Itali Ala Farah

Assalamualaikum..hari ni konon-konon mak masak ala western kata ko..haha

Bahan-bahan

1 Biji Bawang Bomby (Potong dadu)
3 Ulas Bawang Putih (Cincang Halus)
1 Sudu Serbuk Lada Hitam
10 Batang Cili Padi (Hiris Halus)
1 Peket Spaghetti (Lupa Brand apa)
1 Tin Button Mushroom (Hiris Sederhana Nipis)
1 Botol Sos Spaghetti Cendawan Mushroom (Kimball)
3 Keping Daging Burger Ramly (Ramas untuk bagi hancur)
4 Batang Sosej (Hiris Sederhana Nipis)
Garam
Bahan Perasa
Jejari Ikan (Hiasan + Sampingan)
Minyak
Butter cup

Cara-Cara

1.Didihkan air untuk merebus spaghetti.Masukkan sedikit minyak ke dalam air rebusan bagi mengelakkan speghetti melekat.Apabila spaghetti sudah lembut,ketepikan untuk disejukkan
2.Tumis bawang bombay,bawang putih dan cili padi menggunakan butter cup dan sedikit minyak sehingga naik bau.Kemudian masukkan sos spaghetti.Kalau terasa sos agak pekat letakkan sedikit air.
3.Masukkan daging hancur dan taburkan sedikit garam,bahan perasa dan lada hitam kedalam sos.Guna kan api yang perlahan dan biarkan ia mendidih.
4.Masukkan Hirisan sosej dan button mushroom kedalam sos.Biarkan selama beberapa minit sehingga mendidih dan bahan sume sudah bersatu.Apabila sudah siap,sedia untuk dihidangkan.Hiaskan dengan jejari ikan.Kalau nak tambah cheese pun boleh.

Kenapa ada melayu itali?Sebab aku guna cili padi.Maklumlah "hantu pedas" so memang selalu ready dengan cili padi.Actually menu ni di request oleh En P.A,tapi sebab dia ada event yang nak kena attend.So tak dapat lah dia nak rasa menu aku nie..Kesian dia mengidam..Dont Worry my dear,besday you next month i masak lagi spaghetti special only for you..ceewwahhh...ok lah selamat mencuba.



Aku dah gaul spaghetti ni baru amik gambar.

Siri Makan => 11 Bihun Goreng

Assalamualaikum..saja nak shared resepi baru

Bahan-Bahan

(Untuk Di Blander) ->Kuantiti Ikot Suka Hati
Lada kering(Rebus dahulu)
Bawang Besar
Bawang Putih
Udang Kering/Ikan Bilis

2 Keping Ayam (Bahagian Isi – Potong Dadu)
2 Keping Fish Cake (Potong Nipis)
10 Biji Fish Ball (Potong Empat)
1 Ikat Sawi (Potong ikot citarasa sendiri)
1 Peket Bihun (Rendam untuk bagi lembut)
Garam
Bahan Perasa
Minyak

Cara-Cara

1.Goreng ayam,fish cake dan fish ball terlebih dahulu.Goreng separuh masak je tak payah lama-lama.Kemudian ketepikan.

2.Tumis bahan-bahan yang sudah siap di blander sehingga naik bau.Biarkan garing sedikit dan masukkan garam serta bahan perasa.Bahan-bahan tumis tu korang boleh adjust kuantiti.Kalau rasa nak pedas boleh blander lada kering lebih-lebih sikit.

3.Bila bahan tumis dah garing boleh masukkan ayam,fish cake dan fish ball tadi bagi meresap dalam bahan tumisan.Kemudian masukkan bihun dan kacau sehingga semua sekali ‘mesra’.Kalau rasa-rasa bihun tu keras sikit boleh letak air untuk bagi lembut.

4.Akhir sekali masukkan sawi kedalam bihun tadi.Kacau sehingga sawi itu agak layu dan kemudian siaplah untuk dihidang.

Actually kalau mak aku yang masak banyak lagi bahan yang dia guna.Tapi sebab kali ni aku yang masak ikot suka aku lah nak campak apa dalam resepi nie.Kalau korang nak tambah bahan lain tak kisah pun.Boleh je.Selamat Mencuba


Sayur campur tu resepi Tuan Punya Hp..Tuan Punya Blog cume makan je..

Sunday, September 22, 2013

Cerita Hari Sabtu

Assalamualaikum semua.Biasa lah kalau hari-hari cuti ni selalunya orang akan qada’ tido tapi aku plak jenis susah nak bangun lewat even malam tu membuta sampai pagi buta.Kan sedap kalau dapat bangun lambat..

So macam biasa lah lepas solat subuh aku akan bersiap-siap untuk pergi jogging.Selalu joging kat Taman Aman Jalan Pekeliling lepas tu aku akan jump ke Lake Garden.Wahhh gigih ko joging sampi dua tempt.Motif utama sebab nak kurus macam zaman sekolah dlu..hahahha

Sebab selalu sangat dah joging kat situ sampai aku dah boleh cam dah penghuni tetap taman tu.Macam ada sorang pakcik ni.Aku start joging before puasa.Mula-mula Nampak just senyum je tapi bila dah selalu bertembung ada gak lah berbual sambil joging

Honestly memang mula-mula motif aku g joging sebab nak kurus lepas kena bebel ngan En P.A dia kata aku gemuk sangat..Sentap ok!! Tapi bila dah lama-lama aku buat benda tu dah jadi macam seronok sebab dapat kenal ramai orang.

