Lets nuffnang

Pengikut..

Thursday, February 28, 2013

Convo Kali ke-2

Assalamualaikum semua..wah agak lama tak update blog.dah naik berkulat.Maaf lah ye kawan-kawan semua.CFSB sangat2 lah bz di ofis menyettle kan semua task2 yang masih tak settle.So dalam pada bz tu sempat juga lah attend Convo Day kali ke-2 dekat PERSADA,JB

Alhamdulillah..tamatlah pembelajaran CFSB dalam bidang Java Specialist Programmer dan skung dah pegang tittle software engineer..ops...slow2 sudah..dan kali ni convo paling bermakna..kenapa?? sebab kali ni mak dan abah dapat tengok CFSB amik scroll atas pentas n dapat attend majlis bermakna tu. So perasaan ini amatlah gembira jika nak di bandingkan convo day masa diploma dulu...sorang2 wooo...sedih giler sebab time tu mak abah kat mekah tengah buat haji..kire kali ni dapat tebus balik lah...happy


Buah Hati CFSB


CFSB


Ex-Classmate walaupun ramai yang tak datang

Terima kasih buat abah kerana bagi izin anakanda bawa motor gi class walaupun tak ada lesen motor
Terima kasih buat mak kerana siapkan sarapan setiap kali sebelum nak gi class
Terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu diri ini dalam mengejar ilmu

Thursday, February 14, 2013

Siri Makan => 10 Agar-agar Roti

Assalamualaikum..ni namanye terlebih rajin memasak


Bahan-Bahan

1 bungkus agar-agar (bukan yang serbuk)
1 cawan susu segar dutch lady/low fat
1 1/4 cawan gula
1 camca esen vanilla
6 keping roti
Air

Cara-Cara

1. Blander roti dan susu hingga hancur dan ketepikan
2. Masak agar-agar dengan sukatan air menggunakan plastik agar-agar tersebut
3. Masukkan gula dan biarkan ia hancur
4. Masukkan roti dan susu yang telah di blander tadi.
5. Masukkan esen vanilla. Biarkan ia mendidih
6. Bahagikan kepada dua hingga tiga adunan untuk mempelbagaikan warna
7. Tuang dalam loyang dan bekukan


Selamat Mencuba

NotaJari-> Actually sukatan gula tu aku main agak-agak je..ikot manis korang lah..tp rasanye 
selalu aku buat tak ikot resepi sangat..ikot sedap mulut yang makan ^_^

Siri Makan => 9 Murtabak Roti Sardin

Assalamualaikum semua..jom layan


Bahan-Bahan

1 Biji bawang besar
3 Batang cili padi
5 Ekor Ikan Sardin (dalam tin)
6 Keping Roti
6 Biji Telur
Garam

Cara-Cara

1. Roti di potong dadu dan ketepikan
2. Hiris bawang dan cili nipis-nipis
3. Ramas Ikan sardin sehingga separa hancur
4. Pecahkan telur dan letak sedikit garam.Kemudian kacau telur bersama bawang,cili dan ikan sardin
5. Masukkan roti tadi kedalam adunan telur dan rehatkan sebentar
6. Masak di atas kuali leper dan biarkan ia masak sepenuhnya.


Selamat Mencuba

NotaJari-> Kalau nak pedas jangan malu jangan segan tambah cili banyak-banyak.

Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link