Lets nuffnang

Pengikut..

Friday, September 14, 2012

Bersatu Hati Seteguh Janji -> Part 1

"Ari ni aku nk cri mangsa lagi lah Fath" kata Ann kepada kawan sebiliknya.Fath hanya mampu menggelengkan kepalanya dengan perangai gila-gila Ann.Itu lah kerja Ann setiap hari selepas balik dari kuliah.Duduk depan netbooknya dan melayari internet.Kadang kala Ann sanggup tak makan n tido sebab khuyuk sangat melayari internetnya.Cuma satu yang tak pernah Ann lupakan adalah solatnya.Macam mana obsesnye dia pada Yahoo Messenger,solat tetap dia tak lupakan.

Ann adalah seorang gadis yang baru sahaja melanjutkan pengajian ijazahnya di salah sebuah pusat pengajian di utara semenanjung malaysia.Umur Ann 21 tahun.Ann berkawan rapat dengan Fath sejak hari pertama mereka bertemu.Kesemua masalah,Ann akan luahkan pada Fath.Bagi Ann Fath adalah kawan yang memang satu kepala  dengan dia.

"Ann assignment ko dah siap ker belum?jangan lupa esok nak hantar tau.kang bising plak madam tu."tanya Fath pada Ann yang tekun menghadap netbooknya."Rileks gurl,small matter apa.assignment tu kejap jer aku settlekan",jawab Ann tanpa memalingkan muka menghadap Fath.Fath hanya tersenyum sunging.Faham benar dengan perangai Ann.Walaupun Ann macam tu tapi assignment memang tak pernah di lupakan.Ann Masih lagi dengan YMnya tanpa menyedari hari semakin lewat.Apabila Ann menoleh kesebelah dia nampak Fath sudah tido.Lantas jam di atas meja di belek pukul 12 mlm.patut pun minah ni dah tdo,bisik Ann dalam hatinya.

sedang Ann khusyuk membuat assignment,tiba-tiba satu email masuk ke inboxnya

Dzul->Hye awk.x tdo lgi ker?
Ann->lom lah ngah bt asgnment ni
Dzul->ala kecian dia.nk sy tlg?
Ann->hehehe x pelah.thanks awk.ngah bt apa tu
Dzul->ngah tgu awk lah..hehehe
Ann->awk ni bt lawak hek...:P
Dzul->x lah actually sy x leh tdo nie..x tau lah knapa
Ann->nie mst awk igt kt sy kan..hahaha
Dzul->maybe i really miss you
Ann->hahahha kelakarlah awk nie..

Disitu lah mulanya perkenalan meraka antara Dzulkarnain dan Hanna Inani.Mereka hanya berhubung melalui YM sahaja.Tanpa di sedari perhubungan yang hanya di pisahkan dengan YM berlangsung dalam satu jangka masa yang lama.Kini hampir 1satu tahun mereka berdua menjadi pasangan kekasih di alam maya.Fath ada juga menasihati Ann agar tidak mudah percaya dengan kata-kata lelaki yang hanya dikenali melalui laman sosial itu tetapi Ann terlampau obses dengan kekasih mayanya itu sampai sanggup mengabaikan nasihat kawannya Fath.

Suatu hari Ann mendapat mendapat h mesej dari kekasih hatinya Dzulkarnain.

"Wahai sayangku Ann..selama perkanalan kita ini tidak pernah sekali pun kita berhubung melalui handphone kerana aku sentiasa berpegang kepada janji..Engkau melarang sama sekali untuk kite berdua berhubung melalui handphone.Dalam diriku timbul kemusykilan adakah engkau benar-benar jujur padaku atau pun engkau hanya menganggap hubungan kita ini hanya sebagai kenalan alam maya.

Sayang ku Ann..disini ingin aku berterus terang bahawa aku ingin memutuskan perhubungan ini kerana diriku merasakan engkau tidak jujur bersama ku.Aku juga ingin menyatakan bahawa selain dirimu aku juga mempunyai teman lain.Aku kesunyian walaupun kita berhubung setiap malam tapi engkau membuatkan diriku semakin lama semakin bosan kerana dirimu hanya muncul dalam maya ku bukan dalam hidupku yang sebenar.

Sayangku Ann..sebelum aku mengundur diri ingin aku memohon ampun dan maaf jika terdapat kesalahan selama kita berhubungan.Aku juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana engkau sudi hadir dalam hidupku untuk memberi sinar bahagian walaupun sementara.Aku doakan engkau bahagia dengan orang lain. Andai suatu hari nanti kita berjumpa lagi,aku harap biarlah engkau menjadi milikku yang sempurna.Akan ku suntingmu menjadi isteriku yang sah..pegang kata-kataku ini 'bersatu hati seteguh janji'..jika kita tidak bertemu maknanya aku bukan lah untukmu dan dirimu juga bukan untukku..selamat tinggal sayangku..jaga dirimu baik-baik."

setelah habis saje membaca mesej itu Ann terus menangis tanpa henti.Baginya Dzul tidak pernah jujur.Hanya dirinya sahaja yang setia dengan Dzul.Ann sentiasa mempertahankan diri Dzul apabila dikutuk oleh Fath tapi apakan daya semua yang terjadi itu memang telah di tetapkan.Oleh yang Demikian Ann harus terima apa pun yang berlaku dalam hubungan alam mayanya itu

Dia Minat Adik

Assalamualaikum semua..berjumpa kembali dengan CFSB...alhamdulillah..cuaca hari ini di senawang sangat indah dan nyaman belaka..mukadimah untuk hari jumaat ari nie..

