Lets nuffnang

Pengikut..

Showing posts with label Sharing is Caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is Caring. Show all posts

Friday, December 27, 2013

Korang Ada Diari??

Assalamualaikum semua.Salam jumaat buat pembaca.Hari jumaat terakhir bagi tahun 2013.Next Week kita semua akan melangkah ke tahun baru iaitu tahun 2014.Hope apa yang berlaku pada tahun ni akan lebih mematangkan kita semua untuk menongkah arus ke tahun hadapan.Insya Allah

So di sebabkan aku tak ada topik dan tak lama lagi nak masuk tahun baru apa kata kita story about diary. Korang ada diari??Sebuah buku catatan yang korang guna untuk mencatat segala jenis maklumat,data,tarikh dan so on untuk bagi ingatan mahupun untuk mengenang sesuatu kejadian.

Aku??haruslah ada.rasanya sejak sekolah lagi aku memang dah terbabit dalam bidang menulisan diari ni.Dulu-dulu kan tak mampu nak beli diari mahal so kalau ada buku sekolah yang garis satu tu yang lebih,aku akan spend untuk buat diari.Akan beli sampul hadiah & sampul buku yang jernih tu then balut lah buku tu dan label sebagai diary.How sweet kan.Korang pun mesti pernah buat

Bila dah masuk zaman kolej aku akan beli buku yang kulit keras.Tak pun aku akan pergi mana2 kedai pada hujung tahun untuk dapatkan diari free...hahaha sadis giler.Aku ingat lagi tahun 2010 aku pergi big apple then dapat diary free gambar chipmunk..serius comel giler.Sampai sekarang aku simpan diari tu walaupun tak banyak yang aku coret al-kemalasan yang amat.

Pastu aku stop tulis diari sampai lah awal tahun 2013 aku start menulis balik.Sebab dah kerja kan so diari aku tu lebih kearah perkara-perkara berkaitan kerja.Tapi ada juga aku selitkan dengan aktiviti harian aku.Cume hal-hal cinta aku buat diari baru.Yang lebih tersendiri.Nampak macam membazir kan.Tapi aku lebih suka separate macam tu so tak ada lah campur aduk.

Now dah nak masuk tahun 2014 so aku memerlukan diari baru.Tapi aku dah tak panggil diari dah.Aku panggil planner.En P.A kata aku belagak sebab bajet macam bos2 konon-konon panggil planner..hahaha suke hati lah.Maklumlah tak lama lagi dah nak masuk tahun baru,kerja baru,negeri baru,persekitaran baru,rakan kerja baru so attitude kena lah baru..btol tak..

Korang plak suka diari yang macam mana.Yang memang jenis diari biasa2 atau jenis diary khusus untuk kerja.Aku suka sangat diary yang siap boleh ikat tu.Nampak lebih elegan.Macam bos-bos.Ahaks!!


Diari 2013 - Nampak lebih santai

Diari 2014 - Lebih kepada planner dan nampak executive skit.Aku suke sebab kerawang tu cantik

Friday, November 29, 2013

Senawang - Putrajaya

Assalamualaikum semua..lama dah tak update..Maklumlah 2 minggu ni bizi skit ulang alik senanwang-putrajaya sebab kena buat training  kat SPA.Gigih ko bos aku mendrive pepagi dari sini nak pergi sana.Nak buat macam mana..dah kerja kami kan.

Untuk makluman semua portal SPA dah ditambah baik dan lebih cantik aku rasa.So siapa-siapa yang nak apply boleh masuk link SPA.Kalau perasan semalam memang pagi-pagi  link tu di tutup..Maaflah ye masih dalam kerja-kerja permbaik pulihkan.So sekarang korang dah boleh mula isi borang semula.

First time masuk bangunan tu macam cuak lah juga sebab nak kena berurusan dengan orang besar-besar. Bila dah hari-hari jumpa rasa dah biasa dah.Tak adalah kekok sangat.Tapi seriusly memang sejuk habaq hang...Ketaq lutut aku ni ha.Sampai menggigil lah duk dalam bilik latihan tu.

Bila ada kerja kami mengadapkan segala mak nenek coding jsp+java+sql..tapi bila tak ada keje ini lah keje aku.amik gambar sendiri.Itu dah macam jadi kemestian ok.Tapi selama aku hidup ni belum pernah aku amik gambar dalam toilet even toilet tu secantik hotel.Sebab mak aku kata Toilet tu tempat syaitan.huhuhu.Jangan terasa hanya tujukan pada diri sendiri


Amik gambar guna webcam je.Gambar yang tutup mulut tu konon-konon tengah fokus pada coding..puuiii..tipu belaka..


Thursday, October 31, 2013

Latihan Fire Drill

Assalamualaikum semua...wah dah seminggu rasanye tak mengupdate blog..kebizian yang melanda dalam jiwe ni buatkan niat mengupdate blog sangat terbantut.Act cerita ni pasal minggu lepas..Kat resident condo aku ni ada buat latihan fire drill.

Mulanya memang aku malas nak turun sebab baru balik joging.Penat ok tapi bila siren bomba tu dah berbunyi macam nak pecah gegendang telingan aku so dengan paksa rela turun juga lah ke bawah.Umah aku tingkat 4 so take time juga lah nak gi tempat berkumpul tu.

