Lets nuffnang

Pengikut..

Friday, December 27, 2013

Korang Ada Diari??

Assalamualaikum semua.Salam jumaat buat pembaca.Hari jumaat terakhir bagi tahun 2013.Next Week kita semua akan melangkah ke tahun baru iaitu tahun 2014.Hope apa yang berlaku pada tahun ni akan lebih mematangkan kita semua untuk menongkah arus ke tahun hadapan.Insya Allah

So di sebabkan aku tak ada topik dan tak lama lagi nak masuk tahun baru apa kata kita story about diary. Korang ada diari??Sebuah buku catatan yang korang guna untuk mencatat segala jenis maklumat,data,tarikh dan so on untuk bagi ingatan mahupun untuk mengenang sesuatu kejadian.

Aku??haruslah ada.rasanya sejak sekolah lagi aku memang dah terbabit dalam bidang menulisan diari ni.Dulu-dulu kan tak mampu nak beli diari mahal so kalau ada buku sekolah yang garis satu tu yang lebih,aku akan spend untuk buat diari.Akan beli sampul hadiah & sampul buku yang jernih tu then balut lah buku tu dan label sebagai diary.How sweet kan.Korang pun mesti pernah buat

Bila dah masuk zaman kolej aku akan beli buku yang kulit keras.Tak pun aku akan pergi mana2 kedai pada hujung tahun untuk dapatkan diari free...hahaha sadis giler.Aku ingat lagi tahun 2010 aku pergi big apple then dapat diary free gambar chipmunk..serius comel giler.Sampai sekarang aku simpan diari tu walaupun tak banyak yang aku coret al-kemalasan yang amat.

Pastu aku stop tulis diari sampai lah awal tahun 2013 aku start menulis balik.Sebab dah kerja kan so diari aku tu lebih kearah perkara-perkara berkaitan kerja.Tapi ada juga aku selitkan dengan aktiviti harian aku.Cume hal-hal cinta aku buat diari baru.Yang lebih tersendiri.Nampak macam membazir kan.Tapi aku lebih suka separate macam tu so tak ada lah campur aduk.

Now dah nak masuk tahun 2014 so aku memerlukan diari baru.Tapi aku dah tak panggil diari dah.Aku panggil planner.En P.A kata aku belagak sebab bajet macam bos2 konon-konon panggil planner..hahaha suke hati lah.Maklumlah tak lama lagi dah nak masuk tahun baru,kerja baru,negeri baru,persekitaran baru,rakan kerja baru so attitude kena lah baru..btol tak..

Korang plak suka diari yang macam mana.Yang memang jenis diari biasa2 atau jenis diary khusus untuk kerja.Aku suka sangat diary yang siap boleh ikat tu.Nampak lebih elegan.Macam bos-bos.Ahaks!!


Diari 2013 - Nampak lebih santai

Diari 2014 - Lebih kepada planner dan nampak executive skit.Aku suke sebab kerawang tu cantik

No comments:

Post a Comment

Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link