Lets nuffnang

Pengikut..

Showing posts with label Thanks all. Show all posts
Showing posts with label Thanks all. Show all posts

Tuesday, November 12, 2013

Terima Kasih Abah

Assalamualaikum semua..lama gak tak berblogging..maklumlah minggu sebelum tu aku merehatkan diri dirumah mak abah.Rasa tenang je hidup tanpa mengadap laptop sebab yang depan mata lebih berharga dari semuanya.Tiga bulan tak jenguk rumah sendiri rasa macam setahun.

Perjalan dari senawang ke pasir gudang amik masa kurang 3 jam.Boleh target aku bawa kereta laju mana?Tu namanya semangat yang tak tertahan nak balik rumah sebab rindu.Alhamdulillah perjalanan semua ok cuma hampir-hampir kemalangan..Bukan salah aku,salah lori yang masuk line kanan tak bagi signal..how dare you.Janji aku selamat sampai.

Rasanya kali ni lah percutian paling best sebab seminggu aku bercuti langsung tak melepak.Duk rumah ngadap tv + borak ngan family.Apalah rasa kalau ko bercuti tapi langsung tak spend time ngan family.Baik ko balik senawang je ngadap keje..Betol tak?

Balik PG biasalah kan dok bergosip ngan mak aku hahaha rindu woo at the same time adik aku pun cuti sem memang riuh rendah lah rumah tu.Bincang-bincang pasal majlis kawin abang aku,pasal kerje aku,pasal study adik aku.Pasal abah aku dah mula start keje balik lepas pencen 2 tahun,semua benda cerita.

Paling best bila balik PG aku tengok motor kesayangan aku dah tertukar rupa.Walawei..rasa macam terharu sebab motor tu nampak baru.Terima kasih kat abah sebab tukar cover seat motor dan sport rim..Terharu gila ko.Pasni boleh request nak suh tukar sport rim kereta aku plak..hahhaha.

Sebenarnya benda-benda sampingan tu tak adalah mahal mana kalau nak dibandingkan dengan susah payah mak bapak kita bela kita dari kecik sampai besar.Tak ternilai harganya.Bagi diaorang bila tengok anak diaorg bahagia mereka pun rasa bahagia juga.Kalau boleh mereka nak berikan yang terbaik untuk setiap anak mereka.So hargailah mereka selagi mereka ada.Jauh macam mana sekalipun,rajin-rajin lah call tanya khabar.Siapa lah kite tanpa mereka berdua


sport rim asal warna hitam tukar warna silver
cover seat asal kulit tukar yang bubble

Wednesday, September 25, 2013

Siapa Anak Johor??

Assalamualaikum semua

Pagi-pagi lagi aku dah dapat mesj dari kembar aku tentang jawatan kosong area Pasir Gudang dan Segamat. Dia nak sangat aku balik jb semula keje dekat sana..hahaha...rindu dekat aku lah tu.Tengah-tengah dok belek jawatan kosong si kembar ni PM aku tanya pasal sijil berhenti sekolah agama and sijil darjah khas. What the??hahha bnda tu dah berzaman kot..sejak aku tamat darjah khas tak pernah aku hirau kan segala mak nenek sijil berhenti sekolah agama nie.

Untuk pengetahuan semua,kat johor memang ada sekolah agama rakyat.Mostly anak-anak johor memang akan dihantar ke sekolah agama tu.Honestly,dulu aku tak suke pergi sekolah agama sebab aku rasa penat. Yelah kalau ko sekolah kebangsaan petang,pagi2 ko dah kna bangun sebab kena pergi sekolah agama,balik sekolah agama kena pula pergi sekolah kebangsaan.macam tu juga lah kalu ko sekolah kebangsaan pagi dan sekolah agama petang.

