Lets nuffnang

Pengikut..

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Tuesday, December 3, 2013

Terapi Ionic Body Detox 2

Assalamualaikumsemua..semalam aku pergi buat rawatan Terapi Ionic buat kali ke-tiga selepas 2 bulan aku stop.Bagi yang kurang pasti apa Terapi Ionic Body Detoc korang boleh klik Link Ini.Kat dalam entry tu aku ada story serba sedikit pasal apa itu Terapi Ionic Body Detox.So siapa-siapa nak cuba boleh lah cari tempat tu ye.Code -Sekitar senawang dan seremban sahaja.

Memandangkan dah lama sangat aku tak pergi so haruslah hasil keputusan yang aku dapat punya lah mantap.Mula-mula letak kaki dalam air jernih je.Bila dah 5 minit tak yah cakap lah memang serupa air kencing.Selepas 30 minit??aku rasa macam tengok air longkang.Gambar aku memang tak capture pun sebab aku sendiri geli tengok air tu.

Wooii air yang ko geli tulah yang tunjuk segala jenis mak nenek toksin dalam badan ko tu fara ooiii..So redha jelah..Setiap warna toksin yang keluar tu ada jenis-jenis yang tersendiri.So korang boleh refer pada gambar kad rawatan aku kat bawah nie


Ni lah kad rawatan aku.Menunjukkan aku baru 3 kali buat rawatan
lama gak kan aku skip okt-dec

Bila habis je rawatan tu macam biasa lah orang tu angkat kotak kuning..Masya Allah terkejut aku tengok air tu.Dia explainlah dalam badan aku ni ada banyak toksin.Sebab dah lama tak buat kan.Jom aku senarai jenis-jenis toksin aku MAlam Tadi

1-Kuning Kehitaman ->Buah pinggang & hati
2-Kuning Berminyak ->Kolestrol
3-Coklat ->Hati
4-Hijau Tua ->Hempedu
5-Buih Gelembung ->Angin/Gastrik
6-Hitam->Asap,Minuman berkafein,Minuman Gas
7-Merah->Darah beku

Hammmbooiii...7/10 banyak giler toksin dalam badan.Paling aku terkejut bila orang tu kata aku banyak minum air gas...Oppss sory ye kak..saya memang tak minum air gas..Tapi bab kena asap tu aku percaya sebab aku kalau drive jarang buka air-cord.Always open window kecuali hari hujan.Maybe sebab tu kot Toksin kehitaman aku tu terlampau banyak.

Then bila dah buat rawatan tu haruslah dapat tido yang sangat berkualiti kan.Bangun pagi ni terasa cergas..Sampai rasa nak buat marathon dalam rumah..Ok petang ni mesti kena jogging untuk lepaskan segala hormon berkobar-kobar nie.


Banyak gila ubat aku kan

Actually aku ni pemakan tegar segala jenis ubat..boleh percaya??Tu semua memang ubat-ubat aku.Tapi tak adalah amik hari-hari.Bila betol-betol tak tahan je baru aku amik.So bila dah buat terapi ionic tu orang tu dok kata kalau boleh kurangkan amik ubat-ubatan ni.Sebab kandungan kimia dia kite tak tahu berapa percent.Amik bila perlu sahaja.

Paling penting kena sentiasa minum air masak.Dan sejak-sejak ni aku memang kurang sangat amik ais.Kalau keluar sekali pun aku akan pesan air suam je.Nak jaga dalaman badan.Mak aku pun dah pesan jangan minum ais sebab aku ni memang kena pantang ais lepas operate 10 tahun lepas...sampai bila-bila woo kena pantang ais.Tapi kekadang terlajak juga..ops harap dimaafkan.

Hope next week dapat buat terapi ni lagi..serius aku memang berkobar-kobar nak tengok sendiri toksin-toksin ni dikeluarkan.Geli pun geli lah janji aku sihat...sekian...

Friday, October 11, 2013

Terapi Ionic Body Detox

Assalamualaikum semua..salam jumaat buat pembaca,pengunjung setia(ada ke?),pengunjung yang termuncul dan buat semua.Hari ni saja nak shared pasal satu rawatan yang boleh menyahkan toksin dari badan kita.See the picture.


Gambar tu memang kaki aku.Boleh nampak bezakan warna air tu.dari jernih terus jadi kuning macam air kencing..hahaha..tu belum lagi kalau aku angkat kotak kuning tu..Bila angkat macam-macam warna ada.Gambar??hahaha x nak aku tunjuk nanti korang geli.

Rawatan ni nama dia Terapi Ionix Body Detox.Actually dah lama giler aku cari pusat2 kecantikan yang tawarkan rawatan ni tapi mostly banyak kat bangi (kalau tak silap aku).So hari isnin lepas time aku tgah belek2 katalog iklan tetiba ada iklan pasal rawatan ni.Apa lagi menjerit lah aku ngan "Tuan Punya HP" sebb kami teruja nk bt.Bila tengok alamat...walaweii..dekat je ngan condo kami.So dah plan Esoknya (hari selasa) pas magrb terus g buat rawatan.

