Lets nuffnang

Pengikut..

Tuesday, December 3, 2013

Terapi Ionic Body Detox 2

Assalamualaikumsemua..semalam aku pergi buat rawatan Terapi Ionic buat kali ke-tiga selepas 2 bulan aku stop.Bagi yang kurang pasti apa Terapi Ionic Body Detoc korang boleh klik Link Ini.Kat dalam entry tu aku ada story serba sedikit pasal apa itu Terapi Ionic Body Detox.So siapa-siapa nak cuba boleh lah cari tempat tu ye.Code -Sekitar senawang dan seremban sahaja.

Memandangkan dah lama sangat aku tak pergi so haruslah hasil keputusan yang aku dapat punya lah mantap.Mula-mula letak kaki dalam air jernih je.Bila dah 5 minit tak yah cakap lah memang serupa air kencing.Selepas 30 minit??aku rasa macam tengok air longkang.Gambar aku memang tak capture pun sebab aku sendiri geli tengok air tu.

Wooii air yang ko geli tulah yang tunjuk segala jenis mak nenek toksin dalam badan ko tu fara ooiii..So redha jelah..Setiap warna toksin yang keluar tu ada jenis-jenis yang tersendiri.So korang boleh refer pada gambar kad rawatan aku kat bawah nie


Ni lah kad rawatan aku.Menunjukkan aku baru 3 kali buat rawatan
lama gak kan aku skip okt-dec

Bila habis je rawatan tu macam biasa lah orang tu angkat kotak kuning..Masya Allah terkejut aku tengok air tu.Dia explainlah dalam badan aku ni ada banyak toksin.Sebab dah lama tak buat kan.Jom aku senarai jenis-jenis toksin aku MAlam Tadi

1-Kuning Kehitaman ->Buah pinggang & hati
2-Kuning Berminyak ->Kolestrol
3-Coklat ->Hati
4-Hijau Tua ->Hempedu
5-Buih Gelembung ->Angin/Gastrik
6-Hitam->Asap,Minuman berkafein,Minuman Gas
7-Merah->Darah beku

Hammmbooiii...7/10 banyak giler toksin dalam badan.Paling aku terkejut bila orang tu kata aku banyak minum air gas...Oppss sory ye kak..saya memang tak minum air gas..Tapi bab kena asap tu aku percaya sebab aku kalau drive jarang buka air-cord.Always open window kecuali hari hujan.Maybe sebab tu kot Toksin kehitaman aku tu terlampau banyak.

Then bila dah buat rawatan tu haruslah dapat tido yang sangat berkualiti kan.Bangun pagi ni terasa cergas..Sampai rasa nak buat marathon dalam rumah..Ok petang ni mesti kena jogging untuk lepaskan segala hormon berkobar-kobar nie.


Banyak gila ubat aku kan

Actually aku ni pemakan tegar segala jenis ubat..boleh percaya??Tu semua memang ubat-ubat aku.Tapi tak adalah amik hari-hari.Bila betol-betol tak tahan je baru aku amik.So bila dah buat terapi ionic tu orang tu dok kata kalau boleh kurangkan amik ubat-ubatan ni.Sebab kandungan kimia dia kite tak tahu berapa percent.Amik bila perlu sahaja.

Paling penting kena sentiasa minum air masak.Dan sejak-sejak ni aku memang kurang sangat amik ais.Kalau keluar sekali pun aku akan pesan air suam je.Nak jaga dalaman badan.Mak aku pun dah pesan jangan minum ais sebab aku ni memang kena pantang ais lepas operate 10 tahun lepas...sampai bila-bila woo kena pantang ais.Tapi kekadang terlajak juga..ops harap dimaafkan.

Hope next week dapat buat terapi ni lagi..serius aku memang berkobar-kobar nak tengok sendiri toksin-toksin ni dikeluarkan.Geli pun geli lah janji aku sihat...sekian...

No comments:

Post a Comment

Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link