Bila dah kumpul ramai-ramai tu barulah dapat kenal jiran sendiri..Kejam tak kejam lah sebab memang ko tak akan kenal siapa pun jiran ko tu even sebelah rumah.Rumah condo macam ni masing-masing buat hal sendiri.Tapi ada gak lah dua-tiga orang jiran yang aku sapa menyapa.Tu pun kenal sebab selalu terserempak

Ok bila masing-masing dah berkumpul,pegawai bomba tu explain lah yang kami amik masa dekat 6 minit untuk keluar dari rumah and berkumpul tempat lapang.Kalau ikot teori diaorg,semua penduduk Spanish Villa ni dah mati rentung sebab lambat sangat selamatkan diri.At least 1 minit mesti dah lari dari rumah.

Bila cakap macam tu masing-masing gelak tapi tu lah sebenarnya yang terjadi.Then ada gak lah pegawai tu terangkan cara-cara nak selamatkan diri,jenis-jenis kebakaran,alat pemadam api dan siap buat latihan memadamkan api.


Ni gambar uncle yang hari-hari tegur aku.Warganegara india.Dia nak test padamkan api

NotaJari->Api semasa kecil menjadi kawan bila dah membesar menjadi lawan.

Thursday, October 17, 2013

First Time Ber"Doodle"

Assalamualaikum semua..Hope tak lambat lah kalau aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.Maklumlah sejak menghuni seorang diri dirumah aku lebih banyak tengok tv dari tengok laptop.So hari ni kira sempat lagi lah kan nak ucap selamat kat korang semua.

Actually ari ni first time aku nak buat doodle tok diri aku sendiri.Selama ni nak buat memang dah ada niat cuma tahap kemalasan + masih "mentah" membuatkan aku membatalkan niat nak buat doodle nie.Study dip aku amik IT Course study degree aku amik Multimedia Computing Course tapi hasil doodle aku macam budak baru kenal photoshop.

Seriusly aku jenis yang low skit dalam designing.Memang artwork aku paling low rasanye.Tapi sejak-sejak dah keje 24/7 ngadap coding,tetibe rasa nak mengadap designing balik..rindu wooo...So hari ni gigih lah aku buka tutorial nak buat doodle.

Starting guna paint yg kat dalam window tu je.Lepas tu try buat guna adobe photoshop and lastly try guna adobe illustrator.Hasil???erm..boleh lah.Bak kata En P.A "tak matching" waaa sentap ok..bukan nak bagi semangat.Kang saya suh awak buat baru tahu.Kenapa dia cakap tak maching..sebab doodle aku kurus aku plak jenis "bambam" memang lah langsung tak matching.Aisshh cik abang aku sorang ni..bagi lah market skit

Nak ajar tutorial masih belum mampu sebab aku pun "beginner" lagi.So mari kita sama-sama belajar dari yang pakar.Belajar selagi mampu.Best kumpul ilmu ni walaupun bidang yang belainan

Buat guna photoshop je..part tudung tu idea sndri
part muka + baju tengok "tuto" dari blogger2 power


Guna photoshop + illustrator.Pelangi ni pun aku blaja dri blogger kartunis
part awan tu rembat "google" then edit skit kat photoshop utk bt shading.
Pelangi je aku buat guna illustrator.


*Agak-agak sapa yang terror tu boleh lah ajar aku yang dah mula nak hilang ilmu designing ni.Makin habis study makin ke"laut" ilmu aku...aaiiishhh


Wednesday, September 25, 2013

Siapa Anak Johor??

Assalamualaikum semua

Pagi-pagi lagi aku dah dapat mesj dari kembar aku tentang jawatan kosong area Pasir Gudang dan Segamat. Dia nak sangat aku balik jb semula keje dekat sana..hahaha...rindu dekat aku lah tu.Tengah-tengah dok belek jawatan kosong si kembar ni PM aku tanya pasal sijil berhenti sekolah agama and sijil darjah khas. What the??hahha bnda tu dah berzaman kot..sejak aku tamat darjah khas tak pernah aku hirau kan segala mak nenek sijil berhenti sekolah agama nie.

Untuk pengetahuan semua,kat johor memang ada sekolah agama rakyat.Mostly anak-anak johor memang akan dihantar ke sekolah agama tu.Honestly,dulu aku tak suke pergi sekolah agama sebab aku rasa penat. Yelah kalau ko sekolah kebangsaan petang,pagi2 ko dah kna bangun sebab kena pergi sekolah agama,balik sekolah agama kena pula pergi sekolah kebangsaan.macam tu juga lah kalu ko sekolah kebangsaan pagi dan sekolah agama petang.

Masa tahun aku sekolah agama dulu ko akan habis semua tahap pembelajaran ni sampi ko tingkatan tiga.lama giler kan..Baik aku masuk tahfiz terus.Tapi budak sekarang tingkatan 1 dah boleh habis sekolah agama.jom aku tunjuk kiraan dia

Tahun Abang2 & Aku

Sekolah Harian
Sekolah Agama
Darjah 1
Perintis 1 (KAFA)
Darjah 2
Perintis 2 (KAFA)
Darjah 3
Darjah 1
Darjah 4
Darjah 2
Darjah 5
Darjah 3
Darjah 6
Darjah 4
Tingkatan 1
Darjah 5
Tingkatan 2
Darjah 6
Tingkatan 3
Darjah Khas

 Tahun Adik Aku

Sekolah Harian
Sekolah Agama
Darjah 1
Darjah 1 (KAFA)
Darjah 2
Darjah 2 (KAFA)
Darjah 3
Darjah 3
Darjah 4
Darjah 4
Darjah 5
Darjah 5
Darjah 6
Darjah 6
Tingkatan 1
Darjah Khas

Untung kan adik aku.Dapat jimat dua tahun.Tapi yang tak bestnye sistem pelajaran dah beza skit.Dan rasanye macam tak "sajak" kalau budak baru dahjah 5 sekolah rendah dah belajar subjek Munakahat.Kalu form 1 belajar subjek Munakahat ok lah juga.Subjek tu lah paling best aku rasa.Dan subjek tu juga akan membuatkan kelas penuh.Sebab semua orang  akan berminat subjek tu.Munakahat a.k.a Nikah Kahwin.

