Bahan-Bahan
A ->Bahan Untuk Dikisar
3 Biji Bawang Besar
5 Biji Bawang Putih
2 Genggam Cili Kering (Direbus)
B ->Bahan Perencah
Segenggam Spaghetti
1/2 Batang Carrot (Hiris separa nipis)
6 Batang Baby Corn (Hiris separa nipis)
1 Batang Fish Cake (Hiris Nipis)
6 Biji Fish Ball (Potong 4)
4 Kepingan Daging (Hiris separa nipis)
1-2 Biji Telur
C ->Bahan Perasa
Garam
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Kicap Manis
Serbuk Lada Hitam
D ->Bahan Hiasan
1 Keping Chess (hiris nipis)
3 Batang Cili Padi(hiris nipis)
Cara-Cara
1- Kisar semua bahan A dan ketepikan
2-Rebus semua bahan B kecuali telur.Letak kan minyak sedikit semasa merebus spaghetti.Simpan air rebusan daging untuk dibuat stok.Bagi yang suka sayuran yang crunchy just celur je sayur-sayur tu tak perlu rebus dan boleh tambah lagi sayur kalau korang suka macam brocoly or button mushroom.
3-Panaskan minyak dan kemudian tumis bahan-bahan A sebanyak 4 sudu besar.Masukkan 4 Sudu besar air rebusan daging.
4-Kemudian masukkan bahan B kecuali telur dan spaghetti.dan masukkan bahan C.Ikot sesedap korang bagi bahan perasa tu.Aku main taruk je.Agak sedap kat tekak aku kire oklah tu.
5-Masukkan telur dan biarkan kering seketika.
6-Akhir sekali masukkan spaghetti dan gaul rata.Kalau rasa terlampau basah boleh biarkan lama skit masak agar nampak lebih kering
7-Sewaktu dihidang tengah2 berasap tu korang boleh taburkan cili padi dan chess tadi..then chess tu akan melting..
Saiz hidangan - 2 Orang
Selamat Mencuba
nnt akk try...tp mana nk cr chess ek?
ReplyDeleteakk beli je chess yg keping2 tu..ana guna brand chesdale
Delete