Masa tahun aku sekolah agama dulu ko akan habis semua tahap pembelajaran ni sampi ko tingkatan tiga.lama giler kan..Baik aku masuk tahfiz terus.Tapi budak sekarang tingkatan 1 dah boleh habis sekolah agama.jom aku tunjuk kiraan dia

Tahun Abang2 & Aku

Sekolah Harian
Sekolah Agama
Darjah 1
Perintis 1 (KAFA)
Darjah 2
Perintis 2 (KAFA)
Darjah 3
Darjah 1
Darjah 4
Darjah 2
Darjah 5
Darjah 3
Darjah 6
Darjah 4
Tingkatan 1
Darjah 5
Tingkatan 2
Darjah 6
Tingkatan 3
Darjah Khas

 Tahun Adik Aku

Sekolah Harian
Sekolah Agama
Darjah 1
Darjah 1 (KAFA)
Darjah 2
Darjah 2 (KAFA)
Darjah 3
Darjah 3
Darjah 4
Darjah 4
Darjah 5
Darjah 5
Darjah 6
Darjah 6
Tingkatan 1
Darjah Khas

Untung kan adik aku.Dapat jimat dua tahun.Tapi yang tak bestnye sistem pelajaran dah beza skit.Dan rasanye macam tak "sajak" kalau budak baru dahjah 5 sekolah rendah dah belajar subjek Munakahat.Kalu form 1 belajar subjek Munakahat ok lah juga.Subjek tu lah paling best aku rasa.Dan subjek tu juga akan membuatkan kelas penuh.Sebab semua orang  akan berminat subjek tu.Munakahat a.k.a Nikah Kahwin.

Sekolah agama pun ada sesi pengkelasan juga macam sekolah kebangsaan dan menengah.Korang boleh rujuk dekat table bawah nie.Tapi ni pengkelasan masa tahun aku dan abang2 lah..Tahun yang sekarang aku tak pasti.Ok kalu korang pergi johor nampak budak2 pkai baju sekolah hari sabtu kain coklat gelap dan seluar coklat maknanye tu budak2 yang ada kelas darjah khas.

Pengkelasan
Masa
Darjah 1-3
1 jam 30 minit (Tiada Rehat)
Darjah 4-6
3 jam (Rehat 30 minit)
Darjah Khas (Hari Sabtu Sahaja)
5 jam (Rehat 10 pg-10.30 pg)

Apa itu Darjah Khas??darjah khas ni lebih kepada mcm pra-u tapi more pada mereka yang nak jadi ustaz or ustazah.So siapa-siapa yang cadang nak jadi cikgu sekolah agama kat johor mesti kena ada sijil darjah khas Pangkat 1.Lebih kurang macam pangkat time spm zaman 90-an dlu lah.Kalau sekarang boleh dikatakan macam cemerlang.

Yang bestnya sekolah agama ni kalau time exam final korang failed,jangan harap ko dapat naik darjah.Duduk lah ko  kt darjah yang sama sampai ko betol2 lulus.Bnda wajib lulus Al-Quran,Tauhid,Ibadat. Kalau salah satu dari 3 subjek ni failed,stay lagi lah ko kat darjah yang sma tahun depan.Alhamdulillah dari aku Perintis 1 sampai dahjah 6 aku x pernah kantoi..Kantoi time half year tu normal.janji final aku pass cukup lah..

Masa aku Darjah Khas aku kantoi.Macam mna lah tak kantoi tahun tu aku ada exam PMR tahun tu juga ada exam Darjah Khas.PMR dah 8 subjek Darjah khas dah 12 subjek..uuhhh mak aii..20 subjek nak kena cover..memang jammed lah otak aku.So aku fokus PMR.Darjah Khas aku bt sambil lewa je.Then akhirnye failed.Sedih ok.Paling kritikal bila mak aku suruh repeat darjah khas.Aku cakap x nak sebab semua member2 aku pass even dapat SAA(malu nk duduk satu kelas dgn budk bawah sebenarnye.malu sebb failed...hahhaha).Tapi bila mak aku dah guna kuasa veto.Nak x nak form 4 aku kena repeat juga darjah khas.Dan alhamdulillah aku pass walaupun SAA.tu pun mak aku tak puas hati suruh repeat sampai dapat pangkat 1.Alasan aku senang je..Form 5 nak SPM.so kna lebih fokus..hahha nasib dia terima alasan aku.


