Lets nuffnang

Pengikut..

Saturday, June 25, 2011

Rukun Islam yang Lima

Assalamualaikum semua ari ni just nk kongsi satu hadis yang sy dah baca untk hari ini.


Daripada Abi Abdul Rahman Abdillah bin Umar bin al-Khattab  berkata,bahawa beliau telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda 


"Islam didirikan atas lima perkara iaitu : Bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adlah utusan Allah,mendirikan solat,mengeluarkan zakat,mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan ramadhan"
[Riwayat al-Bukhari kitab al-imam no.8 dan Muslim kitab al-imam no.16]


Islam Ibarat Bangunan
-Rasulullah S.A.W menyamakan islam dengan bangunan yanag kukuh dan tegak dia atas tiang-tiang yang mantap


1- KALIMAH SYAHADAH
     Kalimah Syahadah tentang keesaan Allah dan Kekuasaan-Nya serta membenarkan kenabian Muhammad S.A.W merupakan hal yang paling asas berbanding rukun-rukun yang lain


2- DIRIKAN SOLAT
     Umat islam dituntut agar mendirikan solat dengan sempurna dengan syarat dan rukunnya,adab-adabnya dan sunah-sunanhnya agar dapat merasakan kemanisan buahnya dalam diri seorang Muslim


3- KELUARKAN ZAKAT 
     Wajib mengeluarkan zakat daripada harta oranag kaya yang telah cukup nisab ( kuantiti) dan haul (tempoh)nya lalu memberikan kepada asnaf


8 Golongan Asnaf
*Orang Fakir
*Miskin
*Mualaf
*Berjihad di jalan Allah
*Berhutang
*Amil
*Musafir
*Belajar


4- TUNAIKAN HAJI
     Wajib menunaikan ibadah haji di Makkah apabila mampu 


5- PUASA
    Wajib berpuasa pada bulan Ramadhan.Sesiapa yang mengingkari salah satu daripada rukun islam tersebut maka dia bukan orang muslim berdasarkan ijmak ulama


Iman Dan Amal
* Di samping rukun islam yang lima ini banyak lagi perkara lain yang penting dalam islam seperti sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :


"iman itu terdapat tujuh puluh lebih cabang"


Islam adalah akidah dan amal perbuatan.Tidak bermanfaat amal tanpa iman.Demikian juga tidak bermanfaat iman tanpa amal


ok ni salah satu hadis yang sy dah bace... hadis ni sy dapat dari "Hadis 40 Imam Nawawi" so sy share skit apa yg sy dh bace 


No comments:

Post a Comment

Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link