Rawatan ni murah je.RM10 bersamaa 30 minit.Masa buat rawatan ni cara duduk kena rileks je.FYI bila celup kaki dalam air tu,kite kena pijak 1 kepingan bulat warna hitam.Bila dah pijak benda tu akan "kerjakan" kaki kita means kite akan rasa macam tapak kaki berdenyut macam kena urut

Kotak Kuning tu pulak banda yang akan kumpul semua toksin2 korang dalam badan.Setelah 30 minit kita angkat kotak tu..Bermacam-macam warna ada.Kalau ikot air sebenar aku ada warna kuning,minyak,hitam,oren ntah aku pun lupa.Banyak sangat warna.

So dari penerangan orang tu badan aku ada kolestrol..biasa lh makan benda bergoreng,then dia kata toksin dari hati,toksin dari gastrik + badan banyak angin, toksin dari buah pinggang,toksin dari paru-paru.Toksin dari hati tu mostly sebab apa yang kite makan.Toksin dari gastrik biasa lah sebab perut dan angin,Toksin dari paru-paru sebab pencemaran udara selalunya terhidu asap kenderaan,kilang atau rokok (orang lain yang merokok orang yang hidu rokok yang cepat mati),Toksin buah pinggang yang ni dia kata buah pinggang aku kuat bekerja sampai benda tu stress..msa dengan memang aku nak gelak tapi memang betol pun mungkin sebab setiap hari aku akan amik pill untuk badan aku so buah pinggang aku x henti2 kerja

So orang tu syorkan aku jangan terlampau bergantung pada ubat(Pill) then kena banyakkan minum air suam. Sebenarnya untuk detox ni kena rajin buat.Then aku dan bt keputusan seminggu sekali memang kena buat rawatan ni.Serius bila dah habis buat korang akan rasa badan jadi ringan.Apa pun tetap ada effect.Lepas buat benda ni effect dia korang akan pening,kerap membuang,tapi tak lama dalam 2-3 hari je effect dia so kena rajin2 sulingkan diri dengan banyakkan minum air suam or air kosong.

Honestly ni aku tak sabar nak buat rawatan ni lagi.Rasa macam best sangat.Aku siap post gambar kt "Si Kembar" dia kata kat jb ada x?rasa teruja nak buat juga.Aku tak pasti.agak2 dia nak buat boleh je datang umah aku.

Lokasi aku buat detox tu kat Jalan Bunga Raya,(sebelah KFC senawang)Taman Tasik Jaya,Senawang Negeri sembilan.Kat negeri lain aku tak pasti..kalu kat bangi RM 30 tp tak ingat nama SPA and duration time.Orang2 senawang kalau nak bt meh lah kite serbu pusat rawatan nie..murah je..30 mint = RM 10

Next week aku akan shared tahap2 warna bagi setiap detox..siap dengan warna baru air rendaman kaki aku selepas detox kali ke2.

Sunday, September 22, 2013

Cerita Hari Sabtu

Assalamualaikum semua.Biasa lah kalau hari-hari cuti ni selalunya orang akan qada’ tido tapi aku plak jenis susah nak bangun lewat even malam tu membuta sampai pagi buta.Kan sedap kalau dapat bangun lambat..

So macam biasa lah lepas solat subuh aku akan bersiap-siap untuk pergi jogging.Selalu joging kat Taman Aman Jalan Pekeliling lepas tu aku akan jump ke Lake Garden.Wahhh gigih ko joging sampi dua tempt.Motif utama sebab nak kurus macam zaman sekolah dlu..hahahha

Sebab selalu sangat dah joging kat situ sampai aku dah boleh cam dah penghuni tetap taman tu.Macam ada sorang pakcik ni.Aku start joging before puasa.Mula-mula Nampak just senyum je tapi bila dah selalu bertembung ada gak lah berbual sambil joging

Honestly memang mula-mula motif aku g joging sebab nak kurus lepas kena bebel ngan En P.A dia kata aku gemuk sangat..Sentap ok!! Tapi bila dah lama-lama aku buat benda tu dah jadi macam seronok sebab dapat kenal ramai orang.

Sambil berjoging tu dapat juga lah tengok gelagat orang sambil-sambil tu boleh buat keje part time cari bakal suami..teetttt….mana ko nak campak En P.A ko tu farah???Actually tempat yang aku joging tu more pada green world so dapat juga lah aku hirup udara segar


Dapat tengok benda hijau yang menyamankan dan yang paling penting dapat lepaskan bebanan kerja.So bila stress je aku g joging boleh buat kan stress aku hilang dengan melihat bumi ciptaan Allah nie.So siapa-siapa yang nak sihatkan badan sambil rehatkan minda pergilah joging kat tempat yang lebih kehijauan


Selalu joging sorang tak kuasa nak bwa hp tok bergambar tp sbb member umah follow dia yg tlg amik pic ni


tuan punya hp tunjuk kasut je tuan punye blog haruslah tunjuk muka..dah kata tuan blog

Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link