Sambil berjoging tu dapat juga lah tengok gelagat orang sambil-sambil tu boleh buat keje part time cari bakal suami..teetttt….mana ko nak campak En P.A ko tu farah???Actually tempat yang aku joging tu more pada green world so dapat juga lah aku hirup udara segar


Dapat tengok benda hijau yang menyamankan dan yang paling penting dapat lepaskan bebanan kerja.So bila stress je aku g joging boleh buat kan stress aku hilang dengan melihat bumi ciptaan Allah nie.So siapa-siapa yang nak sihatkan badan sambil rehatkan minda pergilah joging kat tempat yang lebih kehijauan


Selalu joging sorang tak kuasa nak bwa hp tok bergambar tp sbb member umah follow dia yg tlg amik pic ni


tuan punya hp tunjuk kasut je tuan punye blog haruslah tunjuk muka..dah kata tuan blog

Friday, September 20, 2013

Muhammad Aqil 6 Sept 2013

Assalamualaikum semua..tengah bizi kat ofis (update blog) tetibe teringat plak dekat kesayangan aku yang sorang nie..Kesayangan semua orang dalam family aku..Alhamdulillah 6 Sept 2013 genap umur anak comel ni 5 tahun..walaupun tak dapat sambut sebb aku dekt senawang tapi sempat wish juga

Kepada sayang mak teh yang sorang nie,makteh doakan semoga aqil panjang umur,murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang sempurna insya Allah.Semoga aqil menjadi anak yang soleh.Belajar rajin-rajin agar cita-cita untuk aqil menjadi seorang ustaz akan tercapai.Insya allah


Aqil - 3 tahun


Aqil - 4 ahun ++


Aqil - 4 tahun++ (gigih suh mama dia send pic kt wechat mak teh malam2 sebab nak tunjuk colouring dia)


Aqil - 5 tahun 2 hari (majlis tunang pak ngah)

Selamat Menjadi Tunangan Orang

Assalamualaikum semua..Tajuk kat atas tu macam best je kan..yes selamat menjadi tunangan orang..tahniah buat......Abang aku ok bukan aku..insya Allah kalau diizikan bakal mengikut jejak abangku juga cuma belum tahu bila.

Kali ni majlis dibuat di kampung aku iaitu batu pahat sebab dekat dengan rumah bakal kakak ipar.Orang batu pahat juga abang aku dapat.Alhamdulillah..Orang paling excited dalam majlis ni tentulah mak aku sebab nak dapat bakal menantu perempuan selepas 6 tahun sepi je..ahaks!!

Walaupun dah nak dapat menantu perempuan tapi mak siap boleh request nak menantu lelaki sulung.. krikkhh..(bunyi cengkerik)bila masing-masing sume pandang aku..aku buat-buat tak paham lah..Siap dah plan nak sandingkan anak-anak dua orang sekali gus TAHUN DEPAN..sepupu aku apa lagi dok sakat aku tak sudah-sudah.

Ye mak insyaAllah kalau ada rezeki,jodoh panjang,umur panjang anak mak ni akan hadiahkan mak sorang menantu lelaki yang mak impikan tu.Mak doa jelah untuk anak mak nie.Sejak dah keje and ada kerjaya soalan yang selalu aku terima dari semua planet bumi --->Ana/Farah/Akak/ bila mau KAHWIN?? 

End of topic layan lah gambar tapi gambar mempelai harus di rahsiakan dahulu..hihihi




Bersama Hantaran nasib sempat pandang camera


Hantaran kedua belah pihak


Aku,kazen dan rombongan meminang


Rombongan meminang


My uda and his family menantu sulung and cucu sulung mak dan abah

Keinginan yang semakin Dicapai

Assalamualaikum semua..lama sudah tidak bersua..bagai pungguk rindukan bulan..ceewaah..seriusly memang tak ada masa nak update blog sebenarnya.Dalam erti kata lain MALAS..bukan apa ye semua tengah bizi sangat-sangat dengan task baru (online FB sempat plak ko kan)

Alhamdulillah..masih diberikan peluang untuk mengupdate blog..amboi...tak ada benda sangat nak cerita cuma nak story pasal keinginan yang sebenarnya dah tercapai..alhamdulillah..semuanya rezeki Allah S.W.T dan juga berkat family semua..

Apa dia??kawen ke??haha dok aih..Alhamdulillah berkat usaha bekerja siang malam berjimba..hahaha aku dah mampu mempunyai harta sendiri.Walaupun tak lah besar mana tapi aku puas hati atleast boleh gak aku berdesup balik JB kalau ada emergency tetibe kan..

Dengan persetujuan mak,abah,along dan aku sendiri maka terlahirlah My New Baby yang di beri nama RooRen (Maroon + Orange) giler babas nama baby aku nie..kereta aku suka hati aku lah kan..Di lahirkan pada 30 Mei 2013 dan diserahkan kepada Tuan punya kereta pada 7 Jun 2013..Alhamdulillah...

So apa yang aku idamkan dah tercapai..Makin jimat lah aku lepas ni..sebab kena bagi kasih sayang lebih pada RooRen


See plastik pun tak koyak lagi (15 jam selepas amik kat perodua)

Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link