See The result.Walaupun agregat tu membolehkan aku dapat Pangkat 2 tapi sebab banyak sgt No 9 so aku di kira SAA.Janji result Al-Quran,Tauhid,Ibadat,Munakahat aku cantik..cukup lah tue..

Ok balik pada cerita asal,sebenarnya sijil Darjah Khas ni ada kelebihan.Kebanyakan badan kerajaan negeri johor yang nak amik pekerja dari anak kelahiran johor,diaorang akan tengok kelayakandan sijil darjah khas sekolah agama.Kalau korang ada sijil Darjah Khas itu akan jadi satu kelebihan pada korang.Sama ada sahih atau tidak,aku tak pasti.Macam Johor Corp tak silap aku,dia akan minx korang sijil darjah khas yang original bagi membuktikan ko anak johor.Sbb kalu tnjuk slip pun orang boleh tipu dengan bt editting.Tapi bagi aku kalau dah memang rezeki sure akan dapat juga keja tu.

Sijil ni cume kelebihan and boleh backup je.yang lain serah pada Allah s.w.t sebab rezeki kite pun asalnya dari DIA.Kita cume boleh doa,usaha,istiqamah dan tawakal.Tetibe teringat zaman aku sekolah agama dulu.Terima kasih kepada mak yang kerah aku suruh habiskan pengajian sekolah agama.Baru sekarang aku tahu kenapa mak aku paksa aku sekolah agama.Bukan sebab senang dapat keje tapi sebab ilmu yang aku dapat tu,belum tentu ustaz/ustazah akan ajar secara detail dekat sekolah menengah.Apapun ilmu tu perlu terus di gali sampai dalam sebab ia tidak akan pernah habis...wallahualam...

Tuesday, September 24, 2013

Kami Tetap Kembar

Assalamualaikum semua..

Farah ada kembar ke??hahaha mak aku beranak kembar sekali je tu pun abang-abang aku tapi kenapa orang sering kaitkan aku dengan dia kembar??Cikgu sekolah,adik junior and orang sekeliling pun anggap kali kembar..why??muka sama??jauh..umur??tu betol..tarikh lahir pun betol..tahun lahir lagi lh masa..beza bulan lahir je

Actually dia memang rapat dengan aku sejak sekolah dulu..seriusly aku dah kenal dia sejak umur 12 tahun sampai sekarang ni masing-masing umur dah 24 tahun.wow..lama tu dah 12 tahun kami berkawan.Walau terpisah dek taman perumahan,class,kolej even pernah terpisah negeri sorang dekat selatan sorang dekat utara,tapi perhubungan kami masih utuh.

Gaduh??normallah tu..even ko adik bradik pun gaduh ini kan plak kawan.Cikgu english kami selalu panggil kami kembar.Walaupun kelas lain-lain tapi cikgu kami akan sentiasa tanya "kembar" kami.Sampai lah satu masa mak "kembar" aku ni cakap "korang memang sajak jadi kembar.agak-agak kalu orang yang tak kenal korang pun mesti ingat korang kembar" lebih kurang macam tulah

Now kami masih dipisahkan oleh negeri yang kami duduk.Dia masih di johor dan aku pula di senawang tapi perhubungan kami masih lagi berjalan dengan lancar.Alhamdulillah,aku sangat bersyukur di kurniakan seorang kawan,rakan,sahabat malah juga "kembar".Jauh macam mana pun dia selalu risau kalau aku sakit.Terima kasih sebab jadi "kembar" aku.Aku sayang kau Liey



Farhana - 18 Ogos 1989
Liyana - 18 November 1989

Dua kembar yang berbeza tapi ada persamaan


Music Box hadiah dari "kembar" aku..Orang lain dapat music box dari pakwe.
Aku dapat dari "kembar" ko ada??hahaha..