Sekolah agama pun ada sesi pengkelasan juga macam sekolah kebangsaan dan menengah.Korang boleh rujuk dekat table bawah nie.Tapi ni pengkelasan masa tahun aku dan abang2 lah..Tahun yang sekarang aku tak pasti.Ok kalu korang pergi johor nampak budak2 pkai baju sekolah hari sabtu kain coklat gelap dan seluar coklat maknanye tu budak2 yang ada kelas darjah khas.

Pengkelasan
Masa
Darjah 1-3
1 jam 30 minit (Tiada Rehat)
Darjah 4-6
3 jam (Rehat 30 minit)
Darjah Khas (Hari Sabtu Sahaja)
5 jam (Rehat 10 pg-10.30 pg)

Apa itu Darjah Khas??darjah khas ni lebih kepada mcm pra-u tapi more pada mereka yang nak jadi ustaz or ustazah.So siapa-siapa yang cadang nak jadi cikgu sekolah agama kat johor mesti kena ada sijil darjah khas Pangkat 1.Lebih kurang macam pangkat time spm zaman 90-an dlu lah.Kalau sekarang boleh dikatakan macam cemerlang.

Yang bestnya sekolah agama ni kalau time exam final korang failed,jangan harap ko dapat naik darjah.Duduk lah ko  kt darjah yang sama sampai ko betol2 lulus.Bnda wajib lulus Al-Quran,Tauhid,Ibadat. Kalau salah satu dari 3 subjek ni failed,stay lagi lah ko kat darjah yang sma tahun depan.Alhamdulillah dari aku Perintis 1 sampai dahjah 6 aku x pernah kantoi..Kantoi time half year tu normal.janji final aku pass cukup lah..

Masa aku Darjah Khas aku kantoi.Macam mna lah tak kantoi tahun tu aku ada exam PMR tahun tu juga ada exam Darjah Khas.PMR dah 8 subjek Darjah khas dah 12 subjek..uuhhh mak aii..20 subjek nak kena cover..memang jammed lah otak aku.So aku fokus PMR.Darjah Khas aku bt sambil lewa je.Then akhirnye failed.Sedih ok.Paling kritikal bila mak aku suruh repeat darjah khas.Aku cakap x nak sebab semua member2 aku pass even dapat SAA(malu nk duduk satu kelas dgn budk bawah sebenarnye.malu sebb failed...hahhaha).Tapi bila mak aku dah guna kuasa veto.Nak x nak form 4 aku kena repeat juga darjah khas.Dan alhamdulillah aku pass walaupun SAA.tu pun mak aku tak puas hati suruh repeat sampai dapat pangkat 1.Alasan aku senang je..Form 5 nak SPM.so kna lebih fokus..hahha nasib dia terima alasan aku.


See The result.Walaupun agregat tu membolehkan aku dapat Pangkat 2 tapi sebab banyak sgt No 9 so aku di kira SAA.Janji result Al-Quran,Tauhid,Ibadat,Munakahat aku cantik..cukup lah tue..

Ok balik pada cerita asal,sebenarnya sijil Darjah Khas ni ada kelebihan.Kebanyakan badan kerajaan negeri johor yang nak amik pekerja dari anak kelahiran johor,diaorang akan tengok kelayakandan sijil darjah khas sekolah agama.Kalau korang ada sijil Darjah Khas itu akan jadi satu kelebihan pada korang.Sama ada sahih atau tidak,aku tak pasti.Macam Johor Corp tak silap aku,dia akan minx korang sijil darjah khas yang original bagi membuktikan ko anak johor.Sbb kalu tnjuk slip pun orang boleh tipu dengan bt editting.Tapi bagi aku kalau dah memang rezeki sure akan dapat juga keja tu.

Sijil ni cume kelebihan and boleh backup je.yang lain serah pada Allah s.w.t sebab rezeki kite pun asalnya dari DIA.Kita cume boleh doa,usaha,istiqamah dan tawakal.Tetibe teringat zaman aku sekolah agama dulu.Terima kasih kepada mak yang kerah aku suruh habiskan pengajian sekolah agama.Baru sekarang aku tahu kenapa mak aku paksa aku sekolah agama.Bukan sebab senang dapat keje tapi sebab ilmu yang aku dapat tu,belum tentu ustaz/ustazah akan ajar secara detail dekat sekolah menengah.Apapun ilmu tu perlu terus di gali sampai dalam sebab ia tidak akan pernah habis...wallahualam...

