Lets nuffnang

Pengikut..

Friday, October 25, 2013

Mengidam Katanye..

Assalamualaikum...Salam jumaat buat semua..Di harap semua sihat ye.Dekat seminggu jugalah tak mengupdate blog..Banyak cerita tapi kemalasan nak menaip tu naik mencanak-canak..Apakah???

Cerita ni terjadi pada minggu lepas.Aku tetibe meroyan nak makan spaghetti.So petang tu dok whatapps En P.A konon-konon buat-buatlah tanya kat restoran itu hari ada tak jual spaghetti.Tapi motif sebenar nak dia temankan aku g makan.

Hahaha akhirnya berjaya juga aku pujuk dia teman aku..Ayat mesti baik punya lah...Maklumlah En P.A aku ni bizi memanjang..walaupun duk dekat kekadang nak jumpa kena buat appointment dulu..Kalah perdana menteri.Di sebabkan aku yang suh dia teman so haruslah aku yang jadi driver dia malam tu.

Aku ni sebenarnya rabun silau tahap kronik tapi tak suka pakai cermin mata.Boleh macam tu??Orang degil memang macam tu.So kalau drive malam-malam memang kena hati-hati tapi aku plak jenis drive laju memang En P.A akan pkai seat belt siap2 kalu aku yang drive walaupun perjalanan tu cuma 5 minit.Apakah motif beliau??

Bila sampai tu kami teruslah pergi kaunter tengok menu yang sedia ada.Macam biasa lah fav En P.A mestilah burger.Kali ni dia pilih burger beef nachos.Aku plak kan mengidam nak makan spaghetti..so haruslah tengok menu spaghetti sahaja..menu spaghetti cuma ada tiga je spaghetti bolognese,carbonara,aglio olio.So aku decide spaghetti aglio olio


tu bill kite orang..kire murah boleh tahan juga lah kan..
Burger nachos - daging cincang + telur - En P.A kata sedap..tapi aku tak rasa pun
Spaghetti aglio olio - daging bakar tu kering sangat..kalau basah sikit mungkin lebih sedap

Dekorasi kedai sangat best sebab owner kedai akan buka lagu nasyid + arab + qasidah.Dengar nya owner tu ada group qasidah.So memang tenang dan damai lah makan kat sini.Ada part open air ada part air-corn tapi kami lebih prefer open air.

Lokasi aku tak berapa pasti sangat.Tapi kat senawang.1 Jalan nak pergi Restoran Nasi Arab Damsyik.Kalau lalu Paroi korang akan jumpa Nasi Arab Damsyik dulu.Kalau lalu Tesco,korang akan jumpe BurgerByte dulu..Hope lepas ni dapat pergi lagi sebab nak rasa burger dia plak.

No comments:

Post a Comment

Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link