Lets nuffnang

Pengikut..

Sunday, October 13, 2013

Siri Makan =>14 Agar-Agar Kaca

Assalamualaikum..


Bahan-Bahan

1 Peket Agar-agar
1 Tin Buah Campuran
4 Camca Sirap
2 Senduk Gula Kastor
1 Helai Daun Pandan
1/2 gelas air


Cara-Cara

1.Masak agar-agar dengan sukatan 1/2 gelas air dan 1 sukatan air dari kelonsong agar-agar.Maksudnya aku guna agar-agar yang asli.Then plastik agar-agar tu kan panjang so korang guna plastik tu untuk sukatan air  dan di tambah dengan 1/2 gelas air lagi.Kacau hingga agar-agar hancur pada suhu api sederhana.

2.Masukkan gula,sirap dan daun pandan.Kacau lagi dan biarkan semuanya larut.

3.Apabila larut tuang agar-agar kedalam acuan kemudian masukkan campuran buah-buahan tadi.Aku curahkan sekali syrup buah-buahan tu tapi sikit je untuk bagi pemanis.Biarkan sejuk dan kemudian masukkan kedalam peti ais.Bila dah beku siap untuk di hidang.Selamat Mencuba

Friday, October 11, 2013

Terapi Ionic Body Detox

Assalamualaikum semua..salam jumaat buat pembaca,pengunjung setia(ada ke?),pengunjung yang termuncul dan buat semua.Hari ni saja nak shared pasal satu rawatan yang boleh menyahkan toksin dari badan kita.See the picture.


Gambar tu memang kaki aku.Boleh nampak bezakan warna air tu.dari jernih terus jadi kuning macam air kencing..hahaha..tu belum lagi kalau aku angkat kotak kuning tu..Bila angkat macam-macam warna ada.Gambar??hahaha x nak aku tunjuk nanti korang geli.

Rawatan ni nama dia Terapi Ionix Body Detox.Actually dah lama giler aku cari pusat2 kecantikan yang tawarkan rawatan ni tapi mostly banyak kat bangi (kalau tak silap aku).So hari isnin lepas time aku tgah belek2 katalog iklan tetiba ada iklan pasal rawatan ni.Apa lagi menjerit lah aku ngan "Tuan Punya HP" sebb kami teruja nk bt.Bila tengok alamat...walaweii..dekat je ngan condo kami.So dah plan Esoknya (hari selasa) pas magrb terus g buat rawatan.

Rawatan ni murah je.RM10 bersamaa 30 minit.Masa buat rawatan ni cara duduk kena rileks je.FYI bila celup kaki dalam air tu,kite kena pijak 1 kepingan bulat warna hitam.Bila dah pijak benda tu akan "kerjakan" kaki kita means kite akan rasa macam tapak kaki berdenyut macam kena urut

Kotak Kuning tu pulak banda yang akan kumpul semua toksin2 korang dalam badan.Setelah 30 minit kita angkat kotak tu..Bermacam-macam warna ada.Kalau ikot air sebenar aku ada warna kuning,minyak,hitam,oren ntah aku pun lupa.Banyak sangat warna.

So dari penerangan orang tu badan aku ada kolestrol..biasa lh makan benda bergoreng,then dia kata toksin dari hati,toksin dari gastrik + badan banyak angin, toksin dari buah pinggang,toksin dari paru-paru.Toksin dari hati tu mostly sebab apa yang kite makan.Toksin dari gastrik biasa lah sebab perut dan angin,Toksin dari paru-paru sebab pencemaran udara selalunya terhidu asap kenderaan,kilang atau rokok (orang lain yang merokok orang yang hidu rokok yang cepat mati),Toksin buah pinggang yang ni dia kata buah pinggang aku kuat bekerja sampai benda tu stress..msa dengan memang aku nak gelak tapi memang betol pun mungkin sebab setiap hari aku akan amik pill untuk badan aku so buah pinggang aku x henti2 kerja

So orang tu syorkan aku jangan terlampau bergantung pada ubat(Pill) then kena banyakkan minum air suam. Sebenarnya untuk detox ni kena rajin buat.Then aku dan bt keputusan seminggu sekali memang kena buat rawatan ni.Serius bila dah habis buat korang akan rasa badan jadi ringan.Apa pun tetap ada effect.Lepas buat benda ni effect dia korang akan pening,kerap membuang,tapi tak lama dalam 2-3 hari je effect dia so kena rajin2 sulingkan diri dengan banyakkan minum air suam or air kosong.

Honestly ni aku tak sabar nak buat rawatan ni lagi.Rasa macam best sangat.Aku siap post gambar kt "Si Kembar" dia kata kat jb ada x?rasa teruja nak buat juga.Aku tak pasti.agak2 dia nak buat boleh je datang umah aku.

Lokasi aku buat detox tu kat Jalan Bunga Raya,(sebelah KFC senawang)Taman Tasik Jaya,Senawang Negeri sembilan.Kat negeri lain aku tak pasti..kalu kat bangi RM 30 tp tak ingat nama SPA and duration time.Orang2 senawang kalau nak bt meh lah kite serbu pusat rawatan nie..murah je..30 mint = RM 10

Next week aku akan shared tahap2 warna bagi setiap detox..siap dengan warna baru air rendaman kaki aku selepas detox kali ke2.

Siri Makan =>13 Daging Masak Halia Sos Tiram dan Lada Hitam

Assalamualaikum

½ Kg Daging (Hiris Nipis)
1 Biji Bawang Besar (Hiris Nipis)
2 Ulas Bawang Putih (Hiris Nipis)
1 Inci Kunyit Hidup (Cincang)
3 Inci Halia (Hiris Memanjang)
4 Batang Cili Padi (Potong Tengah)
4 Sudu Makan Sos Tiram
1 Sudu Teh Serbuk Lada Hitam
2 Biji Limau Kasturi
Garam
Perasa
Minyak

1.Mula-mula rebus daging yang sudah siap dihiris nipis lebih kurang 1-2 jam.Bila daging sudah lembut,biarkan sejuk.Air rebuskan daging di simpan untuk dibuat stok.

2.Panaskan minyak dan tumis bawang besar,bawang putih,halia,kunyit,cili padi.Biarkan seketika dan kemudian masukkan daging tersebut beserta air rebusan daging tadi.(Jangan terlalu banyak letak air rebusan.Nanti jadi macam sup pula)

3.Masukkan sos tiram,serbuk lada hitam,garam dan bahan perasa.Biarkan sehingga masak dan daging betul-betul sebati dengan bahan-bahan tadi.

4.Apabila sudah sebati,perahkan limau kasturi dan biarkan selama 2-3 minit agar “mereke Mesra” dan siap untuk di hidang.

Entah mimpi apa aku malam tadi tetiba pagi ni rajin nak bawa bekal.So pagi-pagi gigih bangun masak segala mak nenek lauk..

1-Nasi putih masak ngan daun pandan (nak bagi wangi)
2-Daging masak halia sos tiram dan lada hitam
3-Sayur campur masak air (kentang,kobis,lodak merah)
4-Tempe dan tauhu goreng cicah sambal kicap
5-Ikan gelama kering (x ada dalam gambar sebab menu x sempat siap)

Ok selamat mencuba kepada semua


Let's Nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Link