Friday, May 3, 2013

Tips Memilih Jodoh

Assalamualaikum semua..salam jumaat buat semua readers CFSB

Hari ni terasa macam nak shared

Tips Memilih Jodoh

1-Kenal mereka dengan nama mereka dan cari maksud nama tersebut
2-Buat perbandingan maksud nama dan keperibadian sidia
3-Amik tahu latar belakang sidia sama ada family,kerja,pelajaran
4-Tanya mereka 5 rukun nikah <--(soalan wajib CFSB kepada setiap lelaki yang disayangi)
5-Tanya mereka dah khatam Al-Quran atau belum (jujur itu lebih baik)
6-Kenal mereka melalui kawan-kawan rapat dan ibu/bapa mereka
7-Sebelum buat keputusan yang muktamad,eloklah kita mintak pertunjuk dari DIA

Cara Mintak Petunjuk

1-Lakukan solat sunat Taubat
2-Lakukan solat sunat Hajat
3-Lakukan solat sunat Istikharah
4-Lakukan solat sunat Tahajjud
(Lakukan selama 7 hari berturut-turut..lagi elok kalau pasangan kite buat sekali)

Insya Allah,Allah akan sentiasa bersama hambanya yang tidak pernah jemu untuk meminta dan tidak pernah putus asa.Setiap dari kita akan mendapat petunjuk dari cara yang berbeza.Mungkin ada dapat dalam mimpi,gerakan hati mahupun bayangan sanubari..bg CFSB cukuplah kalau CFSB katakan dapat dri gerak hati dan mimpi..Alhamdulillah..semoga kali ini dia lah yang terakhir..dialah Pokok yang selama ni CFSB cari..Insya Allah

CFSB doakan semoga kalian dapat berjumpe dengan pasangan yang kalian idamkan

Wednesday, May 1, 2013

Pesta Buku Antarabangsa 2013

Assalamualaikum semua..

Selamat Hari Pekerja buat semua pembaca blog CFSB(hohoho bajet mcm ada je orang nak baca blog ko farah)..today 1st May..so labour day..but the important thing is... HOLIDAY...yahooo

Ok berpijak di bumi yang nyata semula..actually CFSB nak story yang last week CFSB and someone person melepak ke PWTC berjimba-jimba mencari ketenangan memilih buku..Tenang ke kat sana??

Serius ni first time menjejakkan kaki ke Pesta buku PWTC...giler jakun kan..ada aku kesah!! apa pun memang best giler..lebih-lebih lagi CFSB ni jenis yang "HAntu Buku" so bila ada pesta buku macam tu memang nafsu giler membeli tu muncullah

Nasib baiklah ada P.A yang duk jeling-jeling tengok CFSB beli buku..So nak borong banyak-banyak tak dapat lah walapun dalam hati nak borong banyak lagi..waaa...giler buku tue...


from google


koleksi buku tapi macam sikit sangat

ok lah kepada sesiapa yang nak pergi pesta tu rasanye sempat lagi pergi..maaflah gambar di PWTC tak sempat nak amik..sebab ramai sangat orang..(Alasan lebih..hehehhe)




Sunday, February 3, 2013

Jawatan Kosong (Mencari Calon Suami)

Assalamualaikum...

Entri on the spot utk malam ni..tengah sedap2 tengok cerita syira kat TV3 tetibe CFSB dapat 1 msg dari housemate...guest what?? dia open jawatan kosong

jawatan apakah itu??jawatan mencari calon suami..ada siapa2 blogger kat sini single lagi??meh kenal2 dengan housemate CFSB...nak tahu ciri-ciri lelaki idaman beliau....jom kite terjah blog si gadis.. SILA KLIK

andai ada yang berminat..sila tinggalkan komen anda di ruangan bawah...CFSB dah jadi agen cari jodoh.. jom bina masjid ^_^

Tuesday, January 22, 2013

Period..Perlu ke lelaki tahu??

Assalamualaikum semua..

Hari ni topic Period A.k.A Datang Bulan bagi setiap kaum hawa yang dah akil baligh..perlu ke lelaki tahu benda nie??Bagi CFSB seseorang lelaki yang dah matang harus tahu pasal benda yang mereka anggap remeh nie..kenapa?? sebab suatu hari nanti mereka akan hidup dengan hawa,akan ada anak gadis so kirenye  ilmu tambahan lah

Symptom Sebelum Period

1- Marah
2- Sedih
3- Kecewa
4- Kemurungan
5- Mudah Terasa (Sentap)
6- Sakit Tulang Belakang
7- Sakit Pinggang
8- Senggugut
9- Kuat Makan
10- Hilang Selera Makan

Actually banyak lagi gejala sebelum period tu..tapi apa yang CFSB senaraikan ni adalah yang TOP 10..dan kadang-kadang gelaja sebelum period ni akan beralih kepada semasa period..so lebih kurang jela..

So kepada kaum ADAM perlu ke anda tahu semua benda nie??yess ia amat penting lebih-lebih lagi yang dah berkahwin,yang bakal berkahwin mahupun yang masih bercinta..yang single pun perlu juga tahu sebagai persediaan orang kata.

Apabila korang tengok cik,atau puan yang korang sayang tu mood dia lain macam je,jangan lah korang ingat diaorang mengada2 nak minx manja..sebenarnye diaorang nak korang alert..walapun perempuan ni malu nak cakap yang mereka tengah period..so sebagai lelaki korang kenalah tahu..

Perempuan time macam ni mood diaorang memang sentiasa berubah-ubah..so jangan cepat terasa..Lepas habis je tempoh cuti seminggu,mood diaorang akan kembali seperti biasa..jangan risau..kalau korang jenis yang betol2 jaga orang tersayang apa kata bantu kami yang kaum hawa nie..

