Lets nuffnang

Pengikut..

Wednesday, December 25, 2013

Siri Makan =>15 Aneka Sayur Goreng Rangup

Assalamualaikum semua..macam dah lama je kan aku tak kongsi resepi.Hari ni mengidam nak makan cendawan goreng yang rangup so aku try lah buat.tengah godek-godek peti ais ada pulak carrot dengan baby corn apa lagi,masak teruslah senang.Maka terhasillah Aneka sayur Goreng rangup

Bahan-Bahan

1 Peket Cendawan tiram
1/2 Batang Carrot
4 Batang Baby Corn
2 Biji Telur
Tepung Jagung
Rempah Kari
Serbuk Lada Hitam
Garam
Minyak

Cara-Cara

1-Potong nipis carrot,baby corn dan carik2 cendawan.Basuh dan toskan airnya.Amik tisu masak tu lapkan pada semua sayur tadi.Bagi hilang air.


2-Pecahkan 2 biji telur dan kacau.Pada pinggan yang lain masukkan tepung jagung,rempah kari,serbuk lada hitam,garam dan kaul rata.Sukatan setiap bahan campuran tu ikot suka korang sebab aku pun main agak-agak je.


3-Celupkan segala mak nenek sayur tu dalam telur.Jangan biarkan lama nanti meresap plak(Bagi cendawan).Lepaskan gaulkan kedalam adunan tepung dan kawan-kawannya tadi

4-Goreng pada minyak yang minyak yang betul-betul panas.Biarkan masak sehingga kekuning-kuningan dan kemudian sedia untuk dihidang


Orange Yogart Bliss + Aneka Sayur Goreng + Sos Cili dan mayo sedia untuk dimakan

Ok ini sahaja resepi dari aku.Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link