Lets nuffnang

Pengikut..

Thursday, December 26, 2013

Siri Makan =>16 Spaghetti Goreng Asia Barat

Assalamualaikum semua jom aku nak shared resepi olahan ikot suke aku hari ini..hahaha


Bahan-Bahan

A ->Bahan Untuk Dikisar

3 Biji Bawang Besar
5 Biji Bawang Putih
2 Genggam Cili Kering (Direbus)

B ->Bahan Perencah

Segenggam Spaghetti
1/2 Batang Carrot (Hiris separa nipis)
6 Batang Baby Corn (Hiris separa nipis)
1 Batang Fish Cake (Hiris Nipis)
6 Biji Fish Ball (Potong 4)
4 Kepingan Daging (Hiris separa nipis)
1-2 Biji Telur

C ->Bahan Perasa

Garam
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Kicap Manis
Serbuk Lada Hitam

D ->Bahan Hiasan

1 Keping Chess (hiris nipis)
3 Batang Cili Padi(hiris nipis)

Cara-Cara

1- Kisar semua bahan A dan ketepikan
2-Rebus semua bahan B kecuali telur.Letak kan minyak sedikit semasa merebus spaghetti.Simpan air rebusan daging untuk dibuat stok.Bagi yang suka sayuran yang crunchy just celur je sayur-sayur tu tak perlu rebus dan boleh tambah lagi sayur kalau korang suka macam brocoly or button mushroom.
3-Panaskan minyak dan kemudian tumis bahan-bahan A sebanyak 4 sudu besar.Masukkan 4 Sudu besar air rebusan daging.
4-Kemudian masukkan bahan B kecuali telur dan spaghetti.dan masukkan bahan C.Ikot sesedap korang bagi bahan perasa tu.Aku main taruk je.Agak sedap kat tekak aku kire oklah tu.
5-Masukkan telur dan biarkan kering seketika.
6-Akhir sekali masukkan spaghetti dan gaul rata.Kalau rasa terlampau basah boleh biarkan lama skit masak agar nampak lebih kering
7-Sewaktu dihidang tengah2 berasap tu korang boleh taburkan cili padi dan chess tadi..then chess tu akan melting..

Saiz hidangan - 2 Orang

Selamat Mencuba

Wednesday, December 25, 2013

Siri Makan =>15 Aneka Sayur Goreng Rangup

Assalamualaikum semua..macam dah lama je kan aku tak kongsi resepi.Hari ni mengidam nak makan cendawan goreng yang rangup so aku try lah buat.tengah godek-godek peti ais ada pulak carrot dengan baby corn apa lagi,masak teruslah senang.Maka terhasillah Aneka sayur Goreng rangup

Bahan-Bahan

1 Peket Cendawan tiram
1/2 Batang Carrot
4 Batang Baby Corn
2 Biji Telur
Tepung Jagung
Rempah Kari
Serbuk Lada Hitam
Garam
Minyak

Cara-Cara

1-Potong nipis carrot,baby corn dan carik2 cendawan.Basuh dan toskan airnya.Amik tisu masak tu lapkan pada semua sayur tadi.Bagi hilang air.


2-Pecahkan 2 biji telur dan kacau.Pada pinggan yang lain masukkan tepung jagung,rempah kari,serbuk lada hitam,garam dan kaul rata.Sukatan setiap bahan campuran tu ikot suka korang sebab aku pun main agak-agak je.


3-Celupkan segala mak nenek sayur tu dalam telur.Jangan biarkan lama nanti meresap plak(Bagi cendawan).Lepaskan gaulkan kedalam adunan tepung dan kawan-kawannya tadi

4-Goreng pada minyak yang minyak yang betul-betul panas.Biarkan masak sehingga kekuning-kuningan dan kemudian sedia untuk dihidang


Orange Yogart Bliss + Aneka Sayur Goreng + Sos Cili dan mayo sedia untuk dimakan

Ok ini sahaja resepi dari aku.Selamat mencuba

Tuesday, December 24, 2013

Kesian Ko Farhanah..


kreadit to Google


Assalamualaikum semua..baru sahaja bersiaran setelah aku beberapa hari tak mengupdate al-kerana kemalasan yang tengah membuak-buak dalam diri nie.

Korang pernah pergi Johor Premium Outlet (JPO)?? Mostly orang johor semua pernah pergi JPO kan.Tapi tidak bagi aku.Jangan cakap nak pergi,jalan nak menuju ke JPO pun aku tak tahu.Silap-silap jalan kesesatan yang aku pergi nanti.

Alkisahnye subuh tadi adik aku dok wechat cakap JPO ada buat sale.ye ke??idak lah aku tahu sebab aku bukan minat window shopping.So aku story kat adik yang aku ni JPO pun tak tahu kat mana.Setakat tahu kat kulaijaya jelah.Jalan ke JPO memang tak tahu.Senang cerita tahu nama je pergi ke,lalu ke apatah lagi masuk memang tak pernah.

Kesian kan nama je orang johor tapi JPO pun aku tak tahu.Ada aku kesah.Si adik ni sibuk lah cakap kawan-kawan kat kolej dia orang jauh-jauh telling the story about mega sale.Konon-konon si adik nak cairkan aku lah dengan story mega sale dia.Untung-untung aku ajak dia window shopping dengan harapan dapat barang free..What the fish..aku dah paham muslihat dia.

Sorry lah dik akak kau ni bukan yang suka bershopping bagai.Kalau rasa benda tu perlu baru akak ko ni pergi beli.Kalau tidak tak adanye aku nak kuar rumah berjalan.Sejak ada kereta ni aku makin malas nak keluar rumah.Sebab aku malas nak drive.Sengal kan.Orang ada kereta time tu lah pulun jalan puas-puas tapi idaknye bagi aku.

Abah aku pernah cakap dah stay kat senawang tu sesekali pergilah jalan ke KL..Dekat je bukan jauh kan. Hahaha naik gelak aku.Selama setahun lebih aku stay sini rasanye cuma sekali je aku jejak KL tu.Tu pun En P.A yang teman sebab pergi PWTC ada book fair.Selebihnya aku duk rumah tak pun turun melaka.Aku pun tak tahu kenapa aku suka turun melaka maybe sebab tempat bersejarah.

So sesiapa yang rasa aku ni macam mundur kebelakang its ok..Aku tak kesah punya orang.Sebab aku jenis yang tak suka nak jalan-jalan..Weekend pun duk rumah saja.Paling kurang pun keluar pergi jogging,beli barang dapur.That it.Selebihnye terperaplah aku dekat rumah mengadap laptop + membaca buku.

Korang mesti suke shopping kan..kat mana?

Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link