Bantu macam mana??Bagi yang dah kawin tu tolong lah urut-urut pinggang wife yang sakit tu..kalu rajin lagi tolong lah sidia buat kerja rumah..boleh ringankan skit beban si isteri..bagi yang masih bertunang atau berkawan, korang just follow je apa yang perempuan tu buat..kadang-kadang bila kite follow dia akan buatkan hati sidia tu senang ataupun belikan makanan yang berkhasiat tok diaorang..so nampak lah korang care pasal sidia..

ok lah ni je yang CFSB boleh kongsikan..kalau ada yang lebih-lebih tu kirenye bonus lah kan..setiap orang tak sama..so agak-agak apa yang CFSB paparkan ni tak sama,harap maaf ye..kalau nak kongsi pun boleh juga..just letak kt ruang komen... ^_^


Wednesday, January 2, 2013

Nafsu..

Assalamualaikum...

Entry ke-2 bagi tahun 2013..topik hari ini adalah N.A.F.S.U..semua orang tahu yang Perempuan telah di kurniakan 1 Akal dan 9 Nafsu manakala Lelaki pula di kurniakan 1 Nafsu dan 9 Akal..

Kebarangkalian bagi kesembilan-sembilan Nafsu perempuan itu, salah satunya yang paling Agung adalah nafsu untuk MEMBELI..serius memang tidak di nafikan lagi bahawa setiap kali perempuan kalau pergi mana-mana tempat je mesti nak MEMBELi...termasuklah CFSB..nak buat macam mana kan dah habit

Bagi 9 akal lelaki ni pula salah satu nya adalah Akal untuk menghalang dari kaum perempuan menjadi hamba Nafsu membeli..Kerana itu lah mereka di berikan 9 Akal kerana mereka lebih cekap untuk mengendalikan sesuatu masalah dan cepat je dapat idea...contoh paling SADIS..Lelaki-lelaki yang nak kawin lain akan segera menggunakan kesembilan-sembilan Akalnya bagi mengalis dari pengetahuan isteri pertama yang dia nak kawin lain (ok dh start merapu)

So the conclusion is setiap makhluk di bumi Allah ni memang di kurniakan nafsu kecuali MALAIKAT..cuma daya tahan diri kita sahaja yang mampu untuk mengawal nafsu itu.tak kesah lah nafsu apa sekalipun yang pastinya NAFSU itu akan mengusai kita andai kita tidak mampu mengawalnya...sekian...


Notajari -> tak tahulah apasal pagi ni bahasa CFSB macam skema sangat..tetiba je teringat zaman sekolah time belajar tatabahasa menggunakan prosa melayu moden...

Monday, December 31, 2012

Kelmarin

Kelmarin...
Adalah sesuatu yang telah berlalu
YAng tidak akan kembali lagi
Kau terus menjadi kenangan
Yang telah berlalu pergi

Kelmarin
Engkau masih disini
meniti hari-hari yang sepi
Tapi kini Tidak lagi
Kerana Masa mu telah mencemburui

Kelmarin
Tetap menjadi elegi sepi
Bukan untuk di ratapi
Tapi hanya sekadar simpati

Kelmarin
Tidak akan menjadi hari ini
MAhupun menjadi esok hari
Kelmarin tetap kelmarin
Yang akan Terus bersemi di sanubari...



Wednesday, September 12, 2012

Tempat Mencari Idea

Assalamualaikum semua..apa habaq??sihat kaa???CFSB harap hangpa sume sihat-sihat belaka...ari ni CFSB nk tnya korang kat mana tempat yang slalu korang dapat idea..CFSB selalu dapat idea dalam bilik mandi..pergh serius kejam ko ni farah..kt tempat mcm tu juga ko dapat idea


Honesty memang CFSB tak tipu...kalu CFSB nak cari idea mesti kena masuk dalam bathroom dulu..tak xthu lah kenapa jadi macam ni tapi selalu kalu masuk bathroom memang banyak idea datang..sama ada tengah mandi ke,basuh baju ke,even tengah sental bathroom pun boleh dapat idea (Haru betol)..

Pernah sekali masa memang dah tak sempat sangat-sangat nak ubah title untuk final projek..proposal dah siap tp title macam harem skit..pastu ader member baik CFSB ni ckp "farah g masuk bilek air..mandi ke apa ke..nnt kuar sure dpt idea"..so sbb dh blur sangat kan CFSB pun masuklah dalam bilik air..n bila tengah mandi serius dapat idea lgi canggih..apa lgi...cepat2 kuar..amik proposal semula..ubah mana yang patut n paling best proposal tu dapat full mark..pergh..

Actually memang sampai sekarang pun tabiat CFSB tu kekal..ntah lah..bila duduk tempat lain memang x dapat idea..kt tempat syaitan bertendang tu juga nak muncul idea.sangat-sangat haru..(Sila lah ubah wahai farah)..

Setiap orang mst ada tempat2 tertentu diaorg akan dapat idea..x kesah lah kt mana kan contohnye kat dalam bilek tido,library,dapur,ruang tamu n ader juga dapat idea dalam toilet..itu memang kenyataan ok..x tipu...bukan CFSB tp member CFSB...mudah giler dpt idea dlm toilet...hampeh btol..korang plak slalu dapat idea dekat mana??shared skit...

notajari -> ada ke programmer cari idea dalam bathroom or toilet??pelik bebenor gamaknye programmer mcm tu (aku lah tu)

Thursday, September 6, 2012

Bloglist HASRULHASSAN.COM | 200 Blog Terawal Sahaja!

