Lets nuffnang

Pengikut..

Showing posts with label Istikharah Cinta. Show all posts
Showing posts with label Istikharah Cinta. Show all posts

Sunday, May 5, 2013

Pagi hening Di Spanish Villa

Assalamualaikum semua..

Selalunya kalu weekend CFSB suke membuta kan diri..maklumlah kalu hari-hari kerja tu memang tak cukup tido..so bila dah weekend ni balas dendam lah semula..

Tapi sejak dah ada P.A baru nie..memang tak dapat lah den nak tido pas subuh tue..gigih ko kejut aku bangun subuh pukul 5.50 pg..SETIAP HARI ok,even time tengah bulan mengambang..nampak macam kejam tapi tulah maknanye sayang..hehehe

So perkara kedua yang memang patut CFSB buat lepas solat subuh...di PAKSA suruh jogging..gigih ok even pancit...dah  lama tak jogging..walaupun PA tu duk jauh...(Tasik Jaya ngan Paroi Jaya jauh ke???) tapi still juga CFSB jogging..padahal dia tak nampak pun..tak apa lah sayang punye pasal..weekkk...

Bangun pagi-pagi..jogging sesorang kat kolam renang spanish villa..heaven beb walaupun sesorang..tapi tak apa En PA teman kan dalam hati...puuiii mood jiwang plak pagi2 nie..

Kenapa tetiba rajin plak nak jogging pepagi nie???tell me..tell me...al-maklumlah..kenalah jogging awal-awal nak kumpul stamina sebelum kawin..ops!!!Insya Allah doa kan lah ye..motif utama jogging sebab nak sihat..motif kedua jogging sebab nak tunaikan azam tahun nie..motif ketiga jogging sebab nak muatkan pakai baju nikah..<---see dok berangan tak sudah-sudah


merendamkan kaki setelah penat berjogging sambil2 buat terapi air


Pagi hening di Spanish Villa..tenang je hati


Insya Allah kalau niat kita betul,Allah akan permudahkan setiap perbuatan kita (^_^)

Friday, May 3, 2013

Tips Memilih Jodoh

Assalamualaikum semua..salam jumaat buat semua readers CFSB

Hari ni terasa macam nak shared

Tips Memilih Jodoh

1-Kenal mereka dengan nama mereka dan cari maksud nama tersebut
2-Buat perbandingan maksud nama dan keperibadian sidia
3-Amik tahu latar belakang sidia sama ada family,kerja,pelajaran
4-Tanya mereka 5 rukun nikah <--(soalan wajib CFSB kepada setiap lelaki yang disayangi)
5-Tanya mereka dah khatam Al-Quran atau belum (jujur itu lebih baik)
6-Kenal mereka melalui kawan-kawan rapat dan ibu/bapa mereka
7-Sebelum buat keputusan yang muktamad,eloklah kita mintak pertunjuk dari DIA

Cara Mintak Petunjuk

1-Lakukan solat sunat Taubat
2-Lakukan solat sunat Hajat
3-Lakukan solat sunat Istikharah
4-Lakukan solat sunat Tahajjud
(Lakukan selama 7 hari berturut-turut..lagi elok kalau pasangan kite buat sekali)

Insya Allah,Allah akan sentiasa bersama hambanya yang tidak pernah jemu untuk meminta dan tidak pernah putus asa.Setiap dari kita akan mendapat petunjuk dari cara yang berbeza.Mungkin ada dapat dalam mimpi,gerakan hati mahupun bayangan sanubari..bg CFSB cukuplah kalau CFSB katakan dapat dri gerak hati dan mimpi..Alhamdulillah..semoga kali ini dia lah yang terakhir..dialah Pokok yang selama ni CFSB cari..Insya Allah

CFSB doakan semoga kalian dapat berjumpe dengan pasangan yang kalian idamkan

Tuesday, September 11, 2012

Berkahwin Menyempurnakan Cinta

Assalamualaikum semua..jom aku nk shared lgi apa yg aku baca

Dalam hadis yang direkodkan oleh at-Tabrani, ada menyebutkan akibat yang kita alami hasil daripada keadaan pasangan jodoh yang kita pilih:

1. Lelaki yang mengahwini wanita kerana kehebatannya, Allah tidak menambahkan sesuatu kepadanya melainkan kehinaan

2.Lelaki yang mengahwini wanita kerana kekayaannya, Allah tidak menambahkan sesuatu kepadanya kecuali kemiskinan

3.Lelaki yang mengahwini wanita kerana keturunannya, Allah tidak menambahkan sesuatu kepadannya melainkan darjat yang paling terendah ataupun hina

