Lets nuffnang

Pengikut..

Tuesday, September 24, 2013

Kami Tetap Kembar

Assalamualaikum semua..

Farah ada kembar ke??hahaha mak aku beranak kembar sekali je tu pun abang-abang aku tapi kenapa orang sering kaitkan aku dengan dia kembar??Cikgu sekolah,adik junior and orang sekeliling pun anggap kali kembar..why??muka sama??jauh..umur??tu betol..tarikh lahir pun betol..tahun lahir lagi lh masa..beza bulan lahir je

Actually dia memang rapat dengan aku sejak sekolah dulu..seriusly aku dah kenal dia sejak umur 12 tahun sampai sekarang ni masing-masing umur dah 24 tahun.wow..lama tu dah 12 tahun kami berkawan.Walau terpisah dek taman perumahan,class,kolej even pernah terpisah negeri sorang dekat selatan sorang dekat utara,tapi perhubungan kami masih utuh.

Gaduh??normallah tu..even ko adik bradik pun gaduh ini kan plak kawan.Cikgu english kami selalu panggil kami kembar.Walaupun kelas lain-lain tapi cikgu kami akan sentiasa tanya "kembar" kami.Sampai lah satu masa mak "kembar" aku ni cakap "korang memang sajak jadi kembar.agak-agak kalu orang yang tak kenal korang pun mesti ingat korang kembar" lebih kurang macam tulah

Now kami masih dipisahkan oleh negeri yang kami duduk.Dia masih di johor dan aku pula di senawang tapi perhubungan kami masih lagi berjalan dengan lancar.Alhamdulillah,aku sangat bersyukur di kurniakan seorang kawan,rakan,sahabat malah juga "kembar".Jauh macam mana pun dia selalu risau kalau aku sakit.Terima kasih sebab jadi "kembar" aku.Aku sayang kau Liey



Farhana - 18 Ogos 1989
Liyana - 18 November 1989

Dua kembar yang berbeza tapi ada persamaan


Music Box hadiah dari "kembar" aku..Orang lain dapat music box dari pakwe.
Aku dapat dari "kembar" ko ada??hahaha..

Thanks sebab sudi jadi kembar aku,jaga aku,doakan aku dan sentiasa risau setiap kali aku sakit paling best ko x pernah lupa beli hadiah aku setiap kali besday aku..tu yg best..hehehe walaupun aku jarang bagi hadiah dekat kau.Aku sayang ko selamanya.Semoga ikatan "kembar" kita ini akan terus terjalin sehingga nafas yang terakhir...Insya Allah.

Monday, September 23, 2013

Siri Makan => 12 Spaghetti Melayu Itali Ala Farah

Assalamualaikum..hari ni konon-konon mak masak ala western kata ko..haha

Bahan-bahan

1 Biji Bawang Bomby (Potong dadu)
3 Ulas Bawang Putih (Cincang Halus)
1 Sudu Serbuk Lada Hitam
10 Batang Cili Padi (Hiris Halus)
1 Peket Spaghetti (Lupa Brand apa)
1 Tin Button Mushroom (Hiris Sederhana Nipis)
1 Botol Sos Spaghetti Cendawan Mushroom (Kimball)
3 Keping Daging Burger Ramly (Ramas untuk bagi hancur)
4 Batang Sosej (Hiris Sederhana Nipis)
Garam
Bahan Perasa
Jejari Ikan (Hiasan + Sampingan)
Minyak
Butter cup

Cara-Cara

1.Didihkan air untuk merebus spaghetti.Masukkan sedikit minyak ke dalam air rebusan bagi mengelakkan speghetti melekat.Apabila spaghetti sudah lembut,ketepikan untuk disejukkan
2.Tumis bawang bombay,bawang putih dan cili padi menggunakan butter cup dan sedikit minyak sehingga naik bau.Kemudian masukkan sos spaghetti.Kalau terasa sos agak pekat letakkan sedikit air.
3.Masukkan daging hancur dan taburkan sedikit garam,bahan perasa dan lada hitam kedalam sos.Guna kan api yang perlahan dan biarkan ia mendidih.
4.Masukkan Hirisan sosej dan button mushroom kedalam sos.Biarkan selama beberapa minit sehingga mendidih dan bahan sume sudah bersatu.Apabila sudah siap,sedia untuk dihidangkan.Hiaskan dengan jejari ikan.Kalau nak tambah cheese pun boleh.

Kenapa ada melayu itali?Sebab aku guna cili padi.Maklumlah "hantu pedas" so memang selalu ready dengan cili padi.Actually menu ni di request oleh En P.A,tapi sebab dia ada event yang nak kena attend.So tak dapat lah dia nak rasa menu aku nie..Kesian dia mengidam..Dont Worry my dear,besday you next month i masak lagi spaghetti special only for you..ceewwahhh...ok lah selamat mencuba.



Aku dah gaul spaghetti ni baru amik gambar.

Siri Makan => 11 Bihun Goreng

Assalamualaikum..saja nak shared resepi baru

Bahan-Bahan

(Untuk Di Blander) ->Kuantiti Ikot Suka Hati
Lada kering(Rebus dahulu)
Bawang Besar
Bawang Putih
Udang Kering/Ikan Bilis

2 Keping Ayam (Bahagian Isi – Potong Dadu)
2 Keping Fish Cake (Potong Nipis)
10 Biji Fish Ball (Potong Empat)
1 Ikat Sawi (Potong ikot citarasa sendiri)
1 Peket Bihun (Rendam untuk bagi lembut)
Garam
Bahan Perasa
Minyak

Cara-Cara

1.Goreng ayam,fish cake dan fish ball terlebih dahulu.Goreng separuh masak je tak payah lama-lama.Kemudian ketepikan.

2.Tumis bahan-bahan yang sudah siap di blander sehingga naik bau.Biarkan garing sedikit dan masukkan garam serta bahan perasa.Bahan-bahan tumis tu korang boleh adjust kuantiti.Kalau rasa nak pedas boleh blander lada kering lebih-lebih sikit.

3.Bila bahan tumis dah garing boleh masukkan ayam,fish cake dan fish ball tadi bagi meresap dalam bahan tumisan.Kemudian masukkan bihun dan kacau sehingga semua sekali ‘mesra’.Kalau rasa-rasa bihun tu keras sikit boleh letak air untuk bagi lembut.

4.Akhir sekali masukkan sawi kedalam bihun tadi.Kacau sehingga sawi itu agak layu dan kemudian siaplah untuk dihidang.

Actually kalau mak aku yang masak banyak lagi bahan yang dia guna.Tapi sebab kali ni aku yang masak ikot suka aku lah nak campak apa dalam resepi nie.Kalau korang nak tambah bahan lain tak kisah pun.Boleh je.Selamat Mencuba


Sayur campur tu resepi Tuan Punya Hp..Tuan Punya Blog cume makan je..

Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link