Assalamualaikum..hari ni dh puas menjelajah...so tetibe ternampak stu blog dri HasrulHassan <---cer click... apa yg ader hek??? tuan punye blog ni ajak kite semua ramai2 jdi bloglist dia..tp kepada 200 yg terawal jelah..so kepada mereka2 yang berminat boleh clik link yg aku dh shared tu

adakah aku akan tersenarai dlm blog otai ini??sama2 kite tgu dan saksikan...hehehhe ^_^

notajari -->pra syarat boleh lah lihat di blog beliau...

Wednesday, September 5, 2012

Perempuan dan Tarikh

Assalamualaikum...topic hari ni aku dpt time pgi tdi msa tgah layan kabus kt area senawang nie...(apa kaitan??) ntah lah..x reti nk describe...ok perempuan dan tarikh memg x dapat nk di pisahkan kenapa??

1.perempuan memg rajin igt tarikh besday
2.perempuan memg rajin igt tarikh mula couple
3.perempuan memg rajin igt tarikh clash
4.perempuan juga akn igt bila tarikh couple dia nikah ngan awek lain <--dusta semata2

kenapa perempuan memg sinonim dengan tarikh-tarikh nie semua???mungkin perempuan minat MATEMATIK kot???(aku x mint pun)...actually bnda ni depands pda dri masing2 lah...x semua perempuan akn igt tarikh2 kt atas tu..mcm aku slh seorgnye...kena igt ke???

aku rasa setiap perempuan akn start mint kire tarikh msa mula2 jdi DEWASA..kenapa aku ckp mcm tu?? setiap perempuan yg baligh akn di datangan "bulan" paham ke?? period lah...so kaedah yg terawal bila seseorg itu DEWASA mak atau kakak atau cikgu akn ajar cara mcm mana nk kire tarikh

so aku rase dari situ juga perempuan ni suke pada tarikh...ops lupe plak..ader juga kaum2 adam ni yg suke pada tarikh...lbh2 lgi mereka yg dah kahwin..paham2 lah yer...bg mereka tarikh itu sgt penting sbb setiap tarikh2 tu kdg2 ader makne tersendiri..

oleh itu...x kesah lah tarikh ni sinonim dgn kaum adam atau hawa...bagi aku..tarikh akn berlalu mengikut kadar masa yg telah di tetapkan iaitu 24 jam sehari..bumi berputar mengikut paksinye...so apa yg terjadi.. memg telah di tetapkan oleh azali lgi



notajari => 5 september 2012 (smbil bt program,sambil layan keluarga iskandar kt youtube)

Tuesday, July 24, 2012

5S & Ishikawa

Assalamualaikum semua...ari ni aku just nk cerita apa yg berkaitan ndan tajuk aku kt atas tu...actually 9 julai itu ari kite org satu class kna attendt 1 course ni..bnda ni boleh di pgil sebagai KAIZEN lah lbih kurang..klu nk thu apa itu KAIZEN..just clik je kt link tu..ok dlm kaizen ni byak modul...so apa yg boleh aku citer just 5S dan ishikawa je..

5S->perkataan jepun yang di ubah menjadi melayu..nak thu apa dia...jom aku translate

1)S ->Seiri = Sisih = Sort
2)S ->Seiton = Susun = Straighten
3)S ->Seiso = Sapu = Shine 
4)S ->Seiketsu = Seragam = Standardize
5)S ->Shitsuke = Sentiasa Amal = Sustain

so bnda2 yg kt atas lah yg kami stu class kna amal kan setiap hari(agak2)...mula2 tu rse mcm fun lah bt bnda ni tp bila dh lme2 memg macam haram...stu pun dh x gerak..memandangkan class aku ni ader karpet so sampah sarap memg x byaklah kan

Aktiviti yg stu lgi adalah ISHIKAWA DIAGRAM. ok bt bnda ni memg fun..aku suke sgt...sbb aku jdi ketua kumpulan time modul nie..hahahha bangga lah tu..what the heck..ok nk thu apa tu ishikawa just clikk kan link tu..settle...diagram ni memg sinonim dgn gmbar rajah ikan..so memg wajib bt muka ikan...

bila dh bt gmbar ikan tu wajib ader solution...apa tu solution..penyelesaian lah..hahahha nk story lebih pun aku x pham...korang layan jelah gmbr ni...


Hasil dri tanganku


 Hasil ke dua

\

Bekas Marker



Ikan Team(1) aku


Solution Team(1) aku


See...ketua tu..hahhaha


Ikan Team 2


Solution Team 3








Sunday, January 29, 2012

Bio Ever

Assalamualaikum semua..apa habaq??dh lama kan cheq x story morry kt sni

ok ari ni aku nk cerita skit apa yg aku duk bt slama aku x online ni...since dh x blaja lgi ni aku pun just duk umah jelah..so ader satu hari tu my cousin dtg umah.klu x silap pas sebulan parents aku blek dri mekah..ok akk ni dtg just nk tnjukkan kt aku satu produk...maybe rmai yg dh tau pasal produk ni...n ader juga yg masih x tau pasal produk ni..

BIO EVER

ok gmbar ni adalah gmbr produk yg kakak aku promote kt aku tu...actually mula2 aku memg x mint pun.. sje jelah beli sbb yelah...cousin kan..so bila dh lme2 aku bermint..produk ni under HI-O Marketing...lebh senang lgi produk ni adik bradik ngan bio-aura...yg penapis air tu...ok spa yg dh pnh guna bio-aura mst tau apa keistimewaan air tu...sme juga mcm krim ni..n harga krim ni lebih murah berbanding dari harga penapis air tu..

produk ni juga boleh di katakan ajaib..kenapa??kebanyakkan penyakit yg dialami akan beransur pulih dengan menggunakan produk ni..ok semua tahu sume penyakit tu datang dari DIA...so x salah kita berusaha untuk menyembuhkannya..n aku x ckp pun produk ni ubat yang terbaik..kite still juga minx dari DIA..tp at least kite ada usaha kite sndiri

Testimoni yang aku dapat apabila menggunakan produk ni

1-Ayah aku menghidap penyakit semput yang amak kronik..serius klu penyakit dia dtg dia terpaksa sedut NEBULIZER..apa tu??ok nebulizer ni sejenis mesin bagi pesakit asma yang kronik..so untuk tidak membuang duit di klinik..para pesakit asma ni disarankan membeli mesin ni..harga mesin ni yg paling murah RM 400 tidak termasuk Combivent iaitu cecair yg boleh mengeluarkan gas utk di salurkan pada pnafasan kite semasa menyedut gas tersebut..combivent ni klu kt klinik harga dia RM 5 dan hanya bersaiz 0.5mg..agak2 berbaloi x?selain nebulizer...ayah aku pun perlu sentiasa membawa BUDESONIDE AEROSOL INHALATION.. agak2 gas kt dlm ubt yg nama dia pnjang ni x berkesan ayah aku terpaksa guna nebulizer..dh lh nebulizer ni perlu menggunakan tenaga elektrik..so klu tetibe dtg asma kt highway tpaksa kami berhenti kt R&R sbb nk cri plug...leceh kan..kt rumah memg x yah cerita ubt2 memg dh byak sgt..dh mcm farmasi pun ader gak aku tgk..sume byak ubt ayah..Tapi Alhamdulillah..sejak ayah aku guna produk bio-ever ni penyakit semput dia semakin berkurangan..dah jarang juga guna nebulizer..cume aerosol tu memg slalu ada kt dlm kocek suar..bt backup but ayah dh x perlu bergantung sgt pada nebulizer tu..ayah hanya sapu krim ni pada tmpt2 wajib,leher dan dada..aku bersyukur sgt penyakit ayah semakin hari semakin pulih..dan yg paling aku kagum ada stu hari tu ayah berpusing2 satu bandar johor dgn menaiki vespa kesygan dia..sementelah hari pda waktu tu sgt panas..tp ayah x smput langsung..kuasa ALLAh..klu dulu..panas skit je dh semput..tp sejak guna produk ni byak perubahan mendadak yg terjadi..Ini di sebabkan krim ajaib ini

2-Aku memg menpunyai masalah resdung yang amat teruk..byak juga produk yg aku dh gunakan..tp masing x berhasil..tp semenjak aku gunakan produk ni alhamdulillah resdung aku semakin kurang.selain itu jerawat di muka juga semakin hilang..sgt menakjubkan..aku juga ada msalah dalman wanita..setiap kali datang bulan aku  akn kena senggugut yg amat teruk sampai tahap nk meraung..dah lah senggugut..migrain plak tu..tp sejak aku guna krim ni senggugut macam hilang terus..malah pengaliran darah sgt lancar..migrain juga semakin hilang..boleh di katakan sejak aku guna produk ni migrain aku dh x muncul..syukur sgt2..memg kdg2 kite malu nk ckp kt kwn2 kite yg kite ada mslh dalaman..tp aku berani kerana aku tahu setiap penyakit ada ubatnya..selain itu produk ni juga amat bagus untuk wanita kerana dia akn menguatkan rahim kite..

ini serba sedikit tentang testimoni yg aku dpt setelah memaki produk BIO-EVER ni selama 1 bulan.. Alhamdulillah aku dh nmpk kesannya yg amat ketara..


Nebulizer pertama ayah RM 400


Nebulizer ke-2 RM 500


Aerosol RM30


Liquid Combivent 1 ps -RM 5


Like aerosol but brand from combivent RM 20


jika anda semua berminat dan ingin mengetahui kehebatan BIO-EVER sila tgalkan msg..insya ALLAH apa yg aku bleh bantu aku akn bantu..





Thursday, January 5, 2012

Aku Dan Penjual Ais-Krim

Assalamualaikum semua..since budak2 sume dh naik skolah so aku teringat lah satu cerita time aku skolah dlu.. klu x silap msa tu aku drjah dua..mostly apa yg kite tahu time drjah dua sume sesi persekolahan akn berlangsung pd tgah hari hga petang..so bila habis sesi skolah je mst ader je van2 jajan,apek2 jual ais-krim n makcik2 yg dok jual kacang smbal kt tepi pagar skolah

so aku adalah pelanggan tetap mereka tu semua...x sah klu setiap blek skolah aku x beli mknan tu...ok duit aku skolah dlu satu hari abh bagi RM 1.50...member2 aku kte byk giler..(thun persekolahn 1997)..bg thun tu RM 1.50 memg dh kire byak ar..back to main story

satu hari ni aku ader lah g beli aiskrim kt sorg apek ni..klu x silap ais-krim coklat..ok memg sedp beb ais-krim tu..so mkn lah ngan pnuh lahap..(budak kcik...x ader spa kesah)...bila time jln nk blek umah smbil mkn ais-krim ader sorg kwn aku ni tgur aku "awk beli ais-krim kt apek tu ke?" tnye budk tu..so aku jwb "yup..sdap tau...awk nk?",ayat skema aku