Korang percaya dengan benda mistik tak??kadang-kadang memang seseorang itu tak akan percaya..bagi dia benda tu macam karut dan mengarut..ye ke??ntah lah...tapi dalam al-quran pun ada mengatakan perkara ghaib memang wujud..so memang kena percaya cume jangan taksub sangat..

Ok berbalik pada tajuk di atas...klu dulu CFSB sendiri yang mengalami pengalaman yang boleh dikatakan agak mencabar juga..klik sini tapi kali ni adik CFSB pula yang kena..bru je sekejap tadi dia call CFSB mengadu yang dia kena kacau dengan benda tu kt asrama...CFSB tanya dah berapa kali dia kena so dia kata baru sekali..

CFSB kata lah yang benda ni x ada apa2 pun maybe dia nk kenal..so CFSB pesan kt adik jaga kebersihan asrama...jangan kotor2..jangan tido lewat2...yang penting jangan gelak x serupa perempuan..kang nant dia igt geng dia pula..so adik paham..n dia ikot



Ayat Pendinding Diri CFSB

1.Surah An-Nas
2.Surah Al-Falaq
3.Surah Al-Ikhlas
4.Ayatul Qursi
5.Surah Al-Fatihah

Baca kesemua ayat ini di setiap 4 penjuru badan (Depan,Belakang,Kanan,Kiri) Masa buat kite pusing kan badan mengadap kiblat seelok-eloknye.

Semasa membaca Ayatul-Qursi ketika ingin tido hembus ketangan dan sapukan keseluruh badan agar mendapat tidur yang lena tanpa gangguan

Untuk memagar rumah baca lah ayat-ayat suci di atas di setiap penjuru rumah dan hembuskan dengan perlahan...kadar nk baca brapa kali tak kesah..tp selalu CFSB baca 3 kali...insya-Allah..

Actually benda ni mak,abah,along n ustazah yang ajar CFSB..so just combine kan semua untuk senang menjadi amalan..dan insya Allah..tiada gangguan..walaupun hanya sedikit tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mencari yang terbaik dalam hidup kita kan...Harap apa yang CFSB kongsikan kat korang semua..korang suke..n hope adik CFSB tak kna kacau lagi...cian budak kecik tu




Wednesday, September 12, 2012

Tempat Mencari Idea

Assalamualaikum semua..apa habaq??sihat kaa???CFSB harap hangpa sume sihat-sihat belaka...ari ni CFSB nk tnya korang kat mana tempat yang slalu korang dapat idea..CFSB selalu dapat idea dalam bilik mandi..pergh serius kejam ko ni farah..kt tempat mcm tu juga ko dapat idea


Honesty memang CFSB tak tipu...kalu CFSB nak cari idea mesti kena masuk dalam bathroom dulu..tak xthu lah kenapa jadi macam ni tapi selalu kalu masuk bathroom memang banyak idea datang..sama ada tengah mandi ke,basuh baju ke,even tengah sental bathroom pun boleh dapat idea (Haru betol)..

Pernah sekali masa memang dah tak sempat sangat-sangat nak ubah title untuk final projek..proposal dah siap tp title macam harem skit..pastu ader member baik CFSB ni ckp "farah g masuk bilek air..mandi ke apa ke..nnt kuar sure dpt idea"..so sbb dh blur sangat kan CFSB pun masuklah dalam bilik air..n bila tengah mandi serius dapat idea lgi canggih..apa lgi...cepat2 kuar..amik proposal semula..ubah mana yang patut n paling best proposal tu dapat full mark..pergh..

Actually memang sampai sekarang pun tabiat CFSB tu kekal..ntah lah..bila duduk tempat lain memang x dapat idea..kt tempat syaitan bertendang tu juga nak muncul idea.sangat-sangat haru..(Sila lah ubah wahai farah)..

Setiap orang mst ada tempat2 tertentu diaorg akan dapat idea..x kesah lah kt mana kan contohnye kat dalam bilek tido,library,dapur,ruang tamu n ader juga dapat idea dalam toilet..itu memang kenyataan ok..x tipu...bukan CFSB tp member CFSB...mudah giler dpt idea dlm toilet...hampeh btol..korang plak slalu dapat idea dekat mana??shared skit...

notajari -> ada ke programmer cari idea dalam bathroom or toilet??pelik bebenor gamaknye programmer mcm tu (aku lah tu)

Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link