Thanks sebab sudi jadi kembar aku,jaga aku,doakan aku dan sentiasa risau setiap kali aku sakit paling best ko x pernah lupa beli hadiah aku setiap kali besday aku..tu yg best..hehehe walaupun aku jarang bagi hadiah dekat kau.Aku sayang ko selamanya.Semoga ikatan "kembar" kita ini akan terus terjalin sehingga nafas yang terakhir...Insya Allah.

Friday, September 20, 2013

Selamat Menjadi Tunangan Orang

Assalamualaikum semua..Tajuk kat atas tu macam best je kan..yes selamat menjadi tunangan orang..tahniah buat......Abang aku ok bukan aku..insya Allah kalau diizikan bakal mengikut jejak abangku juga cuma belum tahu bila.

Kali ni majlis dibuat di kampung aku iaitu batu pahat sebab dekat dengan rumah bakal kakak ipar.Orang batu pahat juga abang aku dapat.Alhamdulillah..Orang paling excited dalam majlis ni tentulah mak aku sebab nak dapat bakal menantu perempuan selepas 6 tahun sepi je..ahaks!!

Walaupun dah nak dapat menantu perempuan tapi mak siap boleh request nak menantu lelaki sulung.. krikkhh..(bunyi cengkerik)bila masing-masing sume pandang aku..aku buat-buat tak paham lah..Siap dah plan nak sandingkan anak-anak dua orang sekali gus TAHUN DEPAN..sepupu aku apa lagi dok sakat aku tak sudah-sudah.

Ye mak insyaAllah kalau ada rezeki,jodoh panjang,umur panjang anak mak ni akan hadiahkan mak sorang menantu lelaki yang mak impikan tu.Mak doa jelah untuk anak mak nie.Sejak dah keje and ada kerjaya soalan yang selalu aku terima dari semua planet bumi --->Ana/Farah/Akak/ bila mau KAHWIN?? 

End of topic layan lah gambar tapi gambar mempelai harus di rahsiakan dahulu..hihihi




Bersama Hantaran nasib sempat pandang camera


Hantaran kedua belah pihak


Aku,kazen dan rombongan meminang


Rombongan meminang


My uda and his family menantu sulung and cucu sulung mak dan abah

Thursday, February 28, 2013

Convo Kali ke-2

Assalamualaikum semua..wah agak lama tak update blog.dah naik berkulat.Maaf lah ye kawan-kawan semua.CFSB sangat2 lah bz di ofis menyettle kan semua task2 yang masih tak settle.So dalam pada bz tu sempat juga lah attend Convo Day kali ke-2 dekat PERSADA,JB

Alhamdulillah..tamatlah pembelajaran CFSB dalam bidang Java Specialist Programmer dan skung dah pegang tittle software engineer..ops...slow2 sudah..dan kali ni convo paling bermakna..kenapa?? sebab kali ni mak dan abah dapat tengok CFSB amik scroll atas pentas n dapat attend majlis bermakna tu. So perasaan ini amatlah gembira jika nak di bandingkan convo day masa diploma dulu...sorang2 wooo...sedih giler sebab time tu mak abah kat mekah tengah buat haji..kire kali ni dapat tebus balik lah...happy


Buah Hati CFSB


CFSB


Ex-Classmate walaupun ramai yang tak datang

Terima kasih buat abah kerana bagi izin anakanda bawa motor gi class walaupun tak ada lesen motor
Terima kasih buat mak kerana siapkan sarapan setiap kali sebelum nak gi class
Terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu diri ini dalam mengejar ilmu

Sunday, February 3, 2013

Februari

Assalamualaikum semua...

alhamdulillah..dah masuk bulan Februari dan..bersyukur kehadrat illahi kerana masih memberikan diriku ini bernafas dan menjadi khalifah di bumi Allah s.w.t ni...