nk tau apa dia ckp..serius demm giler ."awk nk tau x dlm ais-krim tu ader taik idung apek tu tau",aku apa lg tkejut lah..ais-krim plak dh habis separuh aku mkn.."awk x baik tpu tau..mana awk tau dlm ais-krim ni ader taik hdung" tnye aku ngan pnuh persaan.."td kan kite nmpk dia korek hdung..pas tu bile ader org nk beli dia trus amik ais-krim tu..dh lah x bsuh tgan"..terang kawn ku

aku apa lgi..trus buang je ais-krim tu dlm longkang..yelah..taik idung kot..korg nk ker??so citer tu pun tersebar kt skolah...n rmai giler boikot apek tu...cian dia...tp ader gak yg still beli..rupen2nye citer yg aku dgr tu tpu belaka..demm...rugi duit aku 5osen..cilake punye kwn..

p/s->time skolah kite memg slalu sgt citer percaya yg karut..wlpun bnda tu kite x nmpk dpan mata...biasalah budk skolah dlu kan humble je..x mcm budk skung..advance giler (jgn mudh percaya)



lbh kurg mcm ni lah apek tu..


ais-krim calong yg slalu aku beli



Saturday, November 12, 2011

Cuba Bayangkan

Assalamualaikum...ari ni ari sabtu kan..so bila ari sabtu ni aku akn teringkat 1 saranan kerajaan utk semua rakyat yg stay kat malaysia ni...apa dia??? "Say no to plastic bag" as you can see,mostly pekerja pasar raya kt malaysia ni akn bertidak dgn tidak memberi plastik kepada pengguna setiap hari SABTU..so siapa2 yg nk g blanja hari sabtu tu sila bwa beg kain anda sndiri dri rumah ok...

pnh skali aku g 7eleven msa duk kt ipoh dlu (pdhal bru blek dri ipoh)..setiap ari sabtu aku ngan budak2 dorm aku akn membuat rombongan ke kedai tu..beli apa???beli coklat,keropok n ais krim coklat (saturday is chocolate day for me)..ok kami pun borong lah kan...n kami lupa pasal saranan kerajaan tu..so bila dh byar mcm pelik mana beg plastik..n mamt kt kaunter tu senyum dgn gaya kacak smbil berkata "hari sabtu memg x ada beg plastik"apa lgi masing2 mengeluh...n ader sorg ni smpi sgup beli beg kain kt 7 eleven tu..sbb x sgup nk bwa brg byak2 tnpa beg..

ok kite tutup psal citer kt ipoh...ok kt area umah aku ni setiap hari SABTU ader pasar malam..so klu dh ader pasar mlm memg byak lah kan bnda yg korang sume akn beli...brang dapur,brg makann,n maybe ader yg nk borong kain baju...(pasar malam area umah aku memg complete)..tp leh x korg bayang kan klu korg gi pasar malam tu n peniaga tu ckp "hello amoi ari ni ari sabtu ma...x ada beh plastik"so apa korg rase???

aku x dpt nk bayangkan klu semua peniaga kt pasar mlm tu mengamalkan seruan kerajaan...serius aku ckp pasar mlm yg slalu penuh n bising tu akn trus lengang n senyap mcm g pengkebumian mayat sbb apa???sbb masing2 dh mls n g pasar mlm...x ader beg plastik!!!!

so apakah langkah terbaik dri menyebabkan pasar malam tu x lengang??sila bawa bakul masing2 bila pergi pasar malam untk mengelakkan anda dri terbeban membawa brg yg anda beli swaktu berbelanja di pasar malam pada hari sabtu..

i cant imagine when men going to pasar malam with basket....serius jambu..ah lantak ar...tp memg btol pun... sbnrnye plastik beg ni memg x bgus sbb klu kite nk lupuskan plastik ni amik masa beribu tahun...ia sgt sush utk di lupuskan...x mcm kertas atau material yg lain...so pndai2 lah kite menjaga bumi kite..



notajari->sorrry ar ari ni aku membebel tahap x sedar diri..aku pun xtau apa yg aku bebel kan...sekian..

Wednesday, September 21, 2011

Tabiat aku sebelum masuk tdo

Assalamualaikum...ari ni aku nk kongsi skit apa yg aku akn bt sebelum aku msuk tdo...someperson akn ckp "alamak poyo seh minah ni...benda tu pun nk citer kt org"..ok..aku memg suke citer hal aku kt org...mana lh tau ader yg sme fiil ngan aku kan...lantak ar..janji hdup aku bahagia

Tabiat baik aku sebelum tdo
1-cuci muka
2-gosok gigi
3-amik air sembahyang
4-sikat rambut

Tabiat pelik aku sebelum tdo
1-pakai minyak wangi
2-sembur bilek ngan minyak wangi
3-akn pastikan tempat tdo aku tu wangi

Tabiat x baik sebelum tdo
1-memekak nyanyi2
2-slalu lupa nk bace doa tdo
3-suke berangan nk kawen ngan ank raje (ok aku tpu)
4-Suke mandi mlm2

x kesah lah mcm mana pun tabiat seseorg tu sebelum nk tdo...setiap org ader cara mereka yg tersendiri.Macam aku juga terlalu obses ngan perfume smpai nk tdo pun still nk ader bau perfume..depand person lh org kata...janji keadaan kite tu sentiasa bersih.

Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link