4.Lelaki yang mengahwini wanita kerana ingin menundukkan pandangannya dan menjaga kesucian dirinya ataupun bagi memperluaskan silaturrahim, maka Allah memberkati pasangan suami isteri tersebut

5.Demi mempersiapkan diri pasangan kepada perkahwinan yang diberkati dan diredhai Allah, kita perlu memberi perhatian serius kepada  beberapa perkata penting

6.Tidak berpasangan sekiranya tidak mungkin bertunang dan berkahwin dalam tempoh masa terdekat

7.Berpasangan dalam tempoh masa terlalu lama menyebabkan kebosanan dan selisih faham

8.Berpasangan juga mengundang kepada berlakunya maksiat dan keterlanjuran.Ini merosakkan kehidupan di dunia dan menyebabkan kemurkaan Allah

notajari->kredit to Istikharah Cinta

Saturday, September 8, 2012

Siapa Pilihan Hati

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji.Wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik" (Surah an-nur, Ayat 26)


kredit from google


Assalamualaikum...berjumpe kembali dalam segmen Cik Farah Kuat Bebel!!! (CFKB) (yeke aku kuat bebel???orang kata aku pendiam..what ever)..Ok hari ni CFKB nak shared skit pasal pendapat CFKB tentang tafsir ayat Al-Quran kat atas tu...

selalunye wanita yang baik akan mendapat jodoh yang baik begitu juga dengan lelaki dan wanita yang keji akan mendapat jodoh dari lelaki yang keji juga..Tapi pernah tak kamu semua terfikir bahawa wanita yang baik akan mendapat jodoh dari lelaki yang keji ataupun lelaki yang baik akan mendapat jodoh dari wanita yang keji???

Jodoh,Pertemuan,Ajal dan Maut adalah kerja Allah s.w.t...x ader sapa pun akan tahu bila kejadian itu akan berlaku ..Jodoh...setiap dari kita semua memang telah ditetapkan jodoh sejak azali lagi cuma kite kena berusaha untuk mencari jodoh itu..

Bagi mereka yang kurang bernasib baik dalam jodoh CFKB rasa Allah tengah menguji kita sebenanrya.. Allah nak lihat sekuat mana kita meminta pertolongan dari DIA..umpana sebuah pepatah yang telah mengatakan "Allah turunkan kita hujan yang lebat kerana dia ingin beri kita sinar pelangi selepas itu" so bagi mereka yang rasa mereka tidak bernasib baik...jangan mudah mengalah...kerana Allah sentiasa berada di samping hambanya yang memerlukanNYA dan tidak pernah melupakanNYA...

ok lah...sampai disini segmen CFKB bt masa ini...nanti kalau ada kesempatan CFKB akan shared lagi input-input yang membina buat anada semua...kalu ada apa-apa nk shared or nk bagi pendapat so sila tinggalkan komen kat bawah ni

Wassalam...

Istikharah Cinta

Assalamualaikum...di pgi yg x brapa nk pgi...memandangkan nk tdo x ngatok so kt sni aku nk shared sebuah buku yg aku bru beli kt MPH bookstore Giant Senawang...hamik ko siap tmpt skali aku bgi...best ke buku tu???bt msa ni aku dh belek2 tgk tajuk n sub topic alhamdulillah..memg best juga...buku apakah???



Istikharah Cinta

aik...pelik je ko beli buku ni farah...awat???ang nk menikah ka???dok aih...cheq sja je beli buku nie...cheq kan ulat buku..tettt!!!..ok msa kt bookstore tu memg byak buku aku nk beli..tp tetibe bila terpandang buku nie trus jatuh cinta...kenapa???bg aku bg ni boleh bg aku pnduan lbh2 lgi aku memg tgah ader masalah berkaitan dgn istikharah..so memg ptt pun aku beli

Review Buku
->Mengenal past pilihan berkualiti menurut islam
->Tips mengurus,memelihara,dan menyuburkan keserasian cinta
->Kisah bagaimana Ummu Sulaim membuat pilihan dengan menolak pinangan Abu Thalhah
->Pernikahan luar biasa Muslim Bin Umran,saudagar terkaya di Kota Basrah
->Landasan ikhlas menurut Profesor Dr.Yusuf al-Qaradhawi

how??very interesting right...so let's go to book store and buying the book...aku rse memg x menyelas lah beli buku nie..wlpun cume motivasi semata2 tp dia bg kite input yg mendalam..so spa2 yg berminat boleh lah mendapatkan buku ni di pasaran dengan Harga RM 20.00



Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link