mukadimah yang agak membina...yeke??hehhe...dah masuk bulan dua ni so cuti boleh tahan gak panjang... dapat lah CFSB balik kampung lama skit..lbh2 lg adik kesayangan pun balik bercuti mid-sem so x lah boring sangat nnt kalu balik

Bulan ni bulan bagi untuk abah kami semua..Insya Allah hampir genap 60 tahun.Alhamdulillah,sangat-sangat bangga punya abah yang penyayang..so pagi tadi tengah2 duk kemas umah terdetik idea nk buat suprise kt abah..so col mak tanya pendapat and jadual abang2 sama ada raya cina ni diaorang free ke tak..

Then mak kata tanye lah diaorg semua..dgn secepat itu CFSB msg kekanda2 kesayangan..(padahal sebelum ni hampeh x penah msg)..so feedback dari angah agak excited...tinggal along n uda je..hope diaorg berdua x bz time tu..

perancangan secara drastik...harap ia berjalan dengan lancar..demi parents apa pun sanggup bt..tanpa diaorg siapalah kita...kepada kawan2 kesayangan..agak2 nk ajak den kuor..ekau boleh ajak sabtu n ahad je..isnin den dongan family den..selasa den dah balik seghomban....

NotaJari-> abah lah heroku yang paling gagah...selamat hari lahir abah 

Thursday, August 18, 2011

Say thanks to my roomate

Assalamualaikum...today i just want to say thanks to all my roomate???why???because diaorg semua dh mandikan aku ngan air tepung campur sirap...thanks adik2 ku semua.....hope thun depan akk x kena lgi

semalam tpat kol 12.15(kire pgi tdi lah)sorg adik umah aku ajk kuar g teman dia bli burger...ok fine...actually dlm hati memg dh target masing2 nk kenakan aku...tp bt derk je..sebb aku dh plan nk lari jauh2...ok bila dh turun tu mula igt nk g siap2 lah kan...tetibe dirg blek tepung dlm umah

dgn semangat kesukanan dan bekas atlit skolah dlu..apa lgi yg mampu aku bt selain memecutkan dri dgn berlari sekuat hati...hahaha memg superb lah kan...masing2 terkejut tgk aku lari pecut...dh lah ngan x pkai selipar...lari depan umah dgn pkai bju tdo...can you imagine???serius huduh...x yh nk imagine sgt lah kan

bila dh lari tu kna kejar lgi..apa nk kata hek??x perlu ckp apa2 lgi...muka dh stok2 mcm tepung gomak... ok serius memg happening giler...smpi jiran2 pun duk kuar umah nk joint skali...i want say sorry kt makcik depan umah ssb terggu ngan keadaan kami mlm tdi...sje je nk happy2 together...

HAPPY BIRTHDAY TO ME YG KER 22...HOPE TAHUN NI AKN MENJADI THUN YG SENTIASA DLM KENANGAN...INSYA ALLAH...


notajari->gmbr x leh publish sbb buruk giler...hahahhah

Thursday, June 16, 2011

Good Bye Putih..Welcome Blacky

Assalamualaikum...ari ni terasa mcm nk cite pasal pemergian putih dan kedatangan blacky pda aku... sapa putih???sapa blacky??? hehehe just my lappy actually...since dh smbung study nie putih dh x sgup nk tampung software yg berat2 so aku terpaksa gantikan putih ngan blacky...Welcome blacky...apa pun aku tetap syg putih same mcm 3 thun yg lepas..putih yg byak membantu aku dlm menyettlekan sume asgment time study kt BP dlu..putih jasa mu akan sentiasa daku kenang...Untuk blacky selamat berkhidmat pada driku ini..tlg jgn mogok wahai sygku..aku ank memerlukan drimu...Klu nk tau putih dan blacky ni memg pemberian dri abg long untuk aku..selama aku study ni memg aku x pnh beli lappy langsung...mak x bg..so mak akn suh abg long belikan untuk aku..Thanks along...ko lah abg yg paling pemurah...sgt2 pemurah...smpi sume duit nk msuk kolej pun ko yg hulurkan dlu...jasa mu sme mcm Abah tp abah lbh lgi...ok skung aku dh x gune putih so aku bg putih kt adik aku..mana tau tahun depan dia dpt smbung study kt mna2 IPT kan...wlpun putih x brpa nk glamour tp putih tetap jdi kebanggaan aku...Blacky aku harap ko juga dpt berjasa seperti putih...Selamat bertugas bt Blacky



Putih Di Samping Blacky

Wednesday, April 27, 2011

tempat curah perasaan

aku rse ader beberapa tmpt jer aku leh curah perasaan


1->dlm blog...sbb aku rse x rmai yg bce blog aku...so aku leh curah apa yg aku nk
2->dlm ym ngan scandal aku..hye kt dia aku leh curah sume mslh aku
3->kt hp or fb pm (private msg) ngan fathiha a.k.a best buddy aku..hye dia leh pham aku


x semua bnda kite ptt citer kt org even best fwen skali pun..sme mcm aku...wlpun aku ader 4 org best fwen...tp x smua best fwen aku tau apa mslh aku...hye bnda2 kecik jer aku citer kt dia...yg lain2 aku x kan citer...sorry babe sbb still berahsia ngan korng.. aku x nk korg risau...


kpda tiha->nama ko pun dh sme ngan adik aku..so mslh aku byak kongsi ngan ko wlpun bru jer knal ko..tp aku selesa ngan ko wlpun kekdg ko ader sakitkan hati aku...tp aku bt derk jer...sbb aku tau ko tetap care kt aku...thanks sbb jdi kwn aku time study nie...ko memg brutal tp advice ko memg byak yg superb even aku tua setahun dri ko..ko ttp lgi mtang dri aku..thanks fwen...im so proud with you..


kpda scandal 2->wlpun aku tau ko sengal skit...tp ko yg berjaya bt aku tersenyum msa ayah aku sakit itu ari..thanks bro...jasa mu akn ku igt...otak ko memg giler2..tp sbb otak giler ko tu lah aku happy mcm skung... klu x memg aku asik mcm tapai basi jer...thanks sbb sudi kwn ngan aku a.k.a kakak yg giler

Tuesday, March 15, 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...abah dh kuar hospital
ari ahad itu hari...so lega skit hati aku
wlpun x dpt nk bsama2 ngan family
tp aku sntiasa doakan abah sihat mcm biasa
harap2 lpas ni abah x akan apa2 
sbb hati aku memg x akn tenang klu abah sakit
rse mcm nk meraung jer bila tau abah sakit
apa pun everthing will be fine
and one more thing sblum aku tlupa
thanks pda kwn2 yg byak bg support
yg sentiasa sabar kn aku time aku sedih
n sentiasa ceriakan aku time aku glisah
thanks a lot my fwen...i love you so much
kata2 korg yg bt aku kuat smpi skung
jasa korg amat aku hargai
rasa mcm nk mention jer nama korang tu
hahahahaha...nk ker???elak korg mrg jer..
x yah ar..biar aku simpan dlm hati

Friday, January 14, 2011

mereka yg sy sayang

my good father for me...i love him so much
x ader yg lebh bermakna hdup ku tanpa beliau

my adik tercinta
ko lh kwn ko lh musuh
bila ko x ader aku sgt rindu

my ank sedara yg comel
sgt2 rindu pda dia
selalu men bola sme2

 ko memg setia tgu aku
walau jauh mana pun aku berada
kalian tetap tunggu kepulangan ku

 korg memg the best
bila aku rungsing korg yg
selalu happy kan aku
byak mslah kite kongsi sme2
thanks 

saya sayang awk semua ketat2

saya memg sayang awk..
siapakah awk itu???


my BELOVED FAMILY
*en mus a.k.a abah*
*pn sham a.k.a emak*
*abg a.k.a along*
*ijat a.k.a angah*
*uda a.k.a ude*
*teyha a.k.a adik*
*akak a.k.a k.bieha*
*dak demoq a.k.a aqil*


my BFF
*liyana a.k.a liey*
*saiful a.k.a.e-pul*
*fauzi a.k.a zack*
*diyana a.k.a fara*


my GOOD LISTERNER
*eja tiramisu*
*zuedien*
*MIZZ a.k.a miza*
*faizul a.k.a ijoy*
*luraw a.k.a atok*


my fwen in KPTM BP
my fwen in SMKPG3
my fwen in SKPG3
my fwen in TADIKA PASTI

Monday, November 29, 2010

Thank You, Friend

Thank You, Friend

Thank you, friend, for all the things
That mean so much to me--
For concern and understanding
You give abundantly.



Thanks for listening with your heart;
For cheering me when I'm blue;
For bringing out the best in me;
And just for being you.



Thanks for in-depth conversation
That stimulates my brain;
For silly times we laugh out loud;
For things I can't explain.


For looking past my flaws and faults;
For all the time you spend;
For all the kind things that you do,
Thank you; thank you, friend.



Thursday, November 11, 2010

Thanks for Being My Good Friend & Listener..

sy x tau thu knapa sy suke fkir tentang awk
pdhal sy x pnh knal sgt pun ngan awk
n sy cume agp awk mcm abg2 jer tp...
knapa sjak 2 menjak ni sy slalu fkir pasal awk
bila x jmpe awk sehari mcm dkt seminggu.
OMG tlg lh sye...knapa leh jdi mcm nie
bila stay ngan awk sume mslh sy hilang
kekdg pnt gak nk layan pgai awk yg mcm bdk2 tu
tp sbb tu jga lh sy happy...thanks awk...
awk slalu bt sy gelak2.pdhl sy tau bnda tu x lawak
tp cra awk lyan sy tu yg bt mcm lawak...
bila sy ader mslh sy suke citer ngan awk
bila sy nk nangis awk mst mrh...sbb awk x suke
tgk sy sedih..after that awk akn bt sy happy
pling sy terharu awk sgup kwn ngan sy
wlpun awk tau sy nie mcm bdk 3 suku
tp awk x kesah sbb awk tau tu memg sy
awk suke dgr citer sy...awk suke kcau sy
sbb tu lh sy slalu igt kt awk sbb awk best
x pnh bt sy sdih...thanks awk
awk ader lh pendengar terbaik sy..
thanks a lot to awk!!

Sunday, October 31, 2010

hari terkahir yang indah....

29 0ktober 2010...
hari terkahir aku mjadi
pelajar praktikal di MPPG
sgt sedih nk tgal kan mereka
cz dh angp mcm 1 family
3 bulan berlalu dgn tlalu awl
mcm blum puas nk bermesra
hahaha...apa pun kna trime gak
hari-hari terakhir nie aku belikan cake
tok IT department...cz smbt besday skali
smbil tu sje nk rai kan diaorg..yelah pas nie
aku yg becok nie dh x ader..sunyi skit
hahaha...apa pun aku tetap
syg sume staff kt IT Department tu
hadiah dri IT staff...wah sgt terharu..

cake utk Staff IT


makan time

Wanita penyeri




Monday, October 11, 2010

Thanks To ALL

who????
my family,my fwen,my lec and my fwen in the staff
thanks sbb byak membantu
exscpcialy kepada zaimie nazarief...
kerana sudi bantu aku time susah
mahu pun time senang
you are the best buddies for me
just buddies not BF
i hope you understand with my dicision
maybe kite dh x ader jdh
aku sntiasa doakan ko bahagia
selamat bro...
ko tetap kawan terbaik aku
wlpun dlu kite pnah impikan
apa yg kite impikan dlu
tp kite hanya merancang
tuhan yang menentukan segalanya
ok lah happy happening